Panggil tukang tak datang2
Kata nak datang, bila tunggu tak muncul2
Bengang je dibuatnya.
Siling kat bilik Aleeya memang dah lama perasan ada bocor
Memula ingatkan bocor bila hujan kuat je
kot2 la tempias kan
Tapi lama2 perasan kadang2 sampai menitik2 air kat bilik dia (kalau hujan lebat melampau)
Dah le tu pulak, terkena la kabinet
Lama2 tengok sampai kembang dah atas kabinet tu kena air
Now pulak musim2 hujan kan, memang nampak la siling bilik dia asyik basah je
Sah2 la bumbung/atap tu ada ada bocor kan
Maklum la sekarang hari2 kan hujan
Call tukang, dia datang tengok je.. pastu tak datang2 dah untuk repair
Katanya nak kena tunggu hujan baru tau air masuk kot mana sebab dia kata bumbung takde bocor/lubang pun
Adoi la... apa la punya tukang ni
Siling bilik Aleeya tu dah ada lubang dah pun sebab leaking tu
Dah le tu, nak datang time orang bekerja
Memang takde la orang kat rumah... cemana la nak repair kan.
Vongoks je..
Pastu kelmarin, si Aleeya dengan cemasnya panggil aku pi bilik dia
Ingatkan dah bocor teruk bilik dia tu
Aku pun kelam kabut la pi bilik dia
Pastu dia tunjuk sesuatu kat aku
Nampak tak dah ada cendawan tumbuh kat kabinet yang kembang tu???
Ni baru betul namanya cendawan selepas hujan😆😆
Aku ni nak gelak pun ada
Tension pun ada.. ye lah baru setahun kot buat kabinet tu.. dah kembang kena air pulak😤
Hai la Aleeya, macam2 la nak tumbuh kat bilik ko ni
Pastu dia beria2 suruh aku buang cendawan tu
Katanya nanti cendawan tu membesar
Aku siap kata " ko ingat ni macam SMURF ke??""
Last2 semua orang ketawa...
lawak pulak cemana cendawan pun boleh tumbuh ye dak
Sampai Aleeya dapat gelaran "kakak cendawan" la...hahahaha
Semalam cendawan dah kecut aku pi vacuum je cendawan tu
Buat masa ni takde la tumbuh lagi tak tau la kot esok lupa dia naik lagi
Tukang ni pun satu hal gak...
Time aku panggil takmo datang, time orang takde kat rumah sibuk pulak nak datang.. Ate???? Cemana????
No comments:
Post a Comment