Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 5, 2013

DAH TERER MENIARAP DAH

Hari tu belum pas lagi
La ni dah terer dah.....
Asal bukak mata je terus nak meniarap
Nak pakai pampers pun payah 
Macam ulat beluncas je...


Ewah.. dah terer nampak Cik Gebu ni...



TUDUNG ADIJUMA 3 HENGGET

Gila sale tudung Adijuma
dari asal berbelas ringgit terus jadi 3 rengget je...
Harus tak beli kan... hehehehe
Macam goreng pisang panas aku tengok kat blog2 orang lain

Ekceli aku  tau pasal sale tudung adijuma ni pun dari member blogger
Pastu dia offer la pulak kot2 sapa nak kirim kat dia [kirim kat Mama Balqis]
Terus laju je la email dia untuk order...
Siap kongsi order dengan member opis aku lagi...

Ini la tudung yang aku beli..
[Sebenarnya oder 3 helai tapi 1 lagi takde stok dah]

Cayalah cakap Kak Ton... 3 hengget je...


Bila dah sampai kat tangan cantik la pulak
Kain pun keras je.. senang nak buat pasola
Rugi kitaorang tak beli banyak...


Friday, August 2, 2013

WHATSAPP DARI PC SAHAJA

Adalah dimaklumkan aku adalah tiada akan smartphone
Aku cuma ada biasa je
TAPI
Aku taknak juga ketinggalan teknologi
[tak nak mengkalah lagi tu]

Orang dah Whatsapp la, Kakao Talk la, LINE la
Takleh jadi ni
So, solutionnya smatphone tiada, PC pun jadi le...

Gigih aku instal bagai tau....
Cara2 nak instal kat PC korang google sendiri la ye
[aku malas nak cari link tu dah]
Tapi yang pasti kena instal dulu application BlueStacks kat PC korang tu

Nampak??? Semua aku install... instagram je takde heheheh

Nak2 pulak sekarang group ex-schoolmate aku dah buat group kat Whatsapp..
Mana aci ketinggalan kan....
Group kitaorang ni dari fb now beraktifan di Whatsapp pulak

Tengah layan sesi menjoyah dengan kengkawan..hehehe
[Dengan hasben aku pun dah main LINE ngan Kakao Talk...--> jimat duit sms]

Cuma satu yang tak bestnya ialah, 
tak boleh la nak online doplohpat jam
hanya boleh online kat opis je
[sebab aku instal ni kat PC opis...]
Yang lain semua ok jer...

TOLONG LA.... BERHENTI MEROKOK

Baru tengok video ni kat fb
Memang menyentuh perasaan aku
Tahniah pada sapa yang create vid ni..

Dah banyak fatwa kata MEROKOK ITU HARAM
Tapi ramai yang cuba nak nafikan sebab diri sendiri hisap rokok
Tak tau nak kata apa dah
Kalau lepas tengok ni pun takde perubahan
Sah2 la hati tu dah keras/hitam

Korang tengok la sendiri video ni
Paling sentap tang part Ustaz Don cakap:

BILA HISAP ROKOK, DIA MASUK DALAM PARU2
BENDA HARAM DAH BERCAMPUR DENGAN DARAH
DARAH KISAR JADI AIR MANI
AIR MANI ESOK BUAT JADI ANAK
ANAK TERBINA DARIPADA BENDA YANG HARAM

Masya-Allah... terus aku teringat anak2 aku


Bak kata Ustaz Don, benda ni nampak kecik tapi kesannya sangat besar

Mungkin sebab ini anak2 kita nakal, degil & keras hati
Ya-Allah... ampunkan kami semua...

** Buat En Suami tersayang... tolong la berenti merokok mulai sekarang
[Jangan nak pertikai2 lagi ye.. sebab kalau kita nafikan macam kita nafikan hukum Allah]



Thursday, August 1, 2013

STOKIN COMEL UNTUK AMIRA

Memandangkan kaki Amira ni cinonit lagi 
For sure la takde saiz yang sesuai
Nak beli pre-walker cam tak berbaloi je [sebab nanti pakai kejap beno]
Last2 beli stokin comel ni je la kat Amira

Aku beli kat area rumah aku je..
3 pasang RM10

Comel kan????

RAMADHAN YANG HILANG

Korang folo tak citer ni?
Aku folo masa awal2 je [2-3 episod je kot]
Pastu ada terskip2  sebab aku dah terlelap awal
Yang selalu folo citer ni si Yaya la
so apa2 aku refer ngan Yaya la...hehehehe

Malam tadi punya episod aku tengok dari awal sampai habis
[Aku ni kalau citer tu dah nak sampai ending baru la beria2 nak tengok]
Episod malam tadi.. fuh... memang jahat la si Delisha tu
Tunang "kakak" dia pun dia nak rampas.. siap tidur sekali tu
Geram aku tengok perangai si Delisha yang tak sedar diri tu...

 





Minggu depan habis la kot drama ni..