Tuesday, May 9, 2017

PADANG POLO

Sapa dok Ipoh kalau tak tau Padang Polo
memang la nak kene sekeh...hahahaha
Selalunya kalau aku balik Ipoh memang akan lalu Padang Polo ni
Tapi nak menyinggah tu memang la malas
sebabnya nak cepat sampai rumah mak

Cuti Hari Pekerja hari tu kami balik Ipoh
saja la menjenguk mak sementelaah dah cuti panjang kan
Anak2 aku pun takde kelas tambahan minggu tu

Pepagi lepas Subuh, terus siap2 balik Ipoh
Sapa awal, sempat la mandi
Sapa lewat aku cakap tak payah mandi
Mandi je kat rumah opah karang
Tapi yang tak mandi tu Jasmin & Amira je

Bertolak dalam pukul 7.30 pagi
Bajet2 sampai Ipoh dalam kul 10 pagi camtu la
Memula plan nak ikut highway, tapi tengok kat highway pun dah jem sikit2
aku masuk balik jalan lama kat Sungkai..
Drive relax2 je... sebab takde apa nak kejar pun

Memang kalau jadi co-driver, mesti nak tido je kan...hahahaha
Dulu hasben drive, aku la tertidur sebelah tu.. 
sekarang Adib pulak take over


Kul 10.30 sampai le Ipoh... pastu aku tanya diaorang nak main kat taman ke idak
Harus la diaorang jawab nak kan...
Walopun panas... main jugak le mana yang boleh
Lantak kome la.....
Lagipun kalau bawa petang2 mesti hujan punya.. lagi takleh nak bawa ke taman

Amira dengan Jasmin, kalau nampak buaian
memang eksaited sangat la
Walopun buaian tu tengah panas, diaorang tak kisah
Janji dapat main.. 



Semua mainan kat situ deme main la dalam panas2 tu


Berhampiran tu ada juga tempat orang nak buat exercise
Pun deme main jugak kat situ
Hero ni la yang nak sangat main
Adik2nya mengikut la



Terpegun Amira tengok abangnya bergayut...


Sebelum balik, tangkap gambar dulu ye...
Ini la permata2 hati aku
Nanti dah besar2 kena datang sini posing dalam posisi gini lagi..hahahaha



Aksi cop tiang... 

Ni paling tak menahan
Sapa tiru sapa tah...
Rasanya Adib yang buat memula pastu si Amira ikut
Adoi... apa punya pesen la ni..


Ni kenkonon aku nak selfie tapi Adib kata nak tangkap gambar dengan Mama
Ok la..... walopun mama nampak gemuk... mama pasrohhhh!









3 comments:

idzwa kamaruddin said...

AKU SUKA SEBAB AKU NAMPAK ADIB SENYUM DGN KAU ;)

Nour Adieb said...

Sy bukan orang Ipoh, jadi sy tak tahu di mana letaknya Padang Polo. Yeahhh, tak kena sekeh 😁 Gurau je 😉

Norhayati Mohd Isa said...

Suka pulak gambar cop peluk tiang tu Syani..
happy je mereka..
Anak2 tak perlu bawa ke mana..
Bawa ketaman permainan tu pun dah suka..

Suka akak pic last Syani dan Adib..
Senyum yang menawan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...