Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 20, 2020

TAWARAN KE SMK KUALA KUBU BHARU

Ingat tak masa pemilihan ke program PLD awal bulan 12 dulu?
Kan Adib terpilih, pastu kena submit borang untuk kemasukan ke asrama kan
Alhamdulillah nampaknya permohonan Adib ke asrama tu berjaya
itupun lepas 2x aku telefon ke sekolah bertanya tentang permohonan
Asalnya ada kawan Adib yang dah dapat tawaran, so coach Adib ada la tanya kat aku sama ada Adib dapat ke tak asrama tu
Aku cakap takde lagi pihak sekolah call pasal asrama
so aku la call ke sekolah untuk tanya 

Memula kerani tu kata nama Adib takde pun dalam senarai asrama
Aku pun pelik juga.. Aku tanya kenapa, dia kata sebab Adib tak layak
Aku tanya lagi apa syarat kelayakan nak masuk asrama tu
Dia kata tengok keputusan UPSR... pastu aku pun sembang2 (cakap elok2 la.. takde la marah2 pun kan) pastu aku cakap Adib dapat 3A. Kerani tu pun pelik kenapa 3A tak dapat asrama.. Sedangkan kawan Adib tu 1A je tapi dapat pulak๐Ÿ˜…

Aku cerita la masak aku submit borang haritu, kerani yang terima borang aku tu macam blur2 je (kerani yang lain).. Dia cakap kenapa aku submit borang lewat sebab permohonan asrama dah tutup seminggu sebelum tu. Aku pun cakap la pemilihan baru je buat semalam, coach yang bagi borang suruh submit hari tu jugak. Pastu aku cakap Adib dapat untuk program bolasepak PLD. Lagi la kerani tu blur. Tapi dia ambik juga la borang aku tu. dia kata kalau dapat nanti pihak sekolah akan call. Kerani tu blur agaknya sebab program PLD ni baru first year nak buat kat sekolah tu. Sebelum2 ni kat sekolah lain. 

Back to teleconversation dengan kerani tu (yang actuallynya penyelia asrama), dia kata nanti dia cek semula. Maybe kerani yang awal2 tu tak alert pasal PLD & terus simpan je borang Adib tu. Well, aku just cakap terima kasih la sebab nak tolong cek semula permohonan Adib tu. Sebab aku pernah cakap pada Adib, kalau tak dapat asrama, susah le nak berulang sebab jauh. Lagi satu transportation problem juga kan. Lagipun, aku pun percaya pada konsep rezeki.. Kalau dah rezeki Adib insya-Allah dapat & dipermudahkan.

Selang sehari dua still tak dapat call dari pihak asrama. Cuak gak aku. So aku try call lagi sekali. Kali ni kerani lain pulak jawab. Aku tanya pasal nama Adib ada ke tidak dapat asrama. Kerani tu cek dia kata ada. Nanti puan datang le ambik surat tawaran & buat urusan pertukaran sekolah... Alhamdulillah.... lega.. Ada juga rezeki si Adib setelah gagal ke MRSM & SBP๐Ÿ˜….

Esoknya pagi2 la aku dah ke pejabat sekolah tu untuk ambil surat tawaran. Memula kerani tu tu cakap pergi sekolah Batang Kali dulu & uruskan pertukaran sekolah lepas tu baru ambik surat tawaran & ke pejabat PPD di Kuala Kubu. Nanti tak payah le nak patah balik banyak kali kononnya. Tapi tah cemana aku cam tergerak nak ambil surat tawaran dulu sebab pihak sekolah mesti tanya kenapa nak tukar sekolah kan. Ada surat tawaran baru la ada bukti gittew kan.

Surat daftar sekolah

Surat tawaran asrama


Lepas ambil surat tawaran aku patah balik ke Batang Kali sebab nak pegi sekolah SMK Bandar Baru Batang Kali. Kan haritu dah buat penempatan kat situ kan. So kena la pi buat pertukaran pulak.. Nasib la aku usung segala salinan dokumen2 yang diperlukan. Hari yang aku pegi tu hari yang sama result PT3 keluar. Memang ramai la orang kat sekolah.

Nasib la aku ada surat tawaran tu tau. Sebab kerani tu kata kalau takde surat tawaran memang tak dibenarkan buat pertukaran sekolah. Lepas isi2 borang semua & bagi dokumen2 yang diperlukan aku kena la tunggu kerani tu siapkan surat & dapatkan tandatangan pengetua. Sebab surat/borang tu kena bawa ke PPD pulak. 


Sementara nak tunggu surat siap, aku cakap kat kerani tu nak turun bawah pegi beli buku kat kedai buku. Pelik pulak kerani tu, buat apa beli buku kan nak tuko sekolah. Aku cakap nak beli buku untuk anak sorang lagi yang tingkatan 3 ๐Ÿ˜.


Lepas siap, akak kerani tu kata boleh la pegi hantar surat tu ke PPD. Dapatkan sign pengarah pastu hantar balik 1 salinan surat tu kat pejabat sekolah. Surat tu ada 4 salinan - 1 akan bagi pada PPD, 1 pd sekolah baru (SMKKKB), 1 pada sekolah lama (SMKBBBK) & 1 lagi untuk simpanan aku. Aku dah tak larat nak ulang balik ke KKB hari yang sama so aku terus pi kerja. Lagipun dah lewat dah aku nak masuk opis (sebab kabo kat HR lewat sikit sebab uruskan hal sekolah anak)

Esoknya...pagi2 dah pegi ke PPD untuk dapatkan sign pengarah. Sampai sana alhamdulillah orang tak ramai. Sampai giliran terus bagi segala borang & dokumen sokongan yang kerani tu minta kat kaunter. Pastu kerani tu pegi bawa masuk bilik borang2 tu untuk pengarah sign.  Sementara pengarah tu sign, pak guard kata sapa ada parking kat tepi2 tu better alih kereta sebab polis tengah ronda & saman. Adoiiiii.. aku la tu yang parking tepi2 jalan tu sebab ingatkan kejap je.. Maka berlari2 anak le aku nak pi alih kereta. 

Bila dah masuk balik ke bangunan PPD tu balik, budak kerani tu tanya puan pegi mana??? Pengarah panggil katanya.... Ah sudah.. pehal la pulak masalahnya kan?? So dia suruh aku masuk bilik yang pengarah tu ada. Masuk kat bilik tu, aku tanya la pengarah tu, kenapa tuan nak jumpa saya.. Borang anak saya ada masalah ke? Dia kata takde la apa.. dia tanya anak aku dah dapat ke surat tawaran dari SMKKKB. Aku cakap dah. Sebabnya dia kata takde pulak salinan surat tawaran tu kat borang tu.. Aku cakap kerani tu tak mintak tadi, saya tak bagi le๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…..  Lepas bagi surat tawaran tu pada pengarah tu, baru la dia sign borang Adib.. Lega satu hal.... lepas cakap terima kasih, cepat2 la cau cin cau la dr situ sebab nak hantar pulak borang tu kat SMKKKB. Nasib la SMKKKB tu belakang bangunan PPD tu je..

Orite.. settle hantar borang jom pegi opis


2 hari berturut2 mengisahkan hal ehwal sekolah si Adib. Penat badan dibuatnya. 2 hari juga masuk lewat ke opis.. Nasib tak dapat warning letter...hahahahah.. HR & boss aku baik2.. Memahami gittew.. Syukur segalanya dipermudahkan. Tunggu 1 Januari untuk daftar pulak. Standby $$$$ je le nanti nih..






1 comment:

Warisan Petani said...

Tahniah buat Adib Aiman