Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 12, 2017

TAMAN TASIK YDP, SLIM RIVER

Masa on the way balik Ipoh haritu
singgah kejap kat Taman Tasik YDP ni
Taman Tasik ni kat Slim River tau
Kalau ikut jalan lama memang akan jumpa la Taman ni
Kalau ikut highway memang tak nampak leeee...


Ha ni main entrance.. Tapi simpang masuk ni kalau tak perasan memang selalu terlepas..

Taman ni besar la jugak
View dia memang cantik la pada aku
Siap ada tasik, padang permainan & kawasan untuk riadah

Aku pulak datang time tengahhari
[Dalam pukul 11.30pg camtu]
Memang tak ramai orang pun
Tapi belah petang tak sure la orang ramai atau tak.

Ni sebahagian dari view 
Anak2 memang aim nak main kat playground tu
Pokok2 pun banyak kat sini, redup je
ada juga family yang piknik bawah pokok tu


Suka sangat la kekanak dapat bermain disini
Lagipun takde orang... diaorang je konker
Tapi tak bagi main lama2 sebab panas

Mengadap tasik tu ada juga tempat duduk2
Best la jugak duduk kat bangku mengadap tasik
Sambil angin sepoi2 menampo2 muka
[teringat zaman dating2 dulu...hahahaha]


Berlatarbelakangkan tasik...




Mama pun nyempit sama...



Budak ni tak berapa sihat
Baru lepas muntah
Tu yang berhenti kat sini suruh dia ambil2 angin segar..



Berhampiran tu ada la kawasan riadah ni
Banyak juga fasiliti untuk bersenam kat sini
Kalau pagi2 mesti syok senam kat sini.



Amira tengah testing skywalker ni
Jangan kata Amira, aku pun try juga
Kot2 la mau terbako lemak2 kat peha tu...hahahaha



Tak lama pun lepak sini.. sebab panas
Ada la dalam sejam kot... kasi anak2 main sikit2 dah le
Kemudian teruskan perjalanan ke Ipoh..





Wednesday, October 11, 2017

UPDATE BLOG

Sapa perasan... blog ni dah berwajah baru
Udah tuko appearence dari hijo ke putih
satu tindakan yang susah sangat aku nak buat

Disebabkan faktor ketuaan
Yang lebih sukakan yang simple & clean
Maka pilih je konsep "bersih" dan tak semak camni
Malas dah nak fancy sana sini...

Tapi jenuh juga nak ejas sana sini sebenarnya
Nak betul coding html bagai....
Ni la hasilnya....



Semoga lebih rajin update blog pasni..
Insya-Allah!

Monday, October 9, 2017

SEPUPU SEPAPAT

Throwback masa balik Ipoh hari tu
Budak2 la yang happy sebab dapat jumpa sepupu sepapat
Dan masa ni la mak bapak dilupakan
sebab asyik sangat bermain
Time lapar & nak berak kencing baru sibuk cari mak bapak..huh!

Ewah santai2 sambil lepak atas katil opah
[opah dok sorang sekarang, dia tido bawah je.. malas nak naik bilik atas katanya]
Yang sorang dok atas para kabinet tu dok main barang opah le tu


Satu lagi yang diorang suka dok lenjan katil
Melompat2 atas tilam spring
Nasib la tak roboh katil tu

Lantak la kamu kekanak... asalkan tak jahanam harta benda opah
Mama kamuorang ada benda nak buat☺

Sibuk testing baju nikah
Oppps bukan nak kahwin ye
Tapi nak ngetest muat ke idak lagi baju yang dah 13 tahun ni 
Yey.. dah boleh kancing dah ni
maksudnya dah kuruih sikit la...
Hahahahaha...
Nak kena kuruskan sikit lagi sebab baju ni masih agak fit
Fit la sikit sebab pakai baju dua lapis kan.... ada t-shirt kat dalam tu

** Baju ni jadi benchmark nak kurus gitteww
Jenuh nak dapat body masa belum kahwin ni..huhuhuhu


Friday, October 6, 2017

HARUM SUBUR DI HATI

Menitis airmata aku pepagi hari ni
Gara2 lagu di main kat Sinar fm
Adoi... emosi terlebih lak pepagi ni

Abang.. I miss you!!!😢



HARUM SUBUR DI HATI-BPR


Di lingkaran diamku termanggu,
Terkenangkan kembali,
Saat indah aku bersamamu,
Di belai cinta suci

Sewaktu kelukaan hatiku,
kau datang dan memberi
Taburan bunga cinta sucimu
Harum Subur di hati

Tapi kini kau pergi
Tinggalkan aku sendiri
mengusir sepi mengusir rindu
Terpisah selama-lamanya
Kau pergi dariku

Titisan airmata di pipiku
Memanjat doa suci
Saat indah aku bersamamu
Masih tetap di hati

Cintaku masih untukmu
Rinduku masih padamu
Walaupun kita terpisah jiwa
Namamu tetap di kalbu

Ku semadikan cintaku
Didalam doa kudusku
Kepada tuhan aku meminta
Damailah engkau di sana
Menghadap tuhan yang Maha Esa

Thursday, October 5, 2017

KINTA RIVERFRONT

Lepas kenyang makan ciken chop kat Mr Steakhouse
Kami pegi jenjalan kat Kinta Riverfront
Saja la singgah sebab dah lama pun tak singgah sini
Konon2 pi I-City la kekdahnya

Tapikan, tempat ni dah tak meriah lampunya
Tak macam memula dulu
La ni banyak dah lampu tak menyala
Macam dah tak well maintain je tempat ni
 Ini macam baru la kot
sebab kali terakhir aku pergi dulu takde lagi
Aku pun last pergi rasanya 2 tahun lepas [lama kan???]


Ni pun baru jugak la sebab masa kali terakhir aku datang belum ada
Amira la sibuk nak tangkap gambar dengan Ocobot ni

Kat sini datang untuk tangkap2 gambar je
Takde aktiviti menarik pun
Just jalan2 tengok lampu2

 Inilah mak saya...

3 generasi..



The familia... ni pun kurang sorang sebab dia tangkap gambo..
Nasib ko la... sapa suruh pakai I Phone 😅
[kamera i phone kan gambo lawa..]

Opah dengan cucu kesayangan katanya....
Hahaha... layan je la cucu tu ye opah.

Esoknya kami ajak mak jalan2 lagi
Nak tau pi mana?? Tunggu next entry lak
[tah bila kerajinan aku nak datang]

Tuesday, October 3, 2017

SAMBUTAN BIRTHDAY MAK

Masa cuti Maal Hijrah bebaru ni
sempat la balik Ipoh jenguk2 mak
Sambil2 tu nak celebrate la birthday mak sekali
Kebetulan adik aku yang kat Kedah pun balik jugak
So meriah la sikit kan..

Kami semua balik pagi Jumaat tu
Lepas Zohor baru kami sampai Ipoh
Pastu plan dengan adik nak bawa mak makan di luar
Birthday girl (mak) pulak tak kisah nak makan kat mana
So kami bawa mak pi makan western
Tempat ni pun kawan yang rekemen..

Kami bawa mak makan kat sini
Restoran Mr  Steak House
Ok la tempat ni luas & cosy untuk family ramai2 ni
Restoran ni pernah masuk JJCM tau

Restoran ni kat kompleks PERNAMA tu
Menghala ke stadium Ipoh

Kat sini semuanya makanan western saje ye
Takde la tomyam siakap bagai tau
Ciken chop lamb chop beef steak ada la...hahahaha

Masa kami sampai tu orang tak ramai lagi
So servis agak cepat la
Sementara nak tunggu makanan sampai
Cam biasa.. selfie la dulu 4-5 keping

Ni dari phone adik aku
Aku tengah sibuk mengorder... tak sempat pandang kamera


Muka2 kelaparan...hahahaha


Birthday girl baru nak pandang kamera...



Budak kecik ni tak sihat sangat
Asyik muntah je..
Nasib la kat restoran ni takde muntah2 
Cuma dia kurang makan je.. tak sedap tekak kot


Budak ni pulak merajuk sebab aku tak selfie dengan dia dulu
Asyik dengan Jasmin je...Takde gambar Mira pun
[tu yang jelir lidah tu]


Budak ni badan tak sihat tapi tangan sihat...
Makanan tak sampai lagi tapi habis dah tisu dia buat main
Dipotong2 dengan pisau pastu dicarik2 sepah atas meja..


Alhamdulillah lega dapat makan malam..
Makanannya..... ermmm idak le sedap seperti yang dijangka
pada aku la... lain orang lain taste kan
Aku boleh bagi 3 🌟🌟🌟 je le...