Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 4, 2012

WW 2012 #14

renung-renungkan...

Tuesday, April 3, 2012

NAK HANDBAG BARU...

Dah lama rasanya aku tak beli handbag
Last time aku beli pun rasanya 2 tahun lepas

Ekceli kecederaan handbag aku ni tak le teruk sangat

Tapi semakin lama dibiarkan semakin teruk la condition dia
Kalo dah beg murah tu ini le jadinya...hehehehe
Tali beg yang dah melepuh.. 


 Ni kat area zip handbag


Ni lak kat bahagian tepi mulut bag tu


Kalau ikutkan ada banyak tempat lagi yang jadi camtu, tapi tak terlalu ketara.
Aku suka handbag ni sebab compartment banyak & luas
[senang nak sumbat pelbagai harta karun aku dalam tu]

Nak tak nak kena gak le cari handbag baru....aduhai... lari bajet aku bulan ni..

MASALAH SETERUSNYA....

Tak habis2 aku dengan masalah ek..
Bosan dah kome baca masalah aku gamaknya, ye dak??

Kali ni bukan pasal Cik Besah dah
Cik Besah dah malas aku nak citer dah... lantak dia la 
Biar aku je la yang pendam sengsorang...

Kali ni pasal babysitter pulak
Takde masalah apa sebenarnya tapi bakal menjadi masalah la 
Korang kan tahu aku tengah plan nak pregnant lagi kan
So hari tu aku hint2 la babysitter aku
Tapi malangnya, babysitter aku kata dia takmo bela baby dah
Lagipun suami dia maybe akan tukar kerja yang memerlukan dia selalu outstation
so dia kata maybe dia akan folo suami dia selalu... ADUH!!




Adib tu aku tak kisah sangat sebab dia dah sekolah
Lagipun bila Adib darjah 1 nanti aku akan centralized budak2 ni kat rumah Cik Besah je
Senang sikit pak mentua aku nak ambik hantar
[bila susah, hadap jugak aku ke Cik Besah ek..heheheh]

So camne ni???
Aku + hasben dah OK
Babysitter KO la pulak dah..
Nak kena cari babysitter baru, semua jenjiran yang OK semua dah occupied jaga baby orang
Nak harap Cik Besah, memang idak la kan.. kesian juga sebab Cik Besah pun tak larat nak mengisah budak kecik
Nak hantar nursery pun cam tak berapa yakin jer.
Atau aku kena berenti keje jadi housewife je??
Atau senang cerita, usah berangan nak mengandung lagi??
Fening...fening..... [terus seteresssss  kuasa 3]


** Mampu hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.

Monday, April 2, 2012

ALAMAK.... 2 HARI LAGI

2 hari lagi sebelum birthday hubby aku
05/04/2012 ni meningkat lagi la umur suami aku
Pebenda nak kasi present ek tahun ni???

WARKAH CINTA TEMAN-TEMAN

Ingat lagi zaman sekolah2 dulu, before tamat sekolah masing2 ada buku yang kita kasi kat member2 untuk deme tulis coretan terakhir. Kami panggil buku tu buku auto. Ada yang buat tiap2 tahun buku auto ni tapi aku buat masa aku form 5 je. Just before habis SPM, kasi la kat semua member2 yang rapat. Tulis la deme segala sejarah perkenalan la, cerita lucu la, pesanan la.  memori yang indah2 la antara kami semua.

Semalam saja la mengemas rak tv aku yang dalam tu ada macam2 buku & majalah. Tetiba aku ternampak buku hijau aku tu. Aku ambil & baca sehelai demi sehelai sambil tersengih2 baca coretan member2. Sampai anak & hasben aku tegur kenapa mama sengih & ketawa sorang2. 


Ni la buku auto aku..


Memori yang dah lebih 15 tahun tetiba teringat kembali. Malah ada juga yang aku dah lupa tapi bila baca tu terus terkenang kembali. Peh... macam2 cerita masa zaman sekolah dulu. 5 tahun aku di SERATA [sekolah aku la tu], macam2 suka duka dilalui. Siap kengkawan aku buat pesanan penaja untuk aku tapi aku pulak yang dah lupa..Hehehehe..
 Ni la antara coretan2 member2 aku...
[Rindu la kat korang semua]


** Tak habis khatam lagi.. Malam ni aku sambung.. Kena duk sorang2 baru feeling..

BERURUT

Assalamualaikum....

Sekali sekala berurut ni memang syok kan. Badan pun nak jugak kena servis sekali sekala.
Banyak urat yang tegang,  dah masuk angin, dan sebagainya
Kalau ikutkan aku ni jarang gak berurut sebab nak cari tukang urut yang betul2 best memang la sangat susah nak jumpa. Tapi sejak aku dah pernah berurut dengan sorang kakak kat area rumah aku ni, selalu gak le berurut dengan dia. Aku panggil dia Kak Ayu. Memang puas hati dibuatnya. Tapi urut selalu pun tak elok jugak kan.. So aku urut la 3 bulan sekali.

Wiken lepas, baru je ada sesi berurut dengan Kak Ayu. Banyak la angin2 yang keluar. Tapi sebab aku plan nak mengandung, so takde la dibuat teknik goncang2. Teknik ni masa urut dengan Kak Ayu je yang ada. Ngan tukang urut lain aku tak pernah jumpa lagi buat teknik ni. Ye la kan, lain tukang urut, lain la tekniknya, ye dak??
Yang penting, Kak Ayu urut ni tak menyakitkan macam sesetengah tukang urut yang guna cincin la, duit syiling la. Pedih kulit aku dibuatnya. Ada sorang lain tukang urut masa aku bersalin hari tu, terlalu lembut la pulak.. tak rasa dia mencengkam sangat. Kalau tak terasa pun tak sodap juga.. Eeeeei macam2 la kerenah customer sorang nih..


 Ini la tempat perurutan aku... Kat ruang antara ruang tamu & meja makan je.. Senang la akak tu nak tawaf aku satu badan. 


Ni je minyak yang akak tu guna ---> bawang putih + minyak masak
[bawang putih kan elok untuk buang2 angin]

Proses nak urut ni makan masa 2 jam jugak le untuk urut satu badan. Sekarang badan sudah rasa lega... 3 bulan lagi baru urut lagi...