Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 17, 2009

Interview

Hari Isnin lepas aku cuti sebab babysitter aku balik kampung. So terpaksa cuti sebab nak jaga anak... Tengah hari tu dapat call. AKu ingatkan bebudak office (tak perasan nombornya sebab start ngan 03). Rupanya call dari K*** (nanti la aku bagitau). Dia suh aku attend interview esoknya after lunch. Aku pun ok je la... Siap tanya direction lagi macammana nak gi sana. Ingatkan malas nak drive tapi lepas dia explain tu cam senang je jalannya so i decided untuk drive jer. Lagipun kalau ikutkan tak le jauh mana pun ngan opis aku ni.

So the next day aku pegi la ke Cheras. Tak pernah2 aku sampai ke area belah sana. Anyway, aku gamble je la & tawakkal. Kalau aku tak jumpa then aku patah balik je la. Aku time off je dengan harapan aku dapat turn yang awal. On the way tu aku just follow macam instruction yang dia bagi tu.. (Siap tanya member opis lagi direction tu). Unfortunately aku terlepas simpang kat MRR2 tu & akhirnya tersesat larat aku sampai ke Bandar Baru Ampang. Gabra giler... Phone credit dah tinggal sikit so call member yang duk area Ampang. (Tu pun siap suah dia call aku balik). Nasib baik la member tu direct aku sampai tembus balik ke MRR2. Last2 sampai jugak aku ke K***.

Sampai sana dah ade 2 org tunggu. So aku pun duk la menunggu. Kata start pukul 2 tapi start kul 2.45 p.m. Candidate tak ramai cuma 5 org jer. Tapi aku dapat turn yang ke 4. Bayangkan le berapa lama nak tunggu. Sorang kena interview ade le dekat setengah jam. Pastu semuanya interview untuk lecturer. Seingat aku, aku tak pernah lak apply untuk jadi lecturer. Ni musti kes silap ni. Dan memang aku agak, masa aku interview tu dia tanya tak nak jadi lecturer ke?? Aku just cakap, tak berapa minat & not good in teaching. Tapi tawakkal je la. Kalau dah jadi rezeki aku dapat kat situ Alhamdulillah le. Kalau tak dapat pun tak pe la. Duk je la opis lama ni...

Yang kelakarnya masa interviu tu siap gertak aku, tahan ke kerja yang pressure, bos garang la dll. Well, hello..... aku keje ngan Mr Ting kat sini lagi hazab tau. Siap plus ngan maki hamun dia yang menusuk kalbu tu taw!!!! Rasanya keje ngan kapir tua tu dah macam neraka kat sini. Ni bersabo je bebanyak.. Well, kengkawan ku sekalian doa2kan le aku ni...Semoga ade berita gumbira untuk aku...

No comments: