Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 11, 2019

DISEMBER 2017 - START RENOVATION RUMAH

Lepas bincang2 dengan kontraktor (banyak kali bincang) especially bab harga, design & mode of payment akhirnya setuju la buat dengan Kontraktor tu. Sampai sanggup dia datang kat area office aku nak discuss tau. Discuss kat kedai mamak je pulak tu ๐Ÿ˜. Nampaknya dia pun interested la tu nak buat rumah aku tu...hahahah. Aku cakap la apa kriteria yang aku nak & apa yang aku boleh dapat dengan bajet yang aku ada. Banyak tambah tolak la kat situ. Pastu baru la dia bagi quotation mengikut apa yang dibincangkan. Cumanya kontraktor ni takde la buat gambar rumah 3D macam kontraktor2 sebelum ni.. So aku imejin2 sendiri la rupa parasnya nanti๐Ÿ˜…

Well, nak kata murah tu idak le jugak sebab dia kata rumah aku tu luas dah macam banglo..Hahaha.. Dia pun siap design rumah aku tu macam spec yang aku nak. Ok la aku puas hati... Dah tu lagi banyak benda yang aku dapat dengan harga serupa tapi kontraktor2 sebelum ni tak dapat include sekali (macam pagar & grill).  Tambah lagi puas hati bab bayaran yang boleh ansur2 tu...Baik sangat Haji ni..huhuhuhu.. 

Sebelum dia pi umrah, dia dah settlekan beberapa perkara. Antaranya dia submit pelan rumah aku kat Majlis Daerah. Nak submit pelan tu pun aku kena dapatkan cop pesuruhjaya sumpah bagai... Huhuhu.. Alhamdulillah bab2 bayaran pelan, tong RORO & permit semua dah include under dia. Dah tu pulak aku siap kena denda la sebab ubahsuai rumah dulu tak ikut spek.. Pun Haji tu tolong settlekan & buatkan surat rayuan pengurangan bayaran denda.. Aku ni kiranya tinggal sign je. Huhuhu... Bab denda tu bukan sebab pelan yang kontraktor tu submit tak ikut spek yang ditetapkan  tau.. Kontraktor memang submit pelan yang ikut spek punya tapi ni denda sebab yang renovate mula2 dulu.. Jangan ingat Majlis tak datang cek oooo.... Dulu pun memang apply pelan yang Majlis sediakan.. tapi bila dah lulus mula la nak ubah sana sini kan... Sekarang kan dah kena denda..huhuhuhu...

Seperti dijanjikan bulan Disember, projek renovation rumah aku pun bermula. Asalnya nak start awal lagi tapi sebab beberapa perkara, so pospon la sampai Disember. Salah satunya pasal kontraktor tu (aku panggil "Haji") pun dia pergi umrah juga pada hujung bulan November tu. 2 hari lepas dia balik dari umrah, turn aku pulak pergi umrah. So bertindan2 jadual kami ni ha..

Memula nak start lepas aku balik umrah. Tapi aku rasa macam dah lambat sangat (penghujung Disember). Lagipun Haji tu kata, awal2 ni takde apa sangat nak buat.. Just nak naik tiang konkrit je.. Dia dah kabo la apa nak buat within 2 minggu masa aku buat umrah tu. Kiranya aku tak payah risau apa2 la.. Tapi memang pun, sepanjang aku buat umrah aku takde fikir pun pasal rumah... Haji pun tak kacau aku atau update aku apa2 pasal rumah.

Cuma pagi hari aku nak bertolak ke airport tu sempat la aku jengah rumah tu kejap. Haji tu brief la aku sikit2 apa yang akan dibuat kat rumah aku tu. Kiranya awal2 ni belum ada apa2 demolition la. Nak naik tiang konkrit je.  Masa aku sampai tu tukang yang buat rumah tu pun dah pacak2 benang la kat kawasan mana yang akan dikorek. Sempat lagi la aku merenung pokok mangga kat tepi rumah tu.. Dah nak kena tebang le nanti..



Lepas balik umrah baru la dapat tengok progress rumah.. dah nampak dah pasir2 dah terlonggok kat depan pago rumah. Tiang2 pun dah naik. Dapur pun dah extend.. Eksaited tengok rumah. Masa ni cuma boleh tengok dari luar je la.


  
Nampak tak dari asalnya taknak extend tepi, terus ter"extend" jadinya... Lari la bajet sikit tapi  berbaloi la dengan harganya compared dengan kontraktor sebelum2 ni.  Eh..eh.. pokok mangga tak tebang lagi lah!

Cuma masa ni aku bengang sebab dia pakai tiang bulat... Aku tak berapa berkenan tiang bulat tu. Aku nak tiang 4 segi. Tapi tu la.. udah dia tanam & pacak tiang (dah letak konkrit lak tu) takkan nak suruh dia cabut semula.. (kang dia caj harga lain kat aku pulak kan)... Aku bengang la sebab dia tak tanya aku dulu nak tiang macam mana.. Tau2 dah ada.. Hrmmmm terpaksa la aku redhakan je la.. Tapi dalam hati dah kata mesti rumah aku buruk ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….


Ni la permit/kelulusan untuk renovate
Takde stiker ni kena denda la jawabnya.





Ni sambungan bahagian belakang.. extend juga... Nanti pindah dapur kat sini. Dapur lama tu dijadikan bilik. Stor lama dah dipecahkan. 


Aku tanya pasal kabinet dapur aku yang asal tu, dia kata dia dah buka elok2 & simpan dalam rumah (kat area ruang tamu). Nanti boleh pakai balik katanya..  Selagi boleh jimat, kenalah kita jimat kan ye dak???








2 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Berbaloi bila dpt extend rumah depan belakang ni aisyah..
Tak sabar pulak akak nak tengok rumah ni siap.

OKje said...

Harap harapnya idoklah ada penambahan cost ye Syani..... bukan apa kena hati hati jugak tu....kang last miit dia ckp, kena tambah lah pulak. Wah raya ni kiranya beraya dirumah barulah ek. Best tu serba baru gitu