Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 22, 2018

TRAVELOG UMRAH : UMRAH PERTAMAKU (DAY 8)

Finally, dah sampai giliran aku pulak nak buat umrah
setelah berpantang 3 hari sebab period yang tak terduga
[gara2 lupa makan ubat]

Ikutkan tentatif, hari ni aktiviti bebas je
Disebabkan aku nak buat umrah, so aku ajak la mak & adik2 aku buat umrah juga
So diaorang terpaksa la pergi ke tempat miqat terdekat untuk niat umrah
Makanya diaorang terpaksa la naik teksi untuk ke Tanaem 
Lepas sarapan, diaorang pun pergi ke Tanaem
Mahal juga satu teksi tu... dalam 150 riyal kot untuk satu teksi
Mentang2 tengah peak season, memang kena hentam harga kaw2 la tu.
[Adib & Aleeya tak folo pun.. Lagipun maksu diaorang pun ada kat bilik]

Sementara diaorang pi Tanaem, aku siap2 je kat bilik
Debar2 pun ada , eksaited pun ada..
Tak sabar nak face to face dengan Kaabah..


Selfie jap sebelum buat umrah.. aku pakai telekung Al-Kauthar.. Memang selesa sangat tau.
Nampak tak si Adib tu khusyuk main game
Mentang2 la kat bilik Wifi ada 24 jam


Dah agak2 diaorang dah balik, aku pun turun kat bawah tunggu diaorang. Dah janji la tunggu kat mana. Bila diaorang dah sampai, terus la kami pi buat umrah.

Awal2 masuk Masjidilharam tu memang eksaited la.. Nak2 pulak ada eskalator.. Ingatkan shopping mall je ada eskalator. Masjid pun ada juga la ni.. Turun2 eskalator terus nampak Kaabah depan mata, rasa nak menangis je.. Bukan buat2 tapi dia datang sendiri perasaan tu.

Buat tawaf dengan penuh penghayatan gitu..hehehe.. Pegang je tangan mak  sebab takut terpisah sebab ramai orang kan. Lagipun aku kan first time buat.  Masa tawaf memang takde la nak bergambar ke apa. Kang hilang pulak fokus..hehehe

Lepas tawaf, kami pi solat sunat kejap, lepas tu teruskan untuk saie. Saie ni cuma masa nak niat di bukit Safa & Marwah tu je cam padat.. tapi bila dah jalan, lebih pada santai2 je.. Sempat la tangkap gambar sambil2 berjalan tu..

Just the 4 of us


Ni rupanya tempat yang ada lampu hijau.. Sunat untuk orang lelaki berlari2 anak sepanjang kawasan ni. Yang perermpuan tak perlu la nak lari2.. Jalan je macam biasa


Mak yang setia teman anak buat umrah..hehehe


Selepas buat umrah, kami terus bertahalul... Alhamdulillah dengan rasminya selesai sudah umrah pertamaku & lepas la aku dari ihram. Lega... Pasni boleh syampu rambut dah..hahahaha


Muka happy lepas selesai umrah


Panas lit2 juga kat Mekah ni pun.. Tapi idak le macam Malaysia.


Mak aku kan kalau nak tangkap gambar dengan dia selalu aje tak ready.. Nasib la...

Kebetulan nak nak masuk waktu Zohor dah masa ni, so kami stay kat Masjid je.. Kami solat kat bahagian bawah je.. Sejuk solat kat situ walopun takde aircond. Cumanya keadaan kat situ masih under construction.

Sementara menunggu waktu Zohor
Date kat gambar tu waktu Malaysia ye... sila tolak 5 jam baru dapat waktu Arab Saudi


Pemandangan di kawasan yang kami solat
Siling pun tak siap lagi...
Kat tepi tu tempat air zam-zam.. bersusun cawan2 untuk kegunaan jemaah

Lepas solat, kami balik ke hotel untuk lunch. Lepas tu rehat2 je di bilik sementara tunggu waktu Asar. 

Waktu Maghrib - Isyak pun kami ke masjid lagi. Masih pilih untuk solat di ruang tingkat bawah. Sebenarnya kami tak tahu nak pi tempat lain tu ikut mana... ikut je la mana yang ada ruang.. 

 Kali ni pakai telekung Aleena je.. jenis Traveleena.
Ringan & tak jarang [make sure pilih kaler yang gelap2 la kan]



Comel tak mak aku pakai cermin mata k-pop dia..hahaha

Lepas solat kami balik hotel untuk dinner. Pastu plan nak gi jenjalan kat Mall bawah hotel tu.

Pemandangan biasa di kawasan lif untuk naik ke hotel setiap kali lepas solat..hehehe. Nasib la lifnya besar2.. boleh muat sampai 50 orang sekali gus.


Lepas makan plan nak jalan2 meronda kawasan sekitar. Mak aku tak larat, sakit kaki katanya. So aku pergi dengan anak2 & adik2 aku je la..Konon2 nak tengok apa ada dalam Mall tu.Kot2 la jumpa souvenir murah2, boleh la beli kan.

Jalan2 dalam tu takde amende yang best pun. Biasa2 je.. end up kami beli ice blended je.. Mahal siot... Segelas sampai 20 riyal... Nasib beli 3 je.. kongsi2 la..
Dah boring jalan dalam Mall Abraj tu, kami jalan sampai ke dataran Masjidilharam. Ambik angin malam kononnya.

Berlatarbelakangkan menara masjid


Jalan punya jalan pastu kami duduk je le lepak kat simen tu
Best juga ye duduk2 situ tengok orang lalu lalang


Kami berlima je... mak & adik perempuan aku tak ikut
Kalau cukup korum semua adik2 ada, mesti lagi best kan.


Budak ni happy memanjang kat sana




Tu dia menara jam dari tempat kami duduk


Nak jumpa gambar sekeping sebagai kenangan.

Malam tu sebenarnya ada taklimat pasal program esoknya. Kami akan ke Hudaibiyah untuk niat ihram & umrah [untuk sesiapa yang nak buat umrah la]
Tapi sebab semua dah penat, langsung tak pergi.. Nasib la diaorang update dalam group whatsapp.

Sambung lagi untuk cerita esoknya...








2 comments:

ztie said...

Salam Syani. Lama dah tak melawat kat sini. Alhamdulillah seronok dapat pergi mengerjakan umrah. Belum berpeluang lagi nak ke sana. Syani dan anak2 sihat ke? Semoga ceria selalu

hainom OKje said...

Kalau nak buat umrah rasanya kena pilih tarikh lepas period lah kan.... kalau tak mcm rugi je ...

Telekung pun kena ambik kira jugak ye Syani kang tak selesa kang, tak best pulak nak beribadat.