Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 14, 2019

KONSEP RUMAH YANG AKU NAK

Bila cerita bab rumah ni  kalau boleh mesti nak rumah yang macam idaman kita
Tapi biasa la.. selalunya pasal kekangan bajet takleh la kita nak hire interior designer kan
Sapalah taknak panggil ID untuk decorate rumah kan???
Aku pun teringin juga tapi itulah....bajet takde lagi
Bajet yang ada ni pun lebih kepada exterior je dulu... interior slow2 la kita buat kan.

Renovate rumah ni bukannya selalu kita buat kan
Kalau boleh nak buat sekali tu je, pastu taknak buat apa2 dah
Aku bukannya orang kaya macam Alif Syukri tu.. tak suka ubah, tak suka buang
So alang2 buat, kalau boleh selit, buat le sekaligus
Tak tahan rumah berkecah berdebu berhabuk acapkali nak renovate kan.

Masa mula2 decide nak renovate, mesti dah terfikir nak buat design cemana
even kontraktor pun akan tanya kita suka konsep macam mana
Siap kena bagi contoh la design yang kita suka kan
Macam aku, aku takde spesifik design yang aku suka.. ada juga suka modern sikit2, ada suka scandinavian sikit2, ada suka retro sikit2, ada suka english style sikit2, ada juga suka farmhouse juga..
Pening nak decsribe sebab tak tahu..
Yang aku nak hanyalah rumah yang "terang". Maknanya kena cukup pencahayaan. Kiranya kalau siang2 tu tak payah buka lampu dalam rumah. Itu yang utama la untuk aku.Aku memang tak suka rumah gelap2 ni.. Rimas..
Lepas tu aku nak rumah aku tu angin masuk...supaya sentiasa sejuk.. Tak tahan duduk dalam panas walopun pasang aircond.

Masa mencari design & konsep disukai, memang asyik terjah Pinterest je la
Macam2  boleh jumpa.. 



Bilik tidur yang terang cerah camni memang aku suka sangat




Living room pun nak cerah2


Kitchen pun

Laundry area


Toilet


Ni sebahagian contoh2 la.. Kalau ikutkan banyak lagi... Kang jenuh pulak korang tengok... Tapi nak terang camni kena banyak kaler putih kan??? 

Aku kan, kalau boleh setiap ruang rumah aku memang kena ada tingkap
Nak jenis tingkap yang besar2 kalau boleh
Kat toilet je la takleh besar2.. kang senang pulak orang skodeng kan.
Bilik tidur la especially WAJIB ada tingkap
Pada aku pencahayaan & pengudaraan sangat2 penting
Tak suka rumah gelap & berkedup... Rimas sangat2 tau😅
Korang ada tak macam aku???










4 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Akak samalah mcm aisyah..
Suka yg terang2..
Pastu isi dlm tak nak yg crowded sgt..
Cukup ala kadar je..

Warisan Petani said...

Tahniah
Hebat rumah dan dekonya.

OKje said...

Nanti dah siap janagn lupa share ye. Tak sabar nak tengok Syani. Dapat tengok rumah org renovate jadiklah hihi.... Rumah sendiri nak renovate mcm tak je ....

Siti Yang Menaip said...

cantiknya !! i looike semua dalam gambar2 tu. tapi utk bedroom CT suka gelap kelam2 sket. kalo part lain nak terang2.. baru syiok..