Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 10, 2019

WANPAKU SANDWICH

Kalau di group2 diet sekarang
WANPAKU ni tengah viral la ni
Kalau sapa tak tau Wanpaku ni apa
Wanpaku@ Wanpaku Sandwich @ Sando Sandwich ni ialah sejenis sandwich yang glamer dari Jepun. Sandwich yang dipadatkan dengan pelbagai isi seperti sayur, ayam, telur dan apa2 jelah yang korang nak taruk...

Ala.. basic sama je dengan sandwich yang korang biasa2 buat tu
Cuma bahannya2 tu berganda2 banyak la dari kebiasaan
Memang sampai kembung la sandwich tu jadinya
Lepas lapis2kan dengan pelbagai benda2 tu pastu korang kena bungkus la sandwich tu kasi padat2, lepas tu baru potong dua.. Tak kisah la nak bungkus dengan plastik ke, dengan kertas ke. Ha baru la tak sememeh masa makan tu..gitchu ye hanak2...


Ni first wanpaku yang aku buat

Isi tu aku pakai je apa je bahan yang ada kat dapur
Yang ni aku letak telur rebus lenyek2 dengan mayonis
Pastu susun la sayur2 tu layer by layer



Yang ni pulak yang aku buat semalam
Kali ni taruk telur mata sebijik
Pastu letak kepingan ayam yang digril
Pastu sayur2 yang ada dalam peti ais je lah

Alhamdulillah, buat ni memang kenyang
Makan sebelah pun kenyang dah
Kiranya kalau buat boleh makan untuk 2x la
sebelah buat breakfast, sebelah lagi  buat lunch @ dinner
Nak buat pun senang gak... tak payah susah2 nak masak2 bagai

Kalau korang cari kat pinterest
Lagi macam2 rupa wanpaku deme
Meriah & kalerful lak tu... 
Kalau time malas2 nak masak tu boleh la try buat wanpaku ni
Tak payah gi Subway dah... buat sendiri pun bolehhhhh
Kenyang pun kenyang.






2 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Wah dah pelbagai bentuk sandwich ye aisyah..

Dah Nama wanpaku pulak ye..
Nak Cuba juga lah..
Senang nak bawa pun iya Kan..

Azlina said...

OWH..BARU TAHU PASAL WANPAKU SDWCH....JOIN GROUP DIET MMG GLEMER MENDE ALAH TU...MMG GEMUKSSSS..HIHI