Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 14, 2015

YEY... FINALLY DAPAT GAK DIPLOMA

Bila masa pulak aku ambik DIPLOMA ni???
Ooopssss.... dah ada degree sebok nak ambik Diploma lak ke??

Eh..eh... ini bukan DIPLOMA yang belajo2 tu ye
Ini DIPLOMA yang tak rasmi
Aku cipta sendiri... [hehehehe]
DIPLOMA in breastfeeding
Cewah!!!!

Alhamdulillah... berjaya juga mendapatkan DIPLOMA ni
Selama 6 bulan berpenat lelah 
bersusah payah mengepam susu
dengan tak sempatnya, dengan bengkak susunya, dengan susu merudumnya
memang mencabar!!!!
Tapi aku berjaya menyusu Jasmin secara exclusive tau
[bangga dengan pencapaian diri sendiri ]

Susu selepas DIPLOMA


Stage pertama iaitu DIPLOMA telah dilengkapkan
Pasni struggle untuk DEGREE pulak
Pastu sambung MASTER
Cukup 2 tahun dapat le PHD [harap2 tercapai le]
Target aku  untuk grad untuk setiap batch tu 6 bulan je

Masa Amira dulu sempat grad DIPLOMA  je
On the way ke DEGREE dia dah tak nak sebab aku dah terpeknen si Jasmin
Harap2 apa yang diusahakan akan tercapai... AMIN!!!!

** Bior la aku takde skroll MASTER/ PHD bagai, ada MASTER ngan PHD in breastfeeding pun dah OK.
Eh dah boleh konvokesyen ek.... Abang [calling for en suami]  belanja blouse baru boleh????.. [hehehehehe]


Friday, February 13, 2015

PLEASEEEEE.....TOLONG PILIH HEADER

Saja gatal tukar header pulak
Sebelum ni meriah punya header
Siap dengan hubby & anak2 aku interframe...hehehehe

Sejak dah tambah anak [JASMIN] ni
malas la pulak nak create header baru & insert gambar Jasmin
So decide nak buh gambo sorang je le..
Kot2 esok2 tambah anak lagi idak le kena create header baru pulok kan..
Pakai je la header sedia ada sampai jemu...hahahaha

Dah create header yang sempoi gile
[Dah tua2 ni prefer sempoi2 je]
So nak mintak tolong korang pilihkan header baru untuk blog aku ni 
antara dua ni...

[A]

atau

[B]


Ok korang tolong ek...
Background hijo tu belum decide lagi nak tuko apa pulak
Start dengan header dulu ye

PLEASE YA KORANG....
[A] @ [B]???



Thursday, February 12, 2015

BOLEH HARAP KE???

Morning uols...
Hari ni aku is cuti...
Sebabnya nak bawa hanak2 pi klinik
Pastu ada la urusan  family sikit2

Hari ni genap umur Jasmin 6 bulan
Dah boleh makan ko.....
Babysitter aku yang eksaited bila Jasmin boleh makan
Aku cam biasa je... makin pening la mikio benda makan untuk Jasmin pulak
Dasar mak2 yang kurang daya kreativiti memang le cenggitu...

Nah layan video Kakcik
Amboi.. cam ke boleh diharap beno kan

Tak menahan tu siap pakai kasut tu
hehehehehe

Gayanya cam dah boleh diharap la kan
Ok la.. Jasmin boleh la tertidur dek henjutan tu
TAPI..... adala dalam 5 minit
Pastu.... bukan lagi henjut lemah gemalai
Henjut puting beliung... sampai boleh terjaga si Jasmin dalam buai...
Adoi la anak...

Wednesday, February 11, 2015

SANA SINI DIA MENIARAP

Dak kecik ni sejak dah pandai meniarap dan bergolek ni
Takde la keje lain nak buat
Asal dibaringkan je, mesti nak meniarap 
Tak kira la kat mana pun
Nak pakai baju & pampers lepas mandi pun jenuh 
asyik nak berpusing je..

Suke la tu dapat menerap
Bila dah menerap tu kaki pun tergedik2
Laju cam nak masuk lumba renang...


Ni pulak dalam stroller
pun nak niarap jugak
Penyandar stroller tu memang kena dibaringkan je le
Baru si Jasmin dapat menerap dengan selesa


Yang ni lagi hebat...
Dalam buai pun meniarap juga
Nasib la buai ni jaring2... dapat la dia bernapas dengan selesa



Menerap punya menerap
Last2 tertidur juga secara meniarap dalam buai tu
Sambil hisap jari...
Jasmin...Jasmin...
Macam2 gaya kamu ni..

SUDAH HARI RABU...

Assalamualaikum & selamat pagi

Camni la aku pagi2 
Nak hantar anak2 gi rumah babysitter
Kalau hasben keje pagi, pas hantar Jasmin & Amira ke rumah babysitter
Nak kena hantar Adib ke sekolah agama pulak
Aleeya lak dah pegi sekolah dengan atuknya

Kalau hasben aku syif petang,
Dia la yang tolong hantar Aleeya & Adib ke sekolah
Takde la aku terkejar2 sangat

Hari ni tah apa mood si Amira nak pulak dia duduk dalam stroller
Selalu tu memang takkan duduk dalam tu
Mesti nak kena dukung tau
Jalan pun ikut mood dia

Stroller kecik, dia kena berhimpit dengan Jasmin
[Jasmin muka redho je le ye..]

Kalau kena berdukung, rebeh bahu aku
Sebelah dukung anak, sebelah lagi sandang beg susu
Sambil tu tolak stroller ke rumah babysitter
Letih ahkak!

Tuesday, February 10, 2015

INSTANT SHAWL NENG GEULIS

Baru je nak berjinak2 dengan shawl
Tapi pakai yang biasa @ end curve je
Yang jenis instant tak pernah try lagi

Nak dijadikan rezeki, ada member yang baik hati menghadiahkan instant shawl kat aku
Adoi... terharu ahkak tau
[thanks babe, kalau ko baca blog aku ni]

Bukan calang2 brand lak tu
NENG GEULIS ko..... [yang Felixia Yeap jadi modelnya tuuuuuu]
First time aku dengar brand ni
Selalu dengar NAELOFAR la, SUGARSCARF la, TUDUNG PEOPLE la, AIDIJUMA la, FAREEDA la, ARIANI la, 
hoh... banyak rupanya jenama tudug2 & shawl ni

Saja la usha2 website Neng Geulis ni
Wow... harga2 shawlnya boleh tahan mahalnya
[pada aku mahal la...sebab dah biasa beli yang harga bawah doploh hengget]
Maybe sebab kualiti kain & branding, tu yang jadi mahal
Macam2 jenis shawl rupanya kat NG ni rupanya
Rambang mata ahkak menelek website

Ni la tudung yang member aku kasi
Kalernya aku suka ya amat...
[Nasib takde lagi kaler ni dalam koleksi shawl aku]


Ni namanya Shawl Laxine
Ko tengok harga kat website NG ni

Hari ni pakai baju Pink
Teringat la pasal shawl ni
So aku gamble je pakai tudung ni
Mak aiiiiii kekok aku dibuatnya
Pelik lak aku rasa muka aku ...

Nampak kurus ke, nampak tembam muka aku???

Ni aku pakai style biasa je
Nasib la anak tak mengaruk
Dan la nak membelit shawl bagai.. hehehehe
Dah namanya instant, so agak senang le nak lilit..

Ni satu lagi cara nak style kan shawl Laxine ni
Nanti boleh try..

Ada ke yang biasa beli tudung NG ni??
Cer cite...cer cite...