Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 9, 2013

BABYSITTER BARU

After 2 days full of stress & emotions
Alhamdulillah, finally we found a new babysitter for Amira
Harap ini yang terbaik untuk kami semua

Memandangkan masa yang singkat untuk dapatkan babysitter
memang mengundang stress untuk aku
banyak pro & cons nak kena fikir
banyak hati nak kena jaga..
[macam beso beno masalahnya... walhal isu babysitter je pun!]

Bila dah jadi mak-mak ni, segala hal ehwal anak memang  boleh bikin jiwa kacau
[belum bab kalau laki buat hal lak kan hehehehe]
Nak2 pulak budak halus cam cik gebu tu...
Lagi la terasa sayu hati ni
Kecik2 dah pas ke sana sini...

Harap2 Amira ok je dengan pengasuh baru
Pengasuh baru ni jiran selang sebuah rumah dengan aku
Kiranya dekat la dengan Cik Besah 
Tu yang cik besah suka sangat sebab senang dia nak monitor cucu dia
Cik Besah ngan Cik Zul (my MIL & FIL) kalau bab cucu ni memang concern sangat
Kalau boleh setiap masa & ketika dia nak tengok ada depan mata
Tapi apa kan daya, nak bela sendiri, masing2 sakit

Sapa yang selalu baca blog aku sure tau siapa Cik Ana
Ala, Cik Ana yang jual laksa belakang rumah aku tu la
Ha... Dia la yang sudi nak bela Amira
Dia la pengasuh terbaru Amira mulai hari ini
Harap2 ok la semunya..



Sebelum gi keje, sempat seloro ngan Cik Ana
"Jangan sampai Amira masuk dalam kuah laksa Cik Ana udoh le.."



Saturday, September 7, 2013

DUGAAN BABYSITTER UNTUK AKU

Tarik napas... turun napas...
Ambik mood jap... ---> mood aku adalah dalam keadaan tertekan sekarang
Gara2 babysitter aku

Babysitter Amira ni adalah jiran depan rumah Cik Besah
Start jaga Amira since aku nak masuk keje lepas habis maternity leave
Kiranya dia start jaga Amira masa umur Amira baru 2 bulan
Sepanjang 3 bulan dia jaga Amira ni kiranya dia OK la
Cuma satu yang aku tak berapa berkenan kat babysitter ni ialah
Kalau Amira berak & tahi terkena baju, dia takkan basuh pun taik tu dulu
Dia terus lipat, masuk dalam beg plastik 
[aku memang cakap pada dia tak payah basuh baju Amira]
Tapi kalau bab taik tu, common sense la sikit.... cuci la kasi hilang taik dulu. 
Nak2 taik budak ni kuning... kena pulak kat baju kaler putih.. jenuh kome nak menghilangkan kesan kuning kat baju tu... sampai berclorox bagai dibuatnya....pastu kena sental lagi....
Dia akan cuma cakap kat aku masa aku ambil Amira waktu petang

"hari ni Amira berak banyak... sampai terkena2 kat baju & barut dia"


Ok la.. small matter la tu...aku boleh tolerate sikit la 
[walopun hati panas seban nak kena sental baju bajan yg kotor tu]

Babysitter ni bela 3 orang budak termasuk Amira
Nak dijadikan cerita Jumaat lepas (30/8/2013) dia apply cuti sebab nak hantar anak dia masuk UNISEL
OK Fine!. Aku sebagai insan yang memahami apply jugak la cuti dari opis
Isnin minggu depannya (2/9/2013) dia cakap kat aku dia nak cuti lagi pd 11/9/2013 sebab nak bawa sorang lagi anak dia pi medical check up kat spital Selayang.
So ok la, sebab aku cakap kalau nak mintak cuti cakap awal2 sebab aku pun kena la ikut prosedur apply cuti kat kompeni aku keje kan..
Nak dijadikan cerita hari Rabu tu (4/9/2013), waktu malam dalam pukul 10, anak dia datang rumah
bagitau aku yang mama dia kena asma & jiran dah bawa pi Hospital Kuala Kubu
[masa aku ambik Amira dalam pukul 7 ptg tu, babysitter tu ok je]
Ye la... kita mana tahu bila kita nak sakit kan??? Tetiba je boleh jadi.
Maka dengan itu, maksudnya esoknya dia takleh jaga Amira la kan.. 
Suka tak suka, terpaksa la aku apply EL pada 5/9/2013 tu

Malam tu aku sms la babysitter tu tanya dia ok ke tidak & dia boleh jaga Amira ke idak esoknya
Dia balas maybe ok la.. boleh la aku hantar Amira
Aku kalau ikutkan boleh je sambung EL tu sehari lagi
[aku ni bukannya keras hati sangat]
Tapi sebab fikirkan 11/9/2013 nanti dia cakap nak cuti lagi...
[cuti aku banyak habis sebab babysitter je.... sabar je la...]
So aku decide hantar Amira juga hari Jumaat tu [6/9/2013]
Tapi aku pesan kat dia, kalau ada apa2 call la aku... kot2 la dia tak larat nak jaga Amira kan
Lepas hantar Amira, aku pun gi la keje cam biasa

Dalam kul 11.30pg dia call dia cakap dia tak larat
[nak suruh aku balik la tu]

Pastu aku tanya, Amira ada dengan siapa?
Dia cakap Cik Besah ada kat rumah dia, tolong enjut buai Amira

So ok la... aku pun tak jadi la nak mintak halfday kat bos
Pada hemat aku, kalau urgent sangat sure Cik Besah akan call aku
So aku stay la kat opis sampai petang

Masa aku ambik Amira kat rumah babysitter petang tu
Dia cakap la hari ni Cik Besah yang tolong dia mengasuh Amira
Budak 2 org yang dia bela lagi tu, dia mintak tolong jiran sebelah rumah dia jagakan
Pastu dia boleh cakap, hari ni dia last jaga Amira
Aku cam terkejut... speechless...
aku tau la dia sakit...tapi takkan la sampai tak nak jaga anak aku  kan
Pastu dia cakap la, yang suami dia dah tak bagi dia bela budak
Kalau nak bela pun sorang je la
[of kos la dia akan pilih budak yang paling lama dia bela kan...]
Patut la suami dia cakap camtu, sebab dia pi mengadu la kat laki dia kata dia kena athma attack
Aku sebagai insan yang memahami tuntutan dia untuk taat pada perintah  suami, cuma boleh diam je la
Isteri kena la patuh cakap suami ye dak???
Aku dah start susah hati ko.... mana la aku nak cari babysitter baru dalam masa 2 hari ni...
Idak ke tension dibuatnya?????

Aku bukan marah dia dah tak nak bela anak aku
Cuma cara tu buat aku pressure sikit
Jangan la bagi notis last2 minit cenggini kan
Kot ye pun, kasi la tempoh sampai hujung bukan ni ke
Lakinya tu consider la sikit org lain ni... 
mau tak pening aku ngan mak budak yang sorang lagi tu
Kononnya macam sebab anak2 kitaorang ni la yang buatkan bini dia sampai sakit2...
Haish... entah le... aku tak tahu nak marah ke, nak kesian ke
Yang aku tau, aku tension & stress sekarang ni...

Apa yang boleh aku buat???

DOA...DOA...DOA.. 
Semoga Allah gantikan dengan babysitter yang lebih baik

sambil2 tu cuba nak tanya2 taska berhampiran
[aku belum ada pengalaman hantar anak pi nursery]
Harap2 ada keajaiban dalam masa 2 hari ni... AMIN!!!


** Kesian cik gebu aku tu... apa la nasib ko nak....



Wednesday, September 4, 2013

AMIRA YANG BUAS

Umur baru je 5 bulan setengah
Tapi boleh tahan jugak buasnya
Favourite dia suka menjerit especially kalau kena tinggal sorang2
Tengah2 malam pun menjerit juga kalau orang tak layan dia

Yang terkini... dah tak mahu duduk diam dah dalam takung
Baru je letak, tau2 dia dah melorot ke bawah

Buas tak buas budak ni???


Udoh dah nak terojon kome!!!!!
Ni kalau aku lambat betulkan ni, memang konfem dah ke lantai budak ni.

Kalau dalam buai pulak, la ni kalau boleh dia nak meniarap dalam buai
Huish... dah macam belut duduk dalam buai
Memang kena monitor sentiasa budak ni tau..

WW 2013 #36


Double pumping in action!!

Tuesday, September 3, 2013

KECOH JE.. 20 SEN JE PUN!!!!

Kat media massa & media sosial topik hangat hari ni ialah MINYAK NAIK
Kat fb usah cerita la.. naik bosan aku baca status deme2 tu
Alah korang ni... naik 20 sen je pun... bukannya 2 ringgit
Macam la sebelum2 ni harga minyak tak pernah naik
Even minyak naik sebelum ni pun still kita semua boleh survive sampai hari ni kan??
Apa yang kecoh sangat???

Ni kronologi kenaikan minyak kat Malaysia
See???... ok la tu.. dah dekat 3 tahun minyak tak naik harga...


Aku kadang2 bengang gak dengan status fb orang yang dok kutuk2 kerajaan tu. 
Aku bukan le pro mana2 parti politik pun
Tapi aku tertanya2 gak... kalau kome pilih pembangkang sebagai pemerintah, kome konfiden ke deme takkan naikkan harga minyak tu? Mungkin takkan naikkan harga minyak tapi akan naikkan harga2 lain. 
Sebabnya kita tak boleh nak kekalkan semuanya pada harga lama sebab semua turun naik harga akan dipengaruhi & mempengaruhi inflasi. Fikir2 kan le.
Asal semua naik harga semuanya akan jadi salah pemerintah...

Setakat minyak naik 2 kupang pastu harga barang2 lain semua naik, tak pernah lagi aku dengar orang jadi papa kedana @ muflis.

** Aku bukan salah seorang yang sanggup beratur berjela2 kat stesen minyak semalam semata2 nak menjimat RM5.25 duit minyak. [2-3 hari lagi still nak kena isi minyak jugak...]

SERANGAN KUTU

Beberapa hari ni memang aku nampak Aleeya dok menggaru2 kepala dia
Aku ingatkan gatal2 biasa sebab biasa la budak2 kan
Kadang2 mandi tak bersih.. tu yang gatal2.. takpun sebab peluh
[Tapi ada gak terdetik dalam hati kot2 kena kutu]
Tapi ada gak rasa takkan la kena kutu sebab Aleeya pakai tudung gi sekolah
Cemana boleh jangkit kutu lak kan...

Semalam masa aku singgah umah Cik Besah
Yaya duduk dekat aku
Dia baru mandi masa tu
So aku pun sambil duduk tu kelebet2 la rambut dia
Sekali aku nampak cam ada habuk2 @ kelemumur kat kepala dia
Tapi bila aku garu kulit kepala dia takde pulak keluar kelemumur
Aku cakap kat Cik Besah kat kepala Yaya ni cam telur kutu je
Tapi Cik Besah kata bukan kot.. habuk kot
Aku tak puas hati... aku kelebek2 lagi rambut Yaya
Ha kau.... sekali aku dapat sekor kutu kat rambut Yaya
Kan aku dah kata.. KUTU!!!!
[Syokkan bunuh kutu.. keletup bunyi dia bila tenyeh ngan kuku...]

Tah mana la si Yaya ni dapat kutu
Aku dulu form 1 baru kena kutu.. itupun masa dok asrama
Aleeya ni baru darjah 2.. tah mana dia jangkit tah le
Kat sekolah la gamaknya tu

Malam tadi jugak hasben aku terus belikan ubat kutu 
Takleh biar lama2.. kang makin merebak lak
[Sib baik la aku dah potong rambut pendek.. kalau tak dengan aku sekali kena kutu gamaknya]
Ubat ni la laki aku beli semalam
Beli kat farmasi.. katanya ada 2 jenis ubat kutu - yang wangi @ yang busuk
Of kos la nak yang wangi kan.... 
Mahal jugak ek ubat kutu ni sampai RM17.. botol cenonit je

Ni pulak sikat kutu yang disertakan sekali
Bagus juga... rumah aku mana ada sikat kutu ni..
Tu nampak tak telur2 kutu melekat kat sikat tu...

Aku ingatkan sikit je kutu kat kepala Yaya ni
Sekali aku sikat, banyaknya yang jatuh kat baju2 Yaya
Pastu aku sikat lagi & lagi
Ni aku letak atas kertas pulak.. nampak tak kutu & telur2nya tu

Pas sikat buang2 kutu tu, baru la aku syampukan rambut Yaya
Gosok2 dan biarkan dalam 10 minit baru bilas
Pas lap kering rambut sikat lagi untuk buang saki baki kutu & telur kutu

Pagi tadi sebelum dia gi sekolah pun aku sikat lagi rambut dia
Tengok dah takde apa2 lagi kat sikat kutu tu
Semua dah mampus kot...
Malam karang nak sikat lagi... nak make sure semua kutu dah takde.

Pesanan untuk korang yang ada anak dara & berambut panjang
Rajin2 la cek rambut anak2 kome
Kot2 la kena kutu cam anak aku..hehehehe