Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 12, 2013

WW 2013 #24

Ini je la keje dia.... TIDO...
[lambat tul rambutnya nak lebat]

Tuesday, June 11, 2013

PROJEK MEGA 2013 # 3 : TV CABINET

Belum habis lagi projek mega aku tahun ni weh
Alang2 berabis, bior buat beria2
[tapi kene selak poket sendiri gak le.. cukup ke idak duitnya]

Kesinambungan buat kitchen cabinet haritu ialah buat tv cabinet pulak
Laki aku la... nak sangat  buat tv cabinet ni
sebabnya dia tertengok kat showroom kedai tu & terus terbekenan
[tu sebab masa buat KC tudia suruh aku pilih kayu paling murah...hehehehe]
Sebabnya duit yang lebih2 tu boleh tala buat benda lain
Lagipun gap harga antara jenis2 kayu buat KC hari tu banyak juga bezanya
[tu sebab kami pilih yang jenis ABS je]

Dulu aku berangan nak buat Tv cabinet untuk menyembunyikan wayar ekon kat dinding tu
Alhamdulillah tercapai juga hasrat dihati....
[senyum sampai nampak gusi]


Malas nak citer la....layan je la gambar tv cabinet kitaorang ni
Masih mengekalkan warna yang sama dengan KC --> Walnut
Jenis  kayu pun sama juga... ABS je

Sebelum transformasi... gini la rupanya kabinet tv aku
[sakit mata aku tengok wayar ekon tu]

TADA!!!!!
Sebelum dan selepas [tv pun sudah tukar]

Sori la kualiti gambar aku teruk beno.. ini pun jenuh edit
Pencahayaan tak cukup lak..

Memula orang kedai tu sketch camni design tv cabinet untuk kitaorang
[sebijik cam kat showroom dia tu la]
Tapi sebab ruang tengahnya tu jenis terbuka so aku mintak dia design buatkan pintu
Ye la kan.. kang berabuk lak dalam tu
Selain tu nak mengelakkan orang nampak apa2 khazanah dalam tu
Lebih2 lagi Amira yang bakal membesar.. tak pasal2 bersepah2 menda dalam tu kena punggah dibuatnya nanti

So ini final design dengan pintu 

Hasil realitinya...


TV cabinet ni adalah jenis tergantung tau.. 
Maksudnya ianya tak cecah lantai
Laki aku kata biar senang nak mop bawah tu.. ha'ah.. yolah tu

Disebabkan tergantung tu & juga kedalaman kabinet tu kurang dari yang kabinet sebelumnya, maka takleh la nak pakai tv yang lama tu.. Tak muat nak letak atas kabinet baru ni... So laki aku belikan TV lain... Bapak besar punya.. Samsung 43 inci.. Hambek kau.... Puas bijik mata tengok tv... 

Bila dah ada kabinet baru, kabinet lama kirim kat Cik Besah
[Cik Besah jugak yang untung...]
Tapi kaler gelap ni memang kena rajin lap le... kalau tak cepat beno nampak berabuknya...
TV lama?? TV lama dah transfer masuk master bedroom kat atas...




Monday, June 10, 2013

KERETA DAH TURUN HARGA

Dah heboh kat blog & fb pasal 10 model kereta yang dah turun harga
Sapa2 yang nak beli kereta baru, sesuai sangat la beli sekarang

Pilihlah yang mana berkenan di hati....


KHAZANAH DALAM STOR

Finally dah siap kemas dapur.. wuhu...
Lega sangat walopun letih

Semua barang2 dah kembali ke asalnya
So stor baru sudah tak sendat lagi
Tinggal barang2 yang sepatutnya sahaja

Lega sikit mata memandang


Friday, June 7, 2013

LAWAT BABY BARU

2 bulan sudah aku dilawat
terkini aku pulak pi melawat
Member opis aku baru bersalin hari Selasa lepas
Alhamdulillah dapat baby boy 
Tahniah ye Kak Liyana

Aku pegi hospital berdua je dengan collegue aku
Dekat Hospital Sungai Buluh je.. dekat je ngan opis
Aku tak reti jalan so tumpang je la member aku ni... 
[expert jalan minah ni.. lagi satu merasa aku naik kereta baru dia...hahahaha]

Tunggu ye baby... aunty Syani datang melawat
[dah lama tak tepek gambar sendiri kat blog...hehehe.. wajah terkini aku selepas bersalin]


Ini la baby baru opismate aku... Tido je.. orang usik cemana pun dia tak peduli..
Member Amira dah keluar dah.... 
Sebelum ni kami dok laga perut je..

 Besar baby boy ni.. Sedap je peluk..
Tengok orang baru bersalin ni, teringat waktu aku bersalin 2 bulan sudah...


P/S: Cerita terbaru pasal baby ni ialah baru lepas operate sebab takde lubang dubur. Sian baby. Mama baby pun tak keruan dibuatnya.. Bersabar banyak2 ye kak... Semoga baby cepat sembuh..

KABINET DAPUR BEFORE & AFTER

Ni nak citer transformasi yang berlaku di dapur aku
Sebelum dan sesudah katanya...
Layan je la...
Ruang di table top
Ruang dinding tall unit


Kan aku ada cerita kat topik my biggest concern pasal saluran air aircond tu 
So hasilnya terpaksa la buat cenggini
Tebuk gak le kabinet tu untuk membolehkan air ditakung dalam baldi
Dari depan tak obvious sangat tapi cuba tengok bawah para tu 
[kat gambar kecik tu]
Suka tak suka terpaksa la menadah baldi kat situ
[dalam salah satu pintu tall unit tu]


Mudroom

Another biggest concern aku pun pasal penyidai tuala tu kan?
So solutionnya ialah.... buat penyidai tuala baru
Aku gantikan rak tuala lama dengan 2 towel rail yang baru
Bila dah gantung tuala camni la rupanya
Lokasi yang strategik sangat untuk orang pelupa tutup suiz water heater cam aku
Bila nak gantung tuala otomatik akan tutup suis sekali
Kalau terlupa bawak tuala masuk bilik mandi pun, lepas mandi boleh gagau je tuala kat tepi tu
Rail atas towel aku & hubby, rail bawah towel anak2.

Rail ni aku mintak cina yang pasang KC tu pasangkan sekali
Tebuk lubang je pun sebab rail tu aku DIY beli kat kedai hardware
[sekaki baru 2 hinggit... jimat tu..]

Rak tuala yang lama tu ada dah transfer ke bilik mandi
Siap boleh bubuh pokok hiasan atas tu...
Ai like!!!


Memandangkan semua dinding dah ada kabinet, aku terlupa pasal tudung saji ni 
Mana pulak nak gantung kan??? 
Nak sumbat dalam kabinet sah2 la tak muat
Solutionnya.... sebelah penyidai tuala tu la.. situ je ada ruang lagi
Hasben aku la tukang ketuk paku nak gantung tudung saji ni


Dah ada KC ni haruslah table top aku pun clutter free kan
Tak suka la tengok berlambak2 mende atas tu
Mana yang aku boleh sorok, semua simpan dalam kabinet

Rak hijau ni asalnya tempat aku letak rempah2 & botol2 kicap 
Ubat2 pun letak situ gak
Dalam tupperware biru tu pulak aku letak botol2 susu Amira
Bila semua dah masuk dalam kabinet
rak hijau tu aku transform jadi bottle station 
[tapawe biru boleh humban]

Location betul2 sebelah sinki dapur
Senang nak organize botol2 susu & pam