Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 21, 2012

ADORING MY FATHER

Hari Ibu dah lepas kan?? Pasni ada hari Bapa pulak kan???
Aku tak pernah celebrate pun dua2 hari ni & aku tak pernah bother pun bila exactly tarikh Mother's Day & Father's Day ni.. Tau pun bila dah dicanang2 kat radio @ TV.

Walopun tak celebrate father's day, tapi tak salah kan kalau nak buat entry untuk bapak sendiri... Hehehehe
[Aku tau abah aku  takde mananya baca blog aku ni]
Korang masing2 akan ada pandangan tersendiri tentang abah korang kan
Cam tu jugak aku... even though pada aku abah aku tu agak garang, tapi dia jugak abah yang penyayang.

Tapi ada satu benda yang aku adore sangat kat abah aku ni
Aku minat dari dulu lagi.. sejak aku kecik lagi tau
Nak tau apa dia??? Handwriting dia - tak kira rumi @ jawi
Pada aku tulisan dia tu cantik sangat....
Ini adalah sebahagian tulisan dia
[Ni kat envelope POSLAJU ---> masa dia poskan road tax kereta aku bebaru ni]

Kalau abah tuliskan nama aku kat buku tulis aku tu [masa sekolah2 dulu] , aku suka sangat la
Hingga kat semua buku aku pun kalau boleh nak suruh dia yang tuliskan nama aku
Pastu agaknya sebab letih nak menulis buku yang banyak tu, abah siap tempah rubber stamp nama kitaorang lagi. Sejak tu, kami adik beradik main cop je la nama masing2 kat buku sekolah..hehehehe

Walopun kadang2 abah kata tulisan aku cantik tapi aku tetap rasa tulisan abah la yang paling cantik
[sebenarnya aku rasa abah dah malas nak tulis kat buku adik2 aku, tu yang dia bagi puji2an kat aku supaya  aku boleh take over "tugas" menulis tu..]

** Korang pulak suka tulisan sape?

Friday, May 18, 2012

KREATIFNYA BERCUCUK TANAM

Bagi orang yang tak kreatif cam aku, benda2 yang sempoi camni memang boleh buat aku kagum
Tabik spring pada orang2 yang mempunyai daya kekreatifan yang tinggi

Ni salah satu cara orang yang kreatif bercucuk tanam
 Pakai botol air gas je ko!!!!
Pasni botol2 camni jangan dibuang...  boleh buat tanam sayur.


 Ni pulak guna gutter. Tau ke gutter tu apa??
Aku pun tak reti nak translate dalam BM gutter tu apa
Yang aku tau saluran untuk takung air yang kat bumbung tu
[kalau tak tahu juga sila tanya pakcik google la yer]


Yang ni pulak guna tin susu je.. pastu decorate la cantik2


Kadang2 datang jugak motivasi nak bercucuk tanam cenggini
Tapi bila ditambah dengan penyakit "M", kirim salam je la
Tapi yang paling membencikan ---> Asal aku tanam pokok je semua mampus. Menyampah!

TEROWONG CINTA YANG HIJAU

Aku memang peminat hijau, so kalau ada benda2 yang hijau cepat je mata aku nak tengok
[tu salah satu sebab kenapa blog aku pun kaler hijau...hehehehe]

Hari tu aku tengok paper apa tah.. ada la gambar terowong cinta ni
Yang menarik mata aku of kos le kalernya yang hijau tu.... 
Meh aku tayang kat korang


SUBHANALLAH!!!! Cantiknya ciptaan ALLAH

Terowong ni bukan ciptaan manusia tau
Sebab terowong ni terjadi dek pokok2 yang tumbuh di ki kanan jalan keretapi ni
Ye... ini adalah landasan keretapi di UKRAINE


Disebabkan tempat ni unik, so ramai orang suka bergambar kat sini
Maybe sebab tempat ni nampak cam romantik , itu sebab digelar Tunnel Of Love



Thursday, May 17, 2012

LEMBIK LUTUT

Insiden yang memalukan berlaku di GIANT Batu Cave bebaru ni
Masa pi beli hadiah hari guru untuk Yaya

Masa tu aku dah on the way nak pegi tempat parking
And masa tu aku cuma pakai wedges yang 2 inci tu jer
Masa tengah jalan tetiba je lutut aku lembik & aku almost terjelepuk atas tar
Dah le kat situ ada lopak air... sib baik aku tak terduduk atas air tu
Sure orang belakang aku dok gelak2kan aku kan...
MALU GILER!!!!! [sambil jalan laju2 + tundukkan muka 90 darjah..]


Lebih kurang cam Sandra Bullock jatuh la kat minit 1.45 tu...cuma aku tak terjelepuk ke tanah ler..
[aku tak jumpa lak version yang lebih pendek dari ni]


** Korang pernah tak mengalami insiden cam aku???

SURATAN @ KEBETULAN???

Hari tu saja la try satu application kat fb
Saje je la syok2 nak tahu apa hadiah yang patut dapat untuk harijadi
So hadiah harijadi aku ialah:
 Pergh.... untungnya kalau dapat sebijik!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Meh tengok hasben aku punya pulak
Huk aloh... sama la pulak..
[sib baik la birthday dia dah lepas..heheheheheh]

Ni suratan @ kebetulan ni???

KUIH GELANG

Kome tau tak kuih gelang??? Kuih keria???
Ala... sama la tu... Aku biasanya panggil kuih gelang

Kalau nak tau hujung minggu lepas adalah first time aku buat kuih ni
Ni gara2 aku beli keledek kat Cameron hari tu tapi tak makan2
So aku rebus semuanya untuk buat kuih ni
[tak le banyak pun...]

Resepi pulak aku main ingat2 je cara arwah nenek aku buat
dicampur pulak dengan kaedah cuba jaya versi aku..hehehe
[pasrah je la dek non... kalau tak jadi tong sampah aku dah sedia menanti]

Memula masa nak uli keledek tu dengan tepung aku tak tahu nak bubuh tepung banyak mana
Main bedal je la.. buh sikit cam lembik2 susah nak bentuk 
Karang terbanyak tepung, jadi keras lak kan..
So aku tambah sikit2 tepung tu ikut suka hati aku
Dah le kuku aku yang terkopek tu menyukarkan proses menguli tu sebab nanti adunan tu terselit2 celah2 serpihan kuku tu.. Payah nak basuh ooo nanti. Nak tak nak terpaksa la aku terkial2 menguli dengan tangan kiri..
Proses seterusnya ikut je le gambarajah kat bawah ni... Jangan gelak tau!

Proses menyalut dengan gula tu pun aku main ingat2 lupa
Cubaan pertama jadi air gula sebab aku terletak banyak air
Kali kedua cuba baru jadi...heheheheh
Amacam??? Pas tak??

TAPI...... rupa belum menunjukkan rasa kan
Kena bagi masterchef aku rasa dulu...
Kalau harap anak2 aku semedangnya cakap sedap [kalau benda baru le]
Tunggu tok laki balik dulu.. kasi dia test tengok
Tapi dia makan satu je tau.. pastu terus sendawa
Pastu siap kata " tengok abang makan satu je dah kenyang"
Hampeh dot com tul la... 
Seriously dia kata rupa ada,rasa pun ada cuma keras sikit, kiranya OK la untuk cubaan pertama
[ye la kan.. aku kan letak tepung guna sukatan sendiri]

Tapi pada aku belum tahap piawai aku le
Kesimpulannya : TAK SEDAP!