Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 24, 2019

JALAN² TONTON BOBOIBOY MOVIE 2

Ni cerita awal bulan haritu, masa cuti hari merdeka. 
Kan next day tu pun cuti, so maksu budak2 ni ajak la kami pegi tengok wayang. Dia nak belanja katanya tengok BOBOIBOY MOVIE 2.
Budak2 ni bila cakap nak tengok Boboiboy, meloncat la happy
Alhamdulillah rezeki budak2 ni le.. sebab dah lama deme ajak tapi mamanya delay2 je..Hahahaha..

Adik aku dah beli tiket online dah siap2.. Senang kan
Kami pegi kat TGV kat Aeon Rawang je.. Itu je panggung wayang terdekat dengan Batang Kali kan. Wayang start kul 10.45pg, so kami bertolak dari rumah dalam pukul 9pg. Siap2 lepas sarapan terus la gerak ke Rawang.

Kali ni dah pesan siap2 kat Jasmin & Amira suh bawa sweater
Karang asyik nak mengulang ke toilet 4-5 kali sebab nak terkencing
Macam pengalaman tengok wayang sebelum ni.. adoi.. tak kusyuk nak menonton dibuatnya. Itupun aku spare juga bawa pashmina kot2 la kesejukan melampau kat dalam tu nanti.

Tq Maksu... sebab belanja tengok wayang


Adib pun ada sekali ni ha....
Aleeya pun ada tapi bangsa tak suka nak bergambar kan.. memang takde la gambar dengan dia..hehehehe


Sebelum wayang start sempat la posing2 dengan gambar2 Boboiboy ni dulu
Ni pun kena cepat2 sementara tengah clear
Elok lepas tu ramai pulak orang nak bergambar kat situ


Bajet comel la buat muka camtu ye Jasmin..


Mira & Mama😇


Sementara maksu & abang Adib pi beli popcorn, kita tangkap gambar lagi 

Tangkap gambar dengan shark pulak
Muka Jasmin tak pueh hati tu..hahaha


2 jam duduk dalam wayang tu sangat behave la budak2 ni
Cuma Jasmin ada la nak terkencing sekali masa tengah tengok movie
Terpaksa la bawa dia ke toilet (terlepas beberapa minit scene Tok Kasa..hehehe)

Overall, cerita Boboiboy ni best la juga... Walopun aku ni tak minat sangat Boboiboy ni tapi kira terpaku la juga tengok movie tu.. Boleh bagi 5 bintang la. Hebat animasi tempatan ni.. Yang penting anak2 enjoy, mama pun lega....