Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 16, 2015

CARA NAK BERWHATSAPP DARI PC

Maybe ramai dah tahu sekarang kita boleh whatsapp dari PC je
Senang la sikit nak menaip kan
Ate kalau kat tepon aje gemor typo sebab keyboard kecik [read:jari gemuk]

Aku pun suka gak berwhatsapp dari PC ni
sebabnya idak le sakit tengkuk aku menunduk2 tengok tepon
nak2 pulak tepon tengah caj kan
wayar dah le pendek... udah kena tunduk2
satu lagi kelebihan, senang nak kaverline depan bos kan...
[wahahahaha]

Ok sapa tak tau lagi cara2 nak whatsapp kat PC
meh sini aku ajo
yang penting kena ada internet line la kan
pastu henfon korang kena juga ada bateri ye

Memula sekali korang bukak link ni kat pc/laptop korang
nanti akan keluar webpage ni




Dekat henfon korang pulak kena buat camni
klik yang 3 titik tu [refer anak panah tu]



pastu pilih Whatsapp Web 

Pastu akan keluar cam scanner untuk korang scan code QR kat webpage tadi
Make sure QR code tu masuk betul2 dalam kotak kat tepon korang tu
Kalau dia takleh baca  maybe skrin PC korang terang sangat
so cuba kurangkan brightness skrin PC tu


Bila QR code dia dah capture maknanya henfon korang dah link dengan PC
Akan jadi le cenggini


So sekarang sudah boleh whatsapp melalui PC

Untuk masa2 seterusnya korang dah tak payah dah nak buat step cam kat atas tu
Kalau korang pegi link http://web.whatsapp.com tu
dia akan terus detect henfon korang tu
[ini kalau korang guna PC sendiri la]
TAPI
kalau guna PC orang, better la korang logout dulu apps tu kat PC
Bila dah logout tu, everytime nak guna Whatsapp kat PC kena ulang balik la step2 kat atas tu
Tak susah pun... tak sampai 2 minit boleh buat...

Don't worry kalau gambar ke video ke apa ke takkan ada simpan dalam PC pun
[melainkan korang download dalam PC]
Mende2 tu semua akan ada dalam henfon korang je
PC ni cuma dia display whatsapp kat skrin PC je.

Ok itu je.. 
sekian untuk hari ni.










Monday, June 15, 2015

CHECK UP 10 BULAN

Pagi tadi bawa Jasmin pegi klinik
Nyaris tak terlupa ada appointment kat  klinik hari ni 
Tengok kalender baru teringat

Pagi2 kejut diaorang semua cam biasa
Kena awal sikit la sebab hari ni dah start sekolah kan
Sebelum pi klinik, hantar dulu Amira ke rumah babysitter
Pastu hantar Adib ke sekolah agama
terus pi klinik Genting Malik

Muka bangun tido

Nasib la dia nak jugak duduk elok2 dalam takung dia tu
Kalau idak nak membuas memusing memanjat 
jenuh aku...

Hasil check up budak ni, timbang dia naik la setengah kilo
[walopun budak ni kuat makan, tapi dia kuat berak jugak]
Takpe la, aku andaikan je budak ni punya metabolisme tinggi..hehehehe


2 bulan lagi check up & cucuk setahun pulak.


Friday, June 12, 2015

AIR FRYER --> BOLEH MASUK WISHLIST

Mak aku sekarang dah jadi dealer Amway kome
Pasni takyah dah susah2 aku nak beli barang
pastu takyah nak emo2 cam masa buat entry
[Hit entry blog ni tu...]

Sekarang boleh kata mak aku ni dah addicted dengan AMWAY
Segala makneka pakai brand AMWAY
Baik dari bedak, sabun, losyen, vitamin
sehinggalah periuk NOXXA,  steam Iron Philips, dan terkini AIR FRYER Philips

Masa kami balik haritu serius la pakat menjakun pakai Air Fryer
Tengok demo kat Go Shop pun udah teruja
Ni pulak nak test sendiri...


Ni dia Air Fryer XL
Harga kat Amway dalam RM2K++ kot

Senang rupanya nak guna Air Fryer ni
Susun je benda yang nak goreng tu dalam tempat nak goreng tu
Set time & suhu, tekan ON
pastu tunggu la bunyi menandakan dah siap
[Ala2 kaedah bila guna oven gitu]

Memandangkan baru nak cuba, kami mulakan dengan yang simple2 je dulu
Goreng Nuggets, Wedges & Fries
Dan hasilnya.... 
Memang tak mengecewakan
Rasanya lebih sedap dari digoreng dengan minyak
Nugget tu lebih lama crispynya
[nugget takde dalam gambo ye]
Tak cepat soggy la boleh dikatakan
Wedges tu memang marveles ai tell u
Fries pun tak cepat lembik





Lepas kali pertama try, asal nak goreng nugget, fries & sewaktu dengannya asyik guna Air Fryer je
oooo dah tak main pakai kuali & minyak masak yang banyak

Pastu mak aku ada try buat ikan cencaru sumbat dengan Air Fryer ni
Pergh...... memang mantap... sedap
[sorry takde gambar nak share]

Ayam je belum try lagi 
Ada member kata ayam masak dengan moist sekali
Nanti balik Ipoh boleh try lagi

Air Fryer ni betul2 menambat hati aku
Kalau tak kerana harganya yang mahei tu, awal2 aku dah oder kat mak aku
Walopun mak aku bagi bayo ansur2 aku ni tak berapa suka sangat berhutang2 benda2 camni. Lagipun aku ni tak berapa gemo komitmen bulanan 
[melainkan rumah & kereta je]
Ada duit baru beli
Takpe.. slow2 kumpul duit
Kita masuk Wishlist dulu ye
[beli kat Go Shop je la murah sikit..wakakakaka]






TENANG

Salam Jumaat semua...

Kan best kalau camni hari2
Tenang je mama nak bersiap gi keje..




Thursday, June 11, 2015

GIGI SPONGEBOB

Korang tau kan gigi SpongeBob? 
Gigi kapak yang besar dan jarang

Jasmin ada tau gigi Spongebob ni
Gigi kapaknya bukan main beso
pastu jarang lak tu
TAPI susah beno la nak tangkap gambar gigi dia tu

Ni yang paling close aku boleh snap gambar gigi dia
[dah ada 5 batang gigi]
Sekarang gemor kokak orang je




Ni semua gambar Jasmin masa di Ipoh hari tu 



Nampak tak cam jerawat sebutir kat pipi dia tu?
Tu bukan jerawat @ kudis ye
Tu adalah hasil cakaran kakcik pada Jasmin
Sampai tersiat kulit pipi.. sian dia kena buli dengan kakcik

LESEN BASIKAL

Ewah... Kakcik dah pandai kayuh basikal
Sebelum ni dia suruh orang tolak je
Kali ni dah boleh dah kayuh sikit2
tapi atas simen la....
Kalau atas tanah, mula la mengamuk sebab basikal tak gerak2




Basikal merah ni Pak Long dia yang belikan



Mulut muncung takleh tinggal


Nampak tak?? Nampak tak gaya kayuhan kakcik tu
[lambat lagi nak jadi rider ni]