Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 10, 2012

CAMERON HIGHLAND 2012 - TRINGKAP

Final entry untuk Cameron Highland tahun ni. Lepas ke Cactus Valley, kitaorang balik ke apartment untuk lunch. Kami masak [mostly mak le yang masak..hehehehe] ayam masak merah & sup sayur + cendawan. Duduk tempat sejuk ni kalau dapat makan sup panas2 memang heaven la kan. Lepas lunch kitaorang rebus pulak jagung yang beli kat Kea Farm tu...

Lepas kenyang lepak2 tengok tv mata pun cam layu je. Ada yang tidur, ada yang tengok tv. Dalam kul 5 camtu kitaorang keluar balik menuju ke Pasar Malam Brinchang. Pergh... jem giler ko... Nak cari parking pun punya la susah. dah 2-3 kali tawaf pun tak jumpa jugak. Last2 adik aku serender terus balik apartment. Tinggal family aku je.. tapi dah macam tu tak jadi le ke pasar malam. Akhirnya lepak je kat pekan Tanah Rata. Beli la satay & yong tau foo untuk dinner. [Benda makan memang mahal la kat Cameron ni..] Satay sampai 70sen secucuk. Bukannya sedap sangat pun.

Aktiviti malam hanya dengan menengok tv je. Tengok la pernikahan si Schawal kat tv. Tapi bila perut kenyang, mata pun cam berat gak jadinya. Sebelum pukul 10mlm aku dah mengholoh dah..

Esoknya, pepagi lagi nak check-out. Sebab masing2 ada urusan so kena la balik awal. Kul 8.30pg dah check-out. Abah pun ada memacam hal petang tu & family aku pun nak balik Batang Kali pulak. Sebelum balik, sempat lagi singgah last minute shopping. Aku ajak adik aku singgah kat Tringkap.
Tringkap ni ala2 cam Kea Farm jugak le tapi kedai2nya kurang la sikit dari Kea Farm. Banyaknya jual sayur la. Masa kitaorang sampai tu banyak kedai baru nak buka & orang yang datang kat sini pun tak ramai lagi.

 Datang awal dapat la parking dekat dengan kawasan shopping tu. Kalau lewat, jadi cam kat Kea Farm tu jugak le...

 Adib posing dengan jaket baru beli semalam..


Kat Tringkap ni ikut nasib jugak le kalau dapat sayur murah2. Teh pun ada yang lagi murah harganya dari kat Kea Farm tu. Habis jugak le dekat RM100 kat sini. Kat Tringkap ni jugak ada Bee Farm & Rose Valley. Sapa yang minat tengok lebah & bunga rose boleh la singgah sini. Aku tak masuk pun Rose Valley tu sebab entrance kena bayar ma....Hehehehe.. Tapi bila survey2 kat blog orang2 yang pernah masuk situ, cam rugi la pulak aku tak masuk. Banyak bunga ros lawa2 rupanya dalam tu..

Lepas shopping kat Tringkap terus nak balik tapi aku cakap aku nak singgah satu tempat lagi. Tempat last shopping di Cameron Highland ---> AVANT CHOCOLATE. Kalau naik Simpang Pulai kedai ni la kome akan nampak dulu kat Cameron Highland. Sebab aku dah on the way balik, so ni jadi kedai terakhir la.
Saje je singgah sini nak beli coklat. Walopun takde la variety cam kat Langkawi tapi saje la tengok2 apa2 yang boleh dibawa balik sebagai ole2. Kat area sini ada 2 kedai tau, satu Avant Chocolate & satu lagi Green View Garden. Kat sini kalau ikutkan coklat agak mahal la tapi sebab dah singgah, beli la jugak sikit2. Itu pun habis duit aku dekat RM50. Tapi aku paling geram tengok Strudels Strawberry dia. [Dalam tu ada cafe tau].  Tapi malas nak nyinggah makan2 pulak sebab nak cepat kan..

Hah! Tamat dah percutian singkat aku ke Cameron Highland. Walopun sekejap tapi rasa puas hati sebab dapat spend masa dengan family aku termasuk parents & adik beradik aku [walopun tak cukup korum]. Nanti kita pegi lagi ek... Next trip nak gi mana pulak yer hadik2 ku???

Wednesday, May 9, 2012

CAMERON HIGHLAND 2012 - CACTUS VALLEY

Turun dari Kea Farm jam baru 11.45pg. Awal lagi kalau nak balik apartment for lunch kan. So aku ajak family aku pegi Cactus Valley. [Bukan Cactus Point tau... selalu ade je yang konfius nanti]. Sebenarnya aku pun tak ingat dah jalannya tapi seingat aku dekat je dengan area pasar malam Brinchang tu. Aku ajak hasben round satu kali lagi kat area tu. Nak2 pulak la ni kat area pasar malam tu semua dah buat jalan one way je so nak tak nak kena tawaf la dulu.

Tawaf pertama, tak jumpa simpang lagi. Tawaf lagi kali kedua pun tak jumpa gak jalan masuk walopun landmark Cactus yang besar tu dah nampak dari jauh.
-Kawasannya kat atas bukit so kalau dah ternampak cactus besar tu, betul la tu-


Aku siap pesan kat adik aku yang bawak kereta satu lagi, kita tawaf sekali lagi, kalau tak jumpa lagi jalannya, kita terus turun ke Tanah Rata. So kami pun tawaf sekali lagi. Rupanya nak masuk ke situ memang kena lalu satu jalan yang agak sempit.  Takde pulak signboard CACTUS VALLEY, cuma ada signboard TAMAN AGRO TOURISM. So folo je la signboard tu kot2 la Cactus Valley dah tukar nama kan... Rupanya Cactus Valley tu wujud lagi cuma dah extend ke belakang sebab bahagian belakang tu la Taman Agro Tourism tu.
Last time aku datang kereta memang takleh masuk ikut pintu gerbang tu. Sekarang dah ada banyak parking dalam tu. Cuma jalan je sempit. Masa kitaorang nak masuk, ada kereta yang nak keluar, so jadi jem la pulak kat situ. Hasben aku dah angin2 dah masa tu. Tapi lantak la kan.. dah sampai dah pun takkan nak patah balik.. [Biar hasben aku cool sendiri la..hehehehe].

Dulu rasanya nak masuk sini pun kena bayar. Tapi sekarang dah FREE dah.. Ok la tu kan.. Jimat duit. Kitaorang parking kat Taman Agro Tourism tu. Tapi tak pergi situ dulu. Kami turun ke area Cactus Valley tu dulu. Bukan ada apa pun tapi saje jenjalan sambil tangkap gambar.. [banyak gambo nak letak nih]







 Last sekali enjoy makan eskrem stroberi...


Pas tu kami jenjalan kat Agro Tourism Park tu tapi takde la banyak gambo.. Nanti aku citer lagi..Bai!


** Abah aku tak ikut sebab dia tak sihat. Dia rest kat apartment jer...

WW 2012 #19

CLEAN & FRESH!!!

Tuesday, May 8, 2012

CAMERON HIGHLAND 2012 - BUTTERFLY FARM

Lepas melepak2 ambil gambar kat ladang teh, kami bergerak menuju ke Taman Sedia
Kunun nak mencari Opah Strawberries yang dikatakan sedap tu
Tapi masa tu jam baru kul 9 lebih cam tak wajar la pulak nak menyinggah makan lagi
Lagipun masa tu hasben aku dah terlajak ke depan so malas nak patah balik
Alang2 dah sampai Brinchang, aku ajak cari Cactus Valley.

Aku pun dah ingat2 lupa dah jalannya sebab last time aku pegi pun tahun 2005 
Sekali lagi terlepas pandang simpang yang sepatutnya so kami terus je tuju ke area Kea Farm
Kalau lambat2 pun nanti jem pulak kat situ kan

Kea Farm ni dekat bebeno dengan Hotel Equatorial tu
[Kalau korang duduk sini boleh jalan kaki je pegi pasar tu]
Tapi sebelum mempasar untuk shopping sayur bagai
Kami singgah dulu Butterfly Farm [sebab Adib dah ajak dari semalamnya lagi]
Butterfly Farm ni betul2 dekat dengan hotel Equatorial gak le
Nak masuk sini bukannya free tau
Dewasa - RM5, kanak2- RM2




Dalam ni cuma ada satu kawasan je yang ada rama2. Dah le tu, rama2 tu pun tak nak terbang. Asyik melekap kat jaring tu jer cam kat gambar atas tu. Kalau ada yang kat pokok pun boleh dikira berapa ekor je..
Salah sekor rama2 yang dekat pokok bunga.


Kami posing lebih kurang je dalam tu...


Pas masuk dalam sangkar rama2 tu, kami jenjalan kat area luar pulak. Ada gak binatang2 lain cam ular, katak, arnab, chipmunk, ikan. Pokok bunga pun banyak gak. Besar2 ko bunganya. Mak aku suka la tengok bunga kembang2 camtu. Kaktus pun ada..


Bunga raya tu lagi besar dari muka Yaya tau...


Sebab chipmunk ni cute, aku ambil gambarnya tepek kat blog ni.. Ada dalam 5 ekor kot kalau tak silap. Tapi yang ni paling dekat dengan cermin.

Overall, taman rama2 ni cam tak berbaloi pulak nak kena bayar sampai RM5 sorang. Patutnya 2 ringgit dah le. Bukannya ada apa sangat pun. Tak tahu le pulak kot2 rama2 tu belum aktif lagi pepagi camtu.

Lepas ke Butterfly Farm tu, kami terus ke pasar Kea Farm tu. Masa kami lalu tu pun dah start jem dah. Nak cari parking pun payah. Tapi dapat la jugak dekat area kawasan rehat tu. Jauh la pulak nak menapak naik ke pasar. 

Borong sakan le kami kat situ - beli sayur, strawberry, jagung, FM, buah, teh dll... Memang rambang mata dibuatnya sebab semuanya murah2. Kalau pi Cameron Highland jangan lupa singgah sini tau. Dah sebok2 shopping kan, tak dan pulak nak tangkap gambar.

Beli barang punya la banyak. Pastu nak mengangkut ke kereta punya la jenuh. Sampai sakit tangan2 aku.. Tapi hari masih awal lagi. Tak terus balik apartment so kami pegi ke Cactus Valley pulak. [Geram sebab tadi tak jumpa so patah balik ke Brincang untuk cari Cactus Valley.]

CAMERON HIGHLAND 2012 - LADANG TEH

Permulaan hari pertama dimulakan dengan makan nasi goreng
Gara2 nasi malam sebelum tu tak habis, kita goreng saje lor...
Lepas siap breakfast, kami pun siap2 nak pi jenjalan
Walaupun masih awal, siap2 jugak le takut jem pulak nanti langsung mana2 pun tak boleh pi.

Masa tu baru pukul 8.30pg kalau tak silap & cuaca jugak hujan renyai2 masa tu
Destinasi pertama ialah melawat ladang teh
Memula kami pegi yang  Cameron Valley Tea House
Masa tu tak ramai orang lagi & tea house tu pulak baru nak buka
So kami just tangkap2 gambar je la




Ni view dari atas... Nampak tak ada anak sungai & waterfall kat bawah tu?? Tapi nak pegi sana cam jauh la pulak...

 Laki bini harus ada gambar sesama kan... Bukti sudah sampai sini!



 Adib ni tangan dia takleh duduk diam tau.. Mesti macam2 pesen kalau tangkap gambar.


 Apa punya pesen ni Adib??

 Boooolatnya muka aku... Ignore me! Admire the background jer..


 Dah macam 3 stooges pulak..heheheh..


Aleeya & opahnya memang takleh berenggang..


Lepas jenjalan kat sini, naik singgah satu lagi ladang teh. Yang ni le tempat yang selalu orang berlakon & iklan dalam tv tu. Masih lagi Bharat Plantation punya. Tapi kat sini, viewnya lagi marveles dari yang sebelum ni.


Masa ni pun deme baru je start bukak kedai. Ada few customers dah makan minum kat situ. Kitaorang malas nak mengeteh kat situ sebab perut kenyang lagi makan nasi goreng. Tapi aku pernah makan carrot cake kat sini. Memang sedap!


Cekidaut the view uols! Cantik kan?? Rasa lapang je otak tengok kehijauan pokok2 teh tu.. Sejuk je mata memandang.


Gambar gedik si Adib dengan serkup hip hop tu. Serkup tu aku beli kat Cameron 2-3 tahun sudah..

Kat sini memang ada laluan untuk pelancong  turun ke ladang teh. Ni aku snap gambar dari laluan pejalan kaki tu. Tapi takat tu je la aku turun. Malas nak turun bawah lagi sebab hari hujan kan. Nanti kasut kotor kena tanah...

 Bakal duta Cameron Valley...  




Aku suka gambar2 kat sini sebab aku rasa cam aku guna DSLR lak..hehehehe
[walhal pakai C903 jer weh....]


Ok dah habis jenjalan tengok pokok teh, kitaorang pi tempat lain lak. Hari masih awal der....

Monday, May 7, 2012

CAMERON HIGHLAND 2012 - GREENHILL APARTMENT

Jumaat lepas (04.05.2012) memang asalnya aku mintak cuti sebab aku nak balik Ipoh semata2 nak pegi ambil geran kereta aku. Dah 7 tahun kot usia kereta aku tu [sebaya Aleeya]. Dah kebetulan road tax pun mati 2-3 hari lagi. Plan nak cuti tu memang dah lama tapi tetiba masa mak aku datang rumah aku lepas hantar adik aku yang bongsu balik hostel, hasben aku la tetiba mengajak pegi Cameron Highlands tu.

Lepas cam dipersetujui semua, aku pun canang la kat adik beradik aku yang lain pasal plan tu. Alhamdulillah mandapat sambutan [ewah, cam banyak beno adik beradik aku nih!]. Tapi last2 minit 2 adik aku tak dapat join. Angah sebab ada exam, pastu Adik pulak ada presentation.

Plan asalnya nak pegi lepas sembahyang Jumaat tapi Abah aku keje la pulak. Memula abah kata naik dulu & dia akan datang kemudia. Tapi mak aku cam tak konfiden je abah gi sorang2 so kitaorang pun setuju tunggu abah habis keje kul 5.30 ptg & sama2 konvoi  (2 biji kereta je pun). Hari hujan so kami bawak slow2 je. Lagipun Ipoh-Cameron ikut Simpang Pulai, idak le jauh mana pun. Sejam lebih sampai le..

Dari rumah mak aku kul 5 ptg, singgah kuarters abah dulu dalam 5.30 ptg. Pastu terus gerak ke Cameron. Tapi sebabkan waktu tu memang waktu orang balik keje so  agak jam la sikit. Traffic light banyak lak tu. Finally sampai Tanah Rata dalam kul 7.30mlm. Pastu nak cari apartment dah satu hal. Gelap2 tu payah sikit la nak baca signboard kan. Tapi nasib la ada petunjuk Heritage Hotel. Folo je la signboard. Kalau nak senang lagi, cari sekolah Convent tu. Kira dah dekat le tu.

Kalau dah sampai sini, dah betul la arah tu..


Masuk je kat simpang ada tulis HERITAGE HOTEL tu pastu terus je sampai korang jumpa simpang GREENHILL RESORT.


 Tapi apartment kitaorang bulan le kat kawasan Heritage Hotel mahupun Greenhill Resort. Apartment kami yang kat belakang tembok tu... [Yang ada kereta tu.. nampak tak??]

Nasib baik kami orang dapat tingkat bawah sekali. Tak le jenuh nak mengusung barang2. Jom aku bawak korang tour apartment yang kami sewa tu.
 Ini ruang tamu yang luas giler.... Tapi tv kecik la pulak.. tak puas nak nengok ramai2.
[Malam tu kami dok berteleku depan tv nengok SUPER SPONTAN..hehehehe]

Ni pulak master bedroom. Pun luas jugak... Kalau bentang toto atas tikar tu, boleh  muat 4-5 orang lagi.
Dalam almari kat bilik ni penuh dengan bantal tau. Lebih dari cukup untuk semua orang.

 Ni 2nd bedroom. Pun luas jugak.


Ni pun dalam bilik ke-2 jugak. Ada satu tilam single. Tengok dalam almari tu penuh dengan comforter. Tak payah usung dari rumah.


Ni pulak bedroom ke-3. Kecik sikit tapi ada katil dabel decker. Tilam pun banyak. Kitaorang siap susun berlapis2 kat ruang tamu. Baru la empuk nak landing..


Ni pulak tempat kami makan. Ok la tak sempit sangat. Kat balik dinding tu ada toilet.


Ni pulak dapur tempat memasak. Sempit sikit la.. Kiranya muat sorang le nak masak kat situ.Setentang dengan dapur tu pulak pintu nak masuk toilet. Kiranya boleh berlaga bontot la kat situ...


Ni pulak toilet/bilik air kat master bedroom. Kecik tapi selesa la.


Yang penting harus la ada water heater kan... Mana tahan mandi air sejuk.

Tapi tu la kan, bila duduk tempat sejuk ni, asyik lembab je.. Tuala pun tak dan nak kering. Bila lembab ni tau je la bau hapak tu agak sinonim..  Nasib baik tuan rumah sediakan Febreeze. Sebelum tidur harus sembur2 dulu...

 Sapa nak duk sini, silalah kontek tuan rumah..


Itu je la aktiviti kami di hari pertama. Sebab dah sampai lewat, so pospon aktiviti jenjalan keesokan harinya.. Tidur dengan lena weh sebab sejuk.....