Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 12, 2018

SELAMAT HARI RAYA 2018

Assalamualaikum....

Fuhhh dah naik bersawang blog aku ni kan
Makin takde mood pulak aku nak update blog ni
Cerita bulan puasa pun takde
tup2 buat entry Selamat Hari Raya pulak ye

Well, rasanya ramai yang dah start cuti raya kan
Aku pun akan cuti juga sehari dua lagi
So sementara masih bekerja ni nak update blog kejap
Ekceli dah takde mood pun nak kerja.. ingat nak raya je
Ingat nak balik kampung jumpa mak je..hahahaha

Korang balik raya mana tahun ni?
Belah sendiri ke belah mertua dulu?
Aku la ni dah takde la belah mana...tapi sebolehnya akan balik raya rumah mak sendiri
Sebabnya duduk dekat dengan rumah mertua kan
Hari2 pun boleh pi rumah mertua tu
Lagipun suami pun dah takde so aku balik raya dengan mak aku je lah
Sementara mak masih ada... mak pun dah single mother juga sekarang ni
Adik2 aku pulak semua beraya rumah mertua dulu tahun ni
So biorlah aku teman mak aku... cewah!

Apa2pun aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk korang semua
Maaf atas segala salah silap sepanjang aku berblogging ni
Aku doakan korang semua happy di Hari Raya nanti bersama family masing2
Selamat balik kampung & selamat pulang semula ke rumah semula lepas habis cuti raya..hehehehe



** Raya ke3 tanpa suami tersayang.. rasa sayu dihati setiap kali raya..tabahlah wahai hati....







3 comments:

Ann Ishak said...

selamat hari raya, maaf zahir batin :D

Norhayati Mohd Isa said...

Selamat hari raya maaf zahir batin..
Dari akak ye..
Hati2 memandu ye syani..

Warisan Petani said...

Selamat bercuti
Selamat beraya.
Bertabahlah