Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 13, 2018

TRAVELOG UMRAH : ZIARAH LUAR MEKAH (DAY 7)

Pejam celik pejam celik dah seminggu berada di haramain
Dah 3 hari berada di Mekah 
Hari ni ikut tentatif kami ada ziarah luar.. maksudnya melawat di sekitar Mekah
dan hari ni juga siapa nak buat umrah boleh la nanti berniat di Tanaim. Pagi tu boleh la mandi sunat ihram siap2 kan.

Seperti biasa lepas solat Subuh, kami pergi sarapan lepas tu kami dikehendaki berkumpul di aras bawah bangunan hotel untuk tunggu bas. Bas pulak lambat sampai haritu..So menanti je la dengan penuh kesabaran


Jemaah lelaki yang nak buat umrah, mutawif dah pesan bawa kain ihram siap². Nanti sampai di tempat miqat baru la salin pakaian. Dijadualkan kami akan berniat umrah di Tanaim. Miqat ni ialah tempat untuk berniat umrah/ihram. Jika kita berada di Mekah, kalau nak buat umrah kita kena keluar dulu dari tanah haram (Mekah) & berniat ihram di miqat tersebut.  Untuk penduduk Mekah ada 3 tempat untuk bermiqat umrah iaitu di Tanaim, Hudaibiyah & Ja'ranah. Tanaim merupakan tempat yang terdekat berbanding dengan Hudaibiyah & Ja'ranah. 

Kalau ikut pakej travel kami ni, kami akan diberikan 3x umrah percuma. So hari mula2 ke Mekah, dah buat umrah sekali. So yang ini umrah kali kedua la. Walaupun aku period (sedih) tapi nak folo juga. Untuk kes macam aku pulak, nanti tak perlu la nak niat umrah & ihram lagi sebab niat masa mula2 tu (di Bir Ali) masih valid (lagipun aku kan masih dalam ihram..huhuhuhu)

Dalam bas dah

Sepanjang perjalanan boleh la tengok kota Mekah.. Permandangan lebih kurang sama je dengan Madinah. Banyak kaler coklat dari hijau..heheheh.. kalau kat Malaysia, banyak hijau dari coklat ye dak??? [sebab banyak hutan kan..]

Destinasi pertama kami dibawa ke Jabal Rahmah.. Ni kalau orang nak doa mintak jodoh, tempat ni la femes. Kalau translate dari bahasa Arab kan namanya Bukit Kasih Sayang...Menurut sirah, di Jabal Rahmah ni la Nabi Adam bertemu semula dengan Siti Hawa selepas terpisah beberapa lama setelah Allah turunkan mereka ke bumi. Di puncak bukit inilah mereka bertemu.

Nun dia Jabal Rahmah.

Program hari ni , Ustaz Kazim akan turut serta.. Fuh asyik kena kerumun je la ustaz tu... Jangan kata jemaah kami, jemaah dari agensi lain pun sibuk nak bergambar dengan Ustaz. Ustaz kata sapa nak naik bukit dipersilakan, tapi dia nak duduk bawah makan aiskrim...hahahaha


Sebelum panjat bukit kita bergambar dulu dengan ustaz. Ustaznya pulak nun kat belakang.. pepandai la cari dia di mana.. Aku ada je dalam gambar tu tapi terlindung dek brader baju pink yang tak pakai kopiah yang pegang banner tu... Sabo je la... Adib tu pulak siap duduk sebelah banner yang ada muka UKE tu..

Tak aci  la tak dapat gambar dengan ustaz, kita selfie je udah le ye Ustaz.. Nasib pulak Ustaz pandang kamera aku..hahaha


Lepas tangkap gambar jom kita panjat bukit... Nak tengok gak apa la yang ada kat atas tu. 

Beria mendaki ikut jalan susah.. Walhal ada je tangga kat sebelah satu lagi.. Dah sampai atas baru nampak ada laluan bertangga 😅.. Bersusah payah la memanjat batu2 tu kekdahnya ye.


View dari puncak Jabal Rahmah.


Kat atas ni ada cam tugu putih. Katanya disitulah titik pertemuan Adam & Hawa. Ramai gak yang aku tengok dok pegang tugu tu sambil menangis2. Tah le apa yang deme doa.. Aku pulak takde la doa mintak jodoh baru pun.. Just berdoa aku akan bertemu semula dengan arwah suami aku nanti macam Adam bertemu dengan Hawa dan semoga Allah akan meredhai pertemuan kami nanti..

Malas nak berlama2 kat atas tu sebab orang makin ramai & sesak. So aku & Aleeya pun turun tapi ikut laluan tangga pulak la. Adik2 aku turun ikut tempat naik tu je sebab dekat.

Kalau lalu ikut laluan bertangga tu baru la nampak signboard Jabal Rahmah ni.



Kat sebelah tu ada la papan tanda ni juga.. Banyak bahasa untuk mudahkan pelancong baca.

Dah penat turun naik bukit, tekak pun dahaga, kami pi cari aiskrim.. Tak aci la ustaz sorang je makan.. Kami pun nak makan juga

Ni ha aiskrimnya... Sebabkan ramai orang sampai 10 riyal harga kamu ye.. Untuk yang sama bas dengan aku,  untung la sebab ada sorang makcik tu [kami panggil Umi] belanja satu bas makan aiskrim ni... Alhamdulillah. Sejuk sikit tekak time panas2 ni.

Lepas berada di Jabal Rahmah, kami bergerak pulak ke Tanaim. Tapi sebelum tu kami dibawa melawat ke lokasi² yang digunakan semasa musim haji nanti seperti Arafah, Mina, Muzdalifah

Tu bangunan tempat melontar a.k.a Jamrah


Nampak tak khemah2 yang banyak tu? Musim haji nanti penuh la tempat ni.

Kami tak turun pun kat tempat2 ni.. tengok dari dalam bas je

Lepas sampai di Masjid di Tanaim, jemaah lelaki pergi salin ke pakaian ihram. Aku turun jugak le bas meninjau2 kawasan. Ingat nak beli gak le kekacang kat situ untuk buat kudap2 tapi ramai pulak orang.. so batalkan hasrat. Lagipun kami diberi tempoh 30 minit je kat situ.

Dah naik bas, mutawif suruh baca niat umrah [sesiapa yang nak buat umrah le], pastu kami bertalbiah ramai2. On the way balik tu mutawif tunjuk la lokasi gua hira'. Tempat nabi mula2 dapat wahyu. Sempat la aku snap gambar dari dalam bas ni.


Gua hira' tu kat puncak bukit tu. Ramai gak orang yang mendaki tu. Mutawif cakap kalau nak daki tu ambil masa 1 jam juga le untuk sampai atas. Kalau nak tengok keadaan gua hira' sila google je lah!

Sampai di hotel, elok2 dah nak waktu Zohor. Kami pergi lunch dulu pastu diaorang pi solat & terus buat umrah. Aku masih belum boleh buat lagi.. Sabar je la lagi....Pi balik bilik pastu membuta..

Malam tu ada tazkirah last dengan UKE. So dapat la bertazkirah dengan ustaz 4x.. 2x di Madinah, 2x di Mekah. Esoknya Ustaz dah nak kena balik sebab dia ada ceramah di Langkawi.








No comments: