Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 13, 2015

HAPPY BIRTHDAY ABAH

Hari ini birthday Abah
Sudah genap usianya 61 tahun
Tak dapat nak celebrate birthday abah hari ni
Ye lah masing2 sibuk dengan urusan duniawi yang tak habis2 kan

Apapun kami semua adik beradik 
Akan cuba balik hujung bulan ni untuk celebrate  birthday Abah
INSYA-ALLAH


Pagi2 dah whatsapp abah ucap Happy Birthday
Walopun kami semua jauh dari abah, ingatan kami pada abah tetap ada.


HAPPY BIRTHDAY, ABAH
Semoga abah sentiasa sihat, diberi kelapangan hati & berbahagia
di samping anak2 & isteri2.





Saturday, April 11, 2015

TUNGGU SEKEJAP.... SOLATLAH DULU : KENAPA KENA SOLAT AWAL WAKTU?

Ini peringatan untuk diri aku sendiri
Takde tujuan nak tunjuk alim ke, nak riak ke,nak perli ke



Perasan tak, kalau kita solat di awal waktu, lepas solat tu kita rasa lega
Pastu kita rasa waktu lepas tu panjang sangat sebelum masuk waktu seterusnya
Kita rasa waktu tu macam2 kita boleh buat kan.
Ha... kata Ustaz, itulah dinamakan keberkatan waktu...

Kenapa kena solat awal waktu?

1. Kalau sebagai orang perempuan, sebab kita takut HAID datang bila dah masuk waktu solat. Kalau terperiod masa dah masuk waktu solat, kan dah nak kena qada pulak solat tu.

2. Takut ada tetamu datang ke rumah

3. Takut MATI


Ekceli apa2 pun, kita kena buat awal, sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku di minit2 seterusnya kan.

Macam aku, kalau hari bekerja, aku akan solat Asar siap2 kat office sebelum balik rumah. Sebabnya, aku tak tahu apa akan berlaku dalam perjalanan aku nanti
Dah le perjalanan aku jauh [1 jam perjalanan]
Manalah tahu kot2 jem ke, kereta rosak ke, tayar pancit ke, eksiden ke, MATI ke... kan????
Kalau pun sempat sampai rumah, tinggal beberapa minit je dah nak masuk waktu Maghrib, ha mula la terkejar2 nak solat... Aku adalah sangat tak suka solat dalam keadaan terkejar2 tau.

Lagi satu, aku paling tak suka kalau nak keluar rumah tinggal beberapa minit je lagi dah masuk waktu solat. Better la kita solat dulu kan. Kan lagi berkat perjalanan kita nanti. Itu la sebabnya perancangan perjalanan sangat penting bagi aku. Walaupun untuk kita bermusafir, kena la plan nak berenti solat dimana2 kan..Kalau boleh cari tempat yang selesa untuk kita solat. Takkan nak main tangkap muat je... Kan solat tu satu cara untuk kita berehat.

Jom sama2 kita istiqamah untuk solat di awal waktu
Kalau boleh kita berjemaah satu family, satu waktu tiap2 hari pun takpe

Kalau yang lelaki pulak boleh la pergi berjemaah di masjid

Sekurang2nya 1 waktu sehari
Tapi lagi bagus kalau tiap2 waktu sembahyang berjemaah di masjid


** Paling benci dengar orang lelaki [especially] sembang konon hebat gagah perkasa [nak2 bab atas katil] , tapi bila bab solat subuh, majoritinya FAIL!  [awal2 pagi dah kalah dengan syaitonnnn]

Sesungguhnya orang yang paling kuat ialah orang yang 
kuat menahan marah & hawa nafsu.


Jom sama2 berubah & beristiqamah.

Friday, April 10, 2015

KALORI TINGGI

Petang semalam teringin sangat nak makan Goreng Pisang Cheese
Kebetulan pulak hasben keje shif pagi
So petang balik keje boleh le dia singgah beli
Sebab dia naik motor kan, senang le dia nak berenti tepi2 jalan tu kan
Lagipun hasben aku balik keje awal sejam dari aku kan
Sempat la dia singgah beli
Sebab kadang2 time aku lalu situ, gerai goreng pisang pun dah tutup

Sampai rumah semalam, satu polisterin dah ada atas meja
Hehehehe
Letak je beg, terus buka polisterin
Ambik seketul, terus ngap dalam mulut

Masa ni cheese & chocolate rice dah mencair
Cair2 pun aku belasah juga masuk mulut
SEDAP!!!!




Baru timbang semalam, berat dah turun 1kg
Pastu makan pulak berkalori tinggi camni
Datang balik la 1kg aku tu..



Thursday, April 9, 2015

6.2KG

Hari ni bawa budak kecik ni pi timbang kat klinik
Sebab berat yang kurang memberangsangkan, tiap2 bulan kena gi timbang 
Walhal kalau ikutkan, lepas 6 bulan kena pi cek up [without injection] cuma 2 bulan sekali je

Masa 6 bulan berat cuma 5.7kg
Masa 7 bulan pun berat statik
Pelik pulak aku sebab berat tak naik
Walhal masa 6 bulan tu dah start bagi makan
Dahtu memang aku kasi makan bubur nasi ... nestum2 ni 2-3 kali je
Pastu susu memang kuat juga... 6 botol aku kirim kat babysitter, hari2 habis je

Masa tu macam2 la kat fikiran aku ni
Susu aku tak berkualiti ke? Kurang khasiat ke?
Babysitter tak bagi makan ke?
Anak aku ni metabolisme tinggi nau ke???



Kalau ikutkan hari ni belum la genap 8 bulan pun umur Jasmin
Tapi dah nurse suruh datang hari ni
[sebab sekali dengan nak ambil pil perancang aku]
Huish... berdebar2  lak nak timbang budak ni
Naik ke idak beratnya tu???
Kata nurse kalau berat masuk line kuning, kena jumpa doktor pakar pemakanan pulak kat Klinik Ulu Yam
Adoi... malasnya aku nak ke sana pulak
Worst lagi kalau kena refer paed pulak kat Spital Selayang
Terasa teruk beno aku jadi mak ni sebab anak kurang nutrisi... adoyaiiii

Jeng..jeng... timbang dah tadi
Alhamdulillah naik le 500gram 
[macam timbang emas pulak main gram2 ni]
Baru 6.2KG
Okeh... i know... anak aku ringan kecik cinonit je
Takyah le kondem aku... 
Memang pesen anak2 aku jenis halus2
Takyah berangan le nak anak gemuk is awesome sangat
Jangankan gemuk, chubby pun jauh sekali... 
Aku ni takat geram tengok anak orang yang gemuk2 tu je la

Takpela.. asalkan anak aku sihat riang ria ceria aktif bagai
Udah le....
Azam aku nak menghasilkan anak yang debab2 kali ni GAGAL
Udah baka jenis slim melim kan
[Bila beso baru nak mengembang..huhuhuhuh]




Wednesday, April 8, 2015

8 JER....

Tak banyak mana pun
Tapi at least ada la kan
daripada takde

Apekebenda ko cakap ni???
Ni ha.... BE daripada Nuffnang
Dapat 8 je setakat ni...
Alhamdulillah


-Harap2 dapat lagi-

Tuesday, April 7, 2015

SAMPAI MATI - HAZAMA [OST HATI PEREMPUAN]

Addicted sungguh aku dengan drama ni sekarang
Kalau dah suka tu, semua pun suka
Tak pernah aku addicted sampai camni since drama Nora Elena
Sampaikan OST dia pun aku suka
Siap folo IG hero & heroin drama ni ko!!!
[IG Zul Aripin aku tak folo pulak]

Nak layan video lagu Sampai Mati ni
Uploaded by Tengku Zaril a.k.a Syarul Ridzwan



Nanti TZ kawin dengan Yuhanis
Ada baby lagi taw...



Sapa dah baca novel ni??? 
Happy ending ke citer ni?