Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 9, 2012

KEEPING UP WITH SERATAIANS

Tajuk takmo kalah dengan geng Kardashians..hahaha
Semalam adalah hari yang sangat best sebab akhirnya dapat jugak keluar kandang dihujung minggu
Ape ke tidak, kalau hujung minggu je asyik membosankan diri je kat rumah
Sekali sekala pi  la berjimba dengan kengkawan.

Alkisahnya kawan lama sekolah sms aku kata nak jumpa
Memang lama sungguh tak jumpa member sorang ni
Asyik jumpa dalam fb je.
Akhirnya sepakat la kami jumpa di rumah Makcik Rehan
Lepas mintak izin dengan encik suami & menyerahkan hal ehwal rumahtangga pada hubby
Aku pun berlepas ke Rawang dengan Yaya 
[Plan asal takmo bawak anak2 tapi sebab Yaya kata nak ikut, aku bawak le jugak. Adib tinggal dengan abahnya]

Memula pi terjah dulu rumah Makcik Rehan
Aku ingatkan aku yang lewat, rupanya deme mandi pun belum.. Appala...
Sementara MR mengisahkan anak2nya, aku & Zalwa lepak la dulu
Borak2 la lebih kurang...
Pas semua siap, kami pergi la AEON yang baru bukak depan rumah Makcik Rehan tu
[Patutla MR asyik merayap ke situ.. memang dekat bebeno!]

Maleh nak citer panjang... layan je la gambar gathering kami 3 orang ni..
 2 mak orang, sorang anak dara ---> Still available kekdahnya...


 Tak cukup korum la weh... 
Wah, Jemon & Minah ---> bila nak cukupkan korum ni??


Gelagat anak2 sepanjang kami berjimba
Baru 2 orang anak dah sawan dibuatnya ye dak MR?
Kalau ada Adib, mau temperature aku naik gak... hahahaha
Kagum lak aku tengok kegigihan MR melayan anak2 dia.

Masa yang diluangkan idak le lama pun. Aku spend masa dari kul 9pg sampai kul 2.30 ptg je. Ok la kan. 
Pasni kita gathering tanpa hanak2 ye kengkawan
Kita apply annual leave la... suh kaum bapak mahupun babysitter jaga anak sementara mak2 pi poya2.

Friday, April 6, 2012

ZIANA ZAIN DAN ANAK KEMBARNYA

Lama tak dengar cerita pasal anak kembar Ziana Zain ni
Last dulu rasanya masa budak2 tu baru setahun kot

Hari tu tengok kat blog AbangNara gambar ahkak ZZ ni dengan kembarnya tu
Semalam katalog Avon terbaru dah sampai kat rumah
Ye lah... ZZ ngan anak kembarnya tu jadi cover...


Gambar tangkap guna henpon je.. so tak le cantik sangat kualitinya tu


Dah besar anak2 dia rupanya. Yang pompuan tu sebijik macam mak dia especially tang senyum tu. Bestnya kan kalau dapat kembar sepasang camni.

** Mata ZZ ni memang kecik sebelah ke ha?? Ke teknik mekapnya tu yang salah?

BLOG NOT FOUND????

Tetiba je masa aku bukak blog petang semalam tetiba terkeluar satu mesej yang menjadi mimpi ngeri para blogger. Tetiba je keluar mesej BLOG NOT FOUND..  WTF????!!!! Tak lucu okeh!!!!


Padahal kan, baru je beberapa minit sebelum tu aku publish latest entry -->

Sebelum ni memang dah banyak blogger kena kan. Kakak angkat aku pun a.k.a Yana Halim pun pernah kena juga pastu siap tanya lagi cemana nak buat. Jenuh jugak aku gugel tutorial cemana nak pulihkan keadaan kalau jadi camni.

Ok.. malas nak bebel panjang2. Kalau korang terkena camni, sila jangan gabra. Mengucap panjang2 tau. Pastu tanya je pakcik gugel cara2 nak memulihkan keadaan blog korang yang kena remove tu. Macam aku, aku ambil tutorial dari blog MAMAMYA. Tutorial tu boleh baca KAT SINI. Just follow cara2nya, Insya-Allah blog korang akan pulih seperti sediakala.

** Alhamdulillah, blog aku pulih dalam masa 2 minit selepas kejadian ni.

Thursday, April 5, 2012

BIRTHDAY PRESENT YANG TAK SURPRISE PUN

Aku ngan hubby memang jarang kasi2 hadiah ni
Tapi tahun ni tetiba lak rasa nak bagi present kat hubby
Hari tu dah bagi kotak jam yang gedabak sempena anniversary kitaorang
[Kira2 3 minggu lepas]
Pastu hari ni birthday hubby pulak

Memandangkan bajet dah ciput 
[mana nak beli handbag lagi, hutang lagi,  present lagi.. haish..]
So hadiah birthday ni idak le berapa mahal aku beli
Tapi aku beli present yang aku rasa hubby aku akan suka
Dan yang paling penting ikhlas dari hati aku

Semalam masa menyinggah ke Giant, aku singgah le kedai CD
Sebabnya aku nak beli CD kumpulan yang hasben aku minat
[terdapat idea dari hantaran The Beatles masa wedding Lisa-Yusry hari tu]

Ini la dia...

Hubby aku minat giler kat kumpulan SEARCH ni dari dulu lagi
[Tapi takde la fanatik cam ahkak Ziana Zain 2 yang kena inteviu kat HotFM pagi tadi]

So masa ambik hasben kat tempat kerja semalam, terus aku bagi CD tu
Birthday present in advance la kununnya
[padahal malas dah nak bungkus bagai]


** Ekceli hasben aku nak mintak motor baru.. Nak LC pulak tuh.. Pergh... gile apa aku nak beli 5-6 ribu kan... Gambo motor boleh la... [Padahal nak cakap kat dia, dia sanggup tak nak keluarkan 5-6 ribu beli rantai emas kat aku...hahahahah]





PESAN SUAMI UNTUK ANJE ANJE




Duhai sayangku  (anje-anje 2x)
Abang dah jemu (anje-anje 2x)
Rumahtangga tak menentu 
Siang malam tak semesra dulu

Lama dah kahwin (anje-anje 2x)
Sekarang dah lain (anje-anje 2x)
Dulu sayang bukan main
Sekarang lampin anak abang salin

Bukan tak mampu cari orang gaji
Nanti cemburu abang susah hati
Gaji dah beribu tak perlu kerja lagi
Itulah sahaja tanggungjawab isteri

Jangan kau persiakan masa depan rumahtangga kita
Jikalau  kau nak teruskan juga
Fikirkan dahulu

Jangan kau persiakan masa depan rumahtangga kita
Jikalau kau nak teruskan juga
Fikirkan dahulu

Jangan kau persiakan masa depan rumahtangga kita
Jikalau kau nak teruskan juga
Fikirkan dahulu

Duhai sayangku  (anje-anje 2x)
Abang dah jemu (anje-anje 2x)
Rumahtangga tak menentu 
Siang malam tak semesra dulu

Jangan kau persiakan masa depan rumahtangga kita
Jikalau  kau nak teruskan juga
Fikirkan dahulu

Jangan kau persiakan masa depan rumahtangga kita
Jikalau kau nak teruskan juga
Abang kahwin lagi

SUAMI KE-36....BIRTHDAYNYA LAH!

Hari ini  genap sudah umur suami aku 36 tahun
Alhamdulillah... masih dipanjangkan umur  untuk bernafas di bumi Allah ini
Happy birthday, abang
Semoga terus dimurahkan rezeki
Dikurniakan kesihatan yang baik
Di panjangkan umur
Dan sentiasa bahagia di dunia & akhirat



LOVE YOU FOREVER


**Sebaya Aaron Aziz rupanya hasben aku ni..