Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 14, 2020

REQUEST SCOOTER

Sebelum cuti sekolah hari tu dah janji dengan diaorang (Jasmin & Amira)
kalau periksa dapat result bagus, mama bagi hadiah
Diaorang siap cakap kalau dapat no 1 nak apa, no 2 nak apa..
Mama cakap hadiah ada untuk no 1-5 jeπŸ˜†
Tapi.... dah pesan takleh la hadiah mahal2 sangat

However, hujung tahun lepas takde pulak periksa kat tadika diaorang
Just prestasi keseluruhan yang dinilai
So Alhamdulillah dua2 dapat la hadiah pelajar terbaik



Pastu diaorang menuntut la hadiah
Aku cakap takde nombor cemana nak bagi hadiah??πŸ˜†πŸ˜†
Saja la menyakat diaorang kan
Pastu Amira kata abis tu takleh ada hadiah ke??
So aku cakap boleh... tapi cakap dulu nak apa
Tah cemana dia boleh kata nak skuter
(tah masa bila pulak la dia tengok ada orang main skuter)
Dah Amira mintak skuter, si Jasmin pun nak jugak le kan
Terus la mama buka shopee pi cari skuter yang murah2 je


Cam biasa, Amira kata dia nak kaler biru, Jasmin nak kaler pink
Nasib la jumpa seller yang dua2 kaler masih available
Oder hari Sabtu, hari Isnin dah dapat

Postage ke office je
Balik nak buat surprise kat anak
Itupun selagi tak dapat, hari2 budak2 tanya mama dah beli ke belum?

Petang tu sampai rumah, eksited la diaorang bila aku bawa kotak tu keluar dari kereta
Tak sempat2 nak suruh pasang
Nasib la Adib ada masa tu, dia la yang tolong pasang skuter adik2
Siap ada free gift loceng.. tu pun Adib yang pasangkan.

Terus main masa tu jugak
Main la selagi tak jemu kan


Happy faces....😊



Sampai ke malam mainnya
Ni saja aku tutup lampu sebab nak tengok lampu2 kat tayar skuter

Amira ok je bawa skuter tu
Jasmin je masih gayat lagi
Tapi sekarang dia dah ok dah main skuter tu










No comments: