Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 12, 2017

KENDURI

Kebetulan masa kami balik Ipoh hari tu
Besan mak aku buat kenduri kahwin anak dia
[kiranya adik ipor adik  aku la yang kahwin]
Mak tak pi sebab mak masih dalam edah
so dia wakilkan kami pergi

Ni first time nak gi kenduri kahwin tanpa suami
Nasib la ada adik bongsu aku ikut sekali
At least ada la yang nak tolong monitor the kekeciks
Harap2 deme idak le mengaruk kat sana

Ok memula tu cam ada mengaruk sikit la
Especially si Jasmin.. nak suruh berdukung
Tapi lepas duduk dia ok sikit
dapat pulak doorgift & coklat, so ok la dia sikit
Senang la mamanya nak gi senduk makanan....hahahaha

Dah le tu, Amira & Jasmin masing2 nak pinggan asing
Taknak share2.. so kena la aku ambik 2 pinggan
Pastu nak suruh aku suap pulak
Kiri kanan la mamanya menyuap anak
Kadang2 suap mulut mamanya sendiri
Hahahaha... bila anak tak habis makan mamanya suap ke mulut sendiri
Udah sampai 2 pinggan mamanya makan
[patut la gemuk mamanya tu! 😖]


Masa ni dah nak balik dah...
Amira suka la main benda jurai2 bling2 kat belakang tu



Gambar pengantin tak dan nak tangkap
Sebabnya mamanya tengah sibuk suap nasi 😅


Aleeya ni dah nak sama besar dengan maksu dia
Boleh la pinjam baju maksu..



Aku beria packing baju kurung anak
sekali baju mak tak bawa
Maka talian hayat yang ada... baju kurung mak la
Nasib la satu saiz dengan mak...hehehehehe


Sebab tak puas hati gambar Adib tak lawa kat gambar atas
Aku suruh dia selfie sekali lagi
Baru la👍👍

Tapi muka mamanya pucat lesi sebab tak pakai mekap
Sebabnya tak bawa balik mekap pun
Pakai la bedak baby je..
[Itupun nasib ada dalam henbeg]



Nasib la kenduri dalam dewan berekon
Idak le lecak ketiak mak!




2 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Akak dulu pun selalu jadi wakil mak akak gi kenduri kahwin ni..
Hendaknya bila banyak rumah..

Bila adib senyum..
Manis jer mukanya..

Ogy said...

Alahai...cute nya 2 puteri ni berbaju kurung.manis...