Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 9, 2009

Pekerja, Ibu, Isteri??????

Artikel ni aku ambik dari blog sape tah… Tumpang menempel je kat sini… Sesame la baca wahai kengkawan…

Percaya atau tidak kebanyakan dari kita (saya dan anda juga) hanya meluangkan hanya 10% atau kurang dari masa anda sebagai isteri. Selebihnya adalah sebagai pekerja dan juga ibu. Baiklah , mari kita kaji tugas-tugas 3 golongan tersebut berdasarkan masa kita selama 18 jam. Kena tolak 6 jam waktu tidur.

Pukul 5.30 pagi hingga 7.00 pagi - Pekerja dan Ibu
Bangun seperti biasa. Mandi, membersihkan diri, Sembahyang dan menyediakan sedikit minuman sebagai alas perut untuk diri sendiri, anak-anak dan suami.
Menyiapkan anak-anak untuk bersekolah. Yang mana ada anak kecil, siapkan untuk ke nursery. Mungkin menyediakan susu,pampers kain baju untuk dibawa ke nursery. Menyiapkan diri untuk ke pejabat. Kejutkan suami. Sediakan pakaiannya.

Pukul 7.00 pagi hingga 8.30 pagi - Pekerja dan ibu
(Traffic condition di KL, u know la...)

Memandu ke pejabat yang mana berkereta sendiri. Singgah di sekolah atau nursery.Drop anak-anak. Teruskan perjalanan ke pejabat. Yang mana pergi bekerja bersama suami dalam satu kereta, mungkin menerima leteran suami sebab lambat bersiap. Terpaksalah makeup dalam kereta, itu pun kalau sempat. Suami bising kenapa tak siap make up kat rumah. (Tak paham-paham dia ye !!)

Pukul 8.35 hingga 8.37 - Pekerja dan mungkin isteri
Sampai kat pejabat. Nasib baik dapat lah ciuman suami kat pipi kanan je. Tak tau la dia ikhlas ke tidak. Punch kad dah merah la pulak.

Pukul 9.00 hingga 6.00 petang - Pekerja
Kerja rutin seharian bermula, bekerja sebagai eksekutif, pengurus atau pekerja sokongan organisasi.

Pukul 6.00 hingga 8.00 malam - Ibu
Tunggu suami jemput di pejabat. Lambat pulak tu. Singgah kedai runcit atau pasar malam. Beli bahan nak masak. Ataupun beli bungkus. Empat nasi ayam. satu untuk suami, satu untuk diri sendiri. Satu untuk anak pertama, satu untuk anak kedua, satu untuk anak ketiga dan keempat.Share. Waktu ni juga bergegas untuk sembahyang Maghrib dulu.

Pukul 8.00 malam hingga 9.30 malam - Ibu
Bergegas menyediakan makan malam. Dapat peluang makan bersama. Kalau dapat mandi time pun pun dah mujur...

Pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam - Pekerja
Kerja rutin sebagai suri rumah bermula. Pinggan mangkuk yang di tinggalkan oleh suami dan anak-anak perlu di kemaskan. Lap meja. Sapu lebihan nasi yang tumpah atas lantai. Sesambil tu berkejar-kejaran dengan kain kotor yang yang berlambak dalam bakul. Humban dalam mesin basuh. Bersilat untuk lipat kain baju yang dah seminggu "LEPAK" atas sofa. Tak sempat habis. Tinggalkan. Sidai kain baju yang dah dibasuh . Tak sempat juga. Tinggalkan.

Pukul 10.30 hingga 11.00 malam - Ibu
Masa untuk perhatian kepada anak-anak yang sedang mentelaah pelajaran masing-masing. Selang seli dengan menyiapkan anak kecil untuk tidur. Tukar pampers. Basuh berak dsb. (nak pakai losyen pun tak sempat)

Pukul 11.00 malam hingga 11.20 Malam - Hak kepada diri sendiri.
Dah penat kalau tak sempat mandi pukul 8.00 tadi, mandi la ala kadar. Nak cuci muka pun tak sempat. (Toner, moisturizer, masker tu tak pandang pun). Sembahyang Isyak. Sediakan tempat tidur. Selimut pagi tadi tak sempat kemas pun.

Pukul 11.20 malam hingga 11.45 malam. - Pekerja
Persiapan untuk esok. Gosok baju sendiri, suami dan baju sekolah anak-anak. Itu je yang sempat pun. Marah anak anak sebab lambat tidur. Suami tengok ASTRO. Ceh!!


Pukul 11.45 malam hingga 12.00 malam atau 12.45 malam -ISTERI
Suami teringin nak xxx. Anda sudah tidak berdaya lagi.... Kerja-kerja rumah masih banyak yang belum diselesaikan. Terpaksa fikir untuk bangun awal keesokan harinya. Suami marah kerana SEKS anda dingin,lesu,hambar,tawar. Anda melayan kehendak suami anda hanya kerana tidak mahu mengecewakannya. Sedangkan anda sendiri tidak dapat menikmati "HAK ANDA SEBAGAI ISTERI". Jadilah SEKS instant.

Saya tidak bermaksud untuk memburukkan suami-suami kita, apatah lagi saya sendiri pun ada suami juga. Apa yang saya cuba sampaikan disini ialah anda berhak untuk mendapat layanan sebagai ISTERI. Jangan nafikan hak anda.Cuba anda hitung sendiri, berapa banyak masa anda digunakan untuk diri anda sendiri !

No comments: