Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 16, 2019

UJIAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2020 (UKSBP 2020)

Semalam aku cuti sebab nak bawa Adib pergi ambik UKSBP
untuk kemasukan ke Tingkatan 1 tahun 2020 nanti
UKSBP ni diadakan dari 14/10 sampai 17/10/2019
Setiap hari tu akan ada 3 sesi di setiap tempat ujian
So semalam giliran si Adib la pulak.


Tempat ujian untuk daerah Hulu Selangor ada 3 tempat
Tapi aku pilih kat tempat yang paling dekat dengan rumah le
Senang nak pergi kan... lebih kurang 5 minit je dari rumah😆

Disebabkan Adib dapat sesi ke-2, so lambat sikit la gerak dari rumah
So dalam 10.30pg baru gerak dari rumah
tu pun bawa kereta slow2 je.. rilek2 kan

Muka rileks je budak tu tapi mesti dalam hati tu debar2 kan
Anak aku ni memang takde expression wajah😅😅😅


Dah sampai tempat ujian
Masa kami sampai ni pun dah ramai gak calon2 yang datang

Sebelum pegi makmal komputer (ujian adalah secara online ye)
Kena la daftar dulu
Pastu dalam 11.15pg cikgu akan bawa ke lab untuk bagi taklimat cara2 nak jawab soalan
Ingatkan ramai calonnya untuk setiap sesi
Rupanya calon yang sama sesi  dengan Adib ni cuma 17 orang je
Kalau tengok kat tempat lain ramai sampai puluh2 orang sekali ujian.


Sementara menunggu diaorang habis ujian
Parents tunggu kat kantin je
Kantin ni best je sbb sebelah padang
Menghijau je pandangan mata


Ujian patutnya sampai pukul 1. tapi cikgu kata sapa dah siap awal boleh keluar & balik
Aku tengok dalam setengah jam dah ada budak yang keluar
Adib pulak 45 minit lepas ujian mula baru keluar
Aku tanya senang ke susah? Dia kata ok je
Pastu dia kata dia dah lama dah siap tapi dok lama dalam lab sebab sejuk..hahaha
Apa la punya alasan😅😅

Harap2 ada la rezeki Adib ke sekolah berasrama
Lepas ni tunggu result UPSR je la..
Huish... mama pulak yang berdebar2 ni