Ni entry edisi lepas geram. Actually aku pun tak paham ape kesnya dengan mak mertuaku tu. Anak dia pun tak paham inikan aku yang menantu...lagi la tak paham. Actually kisahnya berminggu2 sebelum raya haji. Kitaorg dah cakap kat dia yg kitaorang nak balik Ipoh raya haji ni (sebab cuti 3 hari). Tapi pagi tu kitaorg raya kat Batang Kali dulu. Katanya abang ipar aku nak buat kenduri pada hari sabtu (raya ke-2 tu). Dia dah bagi tau kat abg ipar aku yg kitaorang nak balik Ipoh on that day & dia ok je sebab katanya takde la buat kenduri besar dengan khemah bagai. Just jemput org barisan rumah dia tu je (ala2 open house la).
Lagi 2 hari nak raya Cik Besah (ibu mentuaku) mula buat perangai. Tak nak cakap dengan kitaorang, bila kitaorang datang umah dia buat macam kitaorang ni invinsible je. Sape yang tak bengang. Dia tanya hasben aku jadi ke balik kampung. So hasben aku cakap jadi la tapi lepas semayang Jumaat. Biarlah Aisyah (aku le tu) jenguk mak bapak dia jugak... (bagus jawapan hasben aku tu...) PAstu dia cakap raya ni tak masak ape pun sebab hari sabtu nak masak jugak. Eh??? Raya tak masak apa2? Pelik lak aku.. tu tengah protes la tu... Aku ingatkan main2 je sebab raya kan, mana boleh takde rendang, nasi impit & kuah kacang.
Malam raya tu aku gi umah Cik Besah, ingatkan nak tolong apa2 la kalau dia masak2. Rupanya...hampeh, memang dia mogok nak masak juadah raya. Aku pun balik la dengan anak2 aku. Pasal fikirkan takde juadah raya hasben aku ajak gi beli lemang & rendang. Alhamdulillah dapat la beli 4 batang lemang & rendang 2 jenis. Tapi biasa la kan, dah biasa makan rendang buatan sendiri (bukan aku buat tapi pak mentua aku yg buat selalunya), rendang beli jadi tak sedap la kan... Aku nak masak pun tak leh le sebab utama- aku tak reti, & sebab kedua aku memang tak beli sebarang bahan untuk memasak sebab aku ingat Cik Besah buat & aku nakb alik kampung so takde la beli stok barang basah untuk minggu tu.
Sampai ke pagi raya memang takde apa2 atas meja umah mak mentua aku tu. Hasben aku agak frust ngan mak dia. Katanya, takkan sebab kita nak balik kampung dia buat perangai camtu.. Entah la... Kadang2 kesian lak aku tengok hasben aku tu bila dia dianak tirikan oleh mak sendiri. Berbanding dengan abang zam yang selalu dianggap anak emas di hati Cik Besah...
No comments:
Post a Comment