Tuesday, June 20, 2017

HALAMAN ASMARA

Ha.. tajuk tak boleh blah gitu
Macam lagu raya ZIana Zain & Awie pulak...
Tapi takde kena mengena ye

Nak cerita pasal lama rumah aku sebenarnya
Punya la dah lama diabaikan
Penuh dengan daun2 kering dari pokok mangga 
Rumput pun dah memanjang


Hujung minggu lepas baru la sampai mood rajin
Pagi2 aku dah exercise menyapu laman
Sapu dedaun kering yang bersepah2 tu
Bab2 outdoor ni kan aku kurengggg sikit
Dolu2 kan ada arwah suami yang tolong maintain laman rumah

Sakit mata pulak aku tengok semak cenggini
Mak mertua aku suruh simen je kawasan berumput tu
Tapi aku cakap aku nak ada kawasan berumput
Nak tanam pokok [konon sangat]


Lepas sapu aku longgok2 kan... dapat la 2 longgok
Konon nak masukkan dalam plastik hitam
Tapi kalau aku buang, lambat lagi orang majlis daerah nak datang kutip
Rasanya sebulan sekali je dia datang kutip
Dah le takde jadual kutipan untuk sampah2 yang camni
Kalau lori sampah dia taknak kutip sampah2  daun, rumput & pokok2 ni
Kalau letak dalam plastik hitam, diaorang koyakkan sikit plastik hitam tu nak tengok apa sampah dalam tu
Bila dah terkoyak plastik tu, pepaham je le apa yang berlaku
Akan bertabur2 la dedaun2 tu keluar dari plastik
Maka makin kotor la tempat aku letak sampah tu tadi
So aku decide nak bako je....
Ya ampun... buat pembakaran terbuka pulak😅

Petang tu aku suruh Adib yang bako sampah
Daripada dia dok main game je dalam rumah tu
Suka la sangat kalau dapat main api tu
Tu pun aku pesan, jangan nak kena muka lagi

Bersungguh dia bako sampah tu
Aku tengok dari dalam rumah je ikut pintu sliding
Aku tutup pintu sebab asap masuk rumah
Gayanya sebijik dah macam arwah abah dia
Tak lama pastu hujan pulak
Tak habis la bakar sampah tu..
Tapi ok la sebab tinggal sikit2 je....
Yang sikit tu kaut je la masuk tong sampah..



3 comments:

Warisan Petani said...

Perlu ada kawasan hijau di depan rumah.
Sekurang2nya dapat memerangkap habuk.

idzwa kamaruddin said...

Kan nak lapang tapi tak nak jaga nak simen tapi macam sayang giler .. hahaha.. sama je macam aku !

Norhayati Mohd Isa said...

Akak suka kwsn ada laman mcm ni syani..
Cantik ajer..
Boleh projek tanam pokok kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...