Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 30, 2013

SUDAH BERSUNAT

Ahad lepas dah selamat sunatkan Amira
Di usianya 4 bulan ++
Lagipun masa 4 bulan ni takde kena injection kan
So aku pi klinik buat cek up 4 bulan pastu sunat sekali.
Aku pi buat kat Klinik Zalina dekat rumah aku je
Pi buat kat klinik yang doktornya pompuan la senang kan
Takkan nak suruh doktor lelaki lak yang sunatkan Amira
Aku pulak yang naik malu nanti..hehehe

Sebelum disunatkan.... dah makin bambam Amira ni..

Boleh lagi senyum2 dalam kereta.. ewah..

Ini pengalaman kedua aku bawa anak pi bersunat
Yang first of kos la masa Yaya dulu
Aku sunatkan diaorang ni awal2 so senang sikit
Kalau dah besar susah lak nanti... nak suruh kangkang kaki pun payah agaknya
Memandangkan Amira ni kecik lagi so dia punya tut tu pun kecik & halus lagi
So doktor kata tak payah pakai gunting
Cuma guna needle je...

Memula Amira relax je baring kat katil tu
Bila doktor dah belah sikit dengan needle tu baru la dia nangis beria
Tapi pas aku dukung dia, dia pun senyap je.. cam tak sakit sangat la kot...

Pas settle semua urusan ke klinik, terus tuju kedai nak pi beli barang dapur
Amira pun aku tengok OK je... takde la merengek apa pun
Sebab Amira good girl, mama upah susu sebotol


Masa shopping barang dapur pun Amira diam je... Senang.. 
Tapi cuma aku letih la dukung dia. Dah le tak bawa stroller pun..

Lepas balik beli barang dapur, aku bagi Amira mandi, bagi susu sebotol, pastu masuk dalam buai
Terus lena cik gebu tu.. letih beno agaknya
Lama lak tu tidurnya tu
Dah le baru sunat, siap boleh tido terkangkang lagi
Ish..ish... apa la anak dara ni...

Monday, July 29, 2013

HUJUNG MINGGU LEPAS

Minggu lepas kan ke cuti panjang unutk sesetengah negeri
Dapat cuti 3 hari kan sebab cuti Nuzul Quran hari Jumaat
Ramai orang ambik kesempatan pi balik kampung kot
Tapi aku tak balik la sebab hasben aku keje hari Jumaat tu [dia keje KL]

Dah alang2 bercuti, so ambik kesempatan nak mengemas rumah
Rumah aku ni takde la besar sangat
tapi banyak habuk tau.. jenuh nak lap & mop lantai
Nak2 pulak furniture banyak kaler gelap... kalau berhabuk tu memang terserlah la

Tapi idak le aku buat semua sekali gus
Cuma aku vacuum lantai & sedut2 habuk je
Tak larat nak sapu je sebab sure ada habuk2 yang tertinggal
Senang citer kita vacuum je la... nasib baik la ada assistant

Assistant cilik yang dah boleh diharap...

Sambil2 Adib vacuum tu, aku pun bukak la langsir kat sliding door. 
Nak ganti langsir lain pulak...[dah dekat setahun kot tak tukar langsir]
Nak mencabut langsir tu senang je... tapi nak ganti & pasang langsir lain amatlah becinta nak buat
[Ni yang buat tetiba je nak pakai langsir eyelet je...]

Tahun ni tak beli langsir baru pun...
Pakai la langsir raya 2 tahun sudah punya...


** Dah selamat hantar dobi semua langsir2 kat rumah... [dekat 11kg langsir yang aku hantar tu]. Kos dobi pun dah RM50++...



ZAKAT FITRAH 1434H


Alhamdulillah.. sudah selamat bayar zakat fitrah tahun ni

Tahun ni sudah kena bayar untuk 5 orang...

Thursday, July 25, 2013

BELUM PAS MENIARAP LAGI...

Amira dah genap 4 bulan 
Tapi budak ni tak pas meniarap lagi
Lambat pulak anak aku kali ni...
Sebelum ni Yaya & Adib  umo 3 bulan ++ dah terer meniarap dah

Ekceli masa umur Amira 2 bulan lebih dia dah pernah tertiarap sekali
Terkejut gak aku babysitter cakap camtu [awal beno budak ni meniarap]
Tapi kat rumah dia takde plak tunjuk skil
Tapi cuma aku nampak dia mengiring2 je
Lepas tu ada gak cubaan dia nak meniarap tapi tak pas tang tangan
Pastu menjerit2 marah sebab cubaan tak berjaya gamaknya

Meniarap sambil menyembur aleyo
[patut la rambut aku makin gugur dah ni]

Tapi budak ni kalau aku tiarapkan dia ok je
Siap boleh angkat2 kepala la
Cuma dia nak meniarap sendiri je tak boleh lagi..
Kalau dia nak meniarap pun, kena bagi bantuan
Jangan terpedaya ingat dia meniarap sendiri ni
Ni Yaya yang letak dia dalam keadaan meniarap


Kalau pakai camni memang Amira suka sangat
Tinggal barut + pampers + stokin je
Kalau tengah menangis aku bolenkan dia camni, terus dia diam
Dia suka sejuk2 kot...

STYLO BOY

Budak ni baru berumur 5 tahun tapi dah pandai bergaya
Stylo sungguh






Memang jauh beza dengan anak aku....
Budak ni pakai singlet dengan capri pun nampak stylo
Kalau anak aku..... asyik pakai seluar jerut dengan baju tishet je
Sekali tengok dah cam anak keling estet je
Baju banyak2 yang elok2 dia tak suka nak pakai
Asyik ulang2 baju yang dia suka je...haish!!!!


Wednesday, July 24, 2013

DAH APPLY CUTI RAYA

Alhamdulillah dah selamat apply cuti raya
& bos pun dah approve
saya suka! saya suka!

Aku cuti sehari je uols
Itupun sehari sebelum raya sebab nak balik Ipoh


Korang dah apply cuti raya ke belum?