Friday, July 14, 2017

RAYA KEDUA: KE RUMAH BEKAS PENGASUH & MAK TIRI

Lemaunya aku nak update blog sehari dua ni
Tah kemain malas jadinya
Walhal cerita banyak je nak distorykan... [sangat la...]

Hari Raya kedua kami beraya di sekitar Ipoh je
So plannya kami adik beradik nak ke rumah bekas pengasuh
Dia ni kami panggil Mak Mah
[arwah suaminya kami panggil Apak @ Pak Darus]
Mak Mah ni la bela kami 5 beradik dari aku kecik sampai la adik aku yang bongsu
Rumah dia ni dah jadi macam rumah kedua kami la
Dia juga banyak back up kamiorang kalau kami poteng sekolah agama...hahahahaha
Selamat la dari kena marah dengan mak abah
Tapi kalau dah selalu ponteng memang dia report jugak la kat mak
Selamat la kena  'piap' dengan mak...hehehehehe


Dalam gambar ni adik aku yang bongsu je tak ikut
Sebab haritu dia sakit perut
cirit birit ngan muntah2 sebab salah makan gamaknya
maklum la raya... macam2 nak makan kan

Mak aku pun folo juga cumanya dia tak tangkap gambar
Jasmin pun takde gak dalam gambar sebab dia merajuk dengan aku
Tu duduk dalam kereta... haiiii kuat sentap anak2 aku ni
ikut perangai sapalah tu 😙


Pergi rumah Mak Mah sebelah pagi
Sebelah petang pulak mak aku ajak pi rumah "madu"dia
Mak aku ni lepas2 abah aku meninggal dah kira berdamai la dengan madu dia
Ye lah... nak rebutkan apa lagi.. ye dak???
Elok la tu... sekurang2nya tenang la abah aku dalam kubur tu hendaknya

Kami pergi sebijik kereta je
Adik2 aku yang lain semua dah beraya rumah kengkawan deme
Aku anak beranak [kecuali Adib] + mak + anak Ateh sorang

Sampai rumah mak tiri aku tu, anak sedara aku tu buat hal
Taknak masuk rumah, nakkan mama dia
Jenuh la opah pujuk... 
Last2 bila tengok banyak beno mainan dalam rumah tu
Langsung lupa dah mama dia tu...hahahaha

Kesian rumah mak tiri aku, habis disepah dek "cucu-cucu"


video
Ni video Amira main mainan "Pak Long"dia..
Bukan main lagi... nasib la dia tak minta nak bawa balik mainan tu

Udah selesai raya kedua
Raya ketiga ke mana pulak???






2 comments:

Dewi Aja said...

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

idzwa kamaruddin said...

selagi bulan raya la kannnnn ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...