Wednesday, June 14, 2017

MELAWAT BABY

Balik Ipoh hari baru la sempat nak jenguk anak buah baru
Adik Ipar aku balik berpantang kat rumah mak dia kat Lahat
Tak jauh pun dari rumah mak aku
so aku ajak la adik2 aku pi jenguk dia

Adik ipar aku tu dah lama dah bersalin
bulan 3 hari tu
Tapi tu la... asal balik Ipoh je takdan nak jengah
Lagipun malas nak kacau orang dalam pantang
Later2 la kan..

So kebetulan balik Ipoh haritu
Singgah la jenguk dia kejap
Lagipun adik ipar pun dah habis pantang
Selalu tengok gambar baby dia kat grup whatsapp & fb je
Nak jenguk juga live dia cemana..

Ha ni la budaknya... Bambam sangat budak ni
Geram pulak Mak Long tengok dia
Baru nak masuk 3 bulan... tapi badannya hantap kemain
Syok dukung dia..
Ni anak ke-3 adik aku yang tengah [Acik]
Buh nama Heliza... adik aku pulak namanya Halmy
Elok sangat la jadi Heliza Halmy tu...hahahaha


Bab2 tengok2 baby ni anak2 pompuan je la yang lebih
Anak lelaki [Adib] memang idak suka nak ikut
So dia tinggal rumah dengan opahnya
Opahnya malas nak ikut sebab nak jahit baju yang orang tempah

Heliza ni cucu mak  aku yang ke-12... 
Yang paling kecik la setakat ni..
Tapi tahun depan bakal tambah lagi sorang Insya-Allah
Adik aku yang bawah Acik tu pulak udah mabuk2 😁
Aku pulak dah out of league.... pencen la jawabnya bab2 beranak ni
Pas Ateh boleh la Angah pulak sambut baton kot...lol!

Amira memang suka sangat la main dengan baby ni
Jasmin pun sama naik
Riso pulak aku kalau si Amira mengganas cam masa Jasmin kecik2 dulu😅
Tak pasal2 menangis pulak anak orang nanti




Sebab baby tengah menyusu dengan mummy dia
Bebudak ni layan la youtube kat laptop
Layan la upin ipin ke boboiboy ka
Asal korang senyap

Dah lepas  nengok youtube, deme memunggah pulak mainan2 yang ada
Aku yang naik pening...
Nasib la reti kemas balik mainan2 tu sebelum balik


Dah sejam lebih dah lepak kat rumah adik ipar aku tu
Kami pun beransur la dulu sebab dah nak Zohor
Lagipun puasa2 ni mata asyik ngantuk je kan...

Balik rumah nak tidur je rasanya...

Ok raya nanti baru jumpa Heliza lagi..
Tak sabaq nak cubit pipi dia yang macam kuih pau tu

3 comments:

hainom OKje said...

Ha a bam bam sungguh. Geram betul tengok pipi dia.
Manalah tau ada jodoh nanti, bolehlah menambah Syani

(^_-)V said...

Jumpa raya nanti, kita berkumpul ramai-ramai..��

(^_-)V said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...