Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 26, 2018

AL-FATIHAH UNTUK ABAH MERTUAKU

Masih diuji dengan kematian lagi tahun ini
Setahun lebih  lepas abah aku 'pergi, kini giliran abah mertua aku pula
Allah... dugaan kematian 3 tahun berturut2 untuk kami

2016 - suami
2017 - abah
2018 - abah mertua

Bapa mertua aku telah dijemput Ilahi pada hari Jumaat lepas (23/02/2018)
Waktu kematian juga lebih kurang dengan arwah abah aku
Dalam pukul 7.30 malam
Alhamdulillah, Abah mertua aku pergi dengan mudah di pangkuan cucu kesayangannya
Juga di hadapan isterinya & cucu2 lain - Heri, Syahir, Amira & Jasmin

Aku sendiri tak tahu pasal hal ni sehingga aku sampai di rumah mak mertuaku
Memang setiap kali lepas maghrib, aku & anak2 akan singgah rumah mak mertua aku
Kebetulan hari tu pulak, Jasmin & Amira aku tinggalkan di rumah Cik Besah (mak mertua) sebab pengasuh diaorang ada appointment di hospital. So hari tu memang seharian diaorang duduk rumah opah diaorang.

Aku tahu pun pasal abah meninggal pun dari sepupu arwah suami aku yang masa tu call aku untuk pengesahan berita tersebut. Aku masa tu pun tengah drive otw pergi rumah mak mertua aku. Sampai2 di situ dah nampak jiran2 ada dalam rumah 2-3 orang, pastu baru la nampak sekujur tubuh dah bertutup kain batik di atas katil.

Bapa mertua aku ni memang dah lama sakit kaki.. Maksudnya tak berapa boleh jalan.. Dulu ada masuk hospital kejap tapi lepas tu dah ok dah. Lately ni pun dia dah boleh jalan jauh sikit la.. tapi bertongkat la. Hari dia meninggal tu pun dia masih ok. Cuma bila waktu senja tu dia kata nak buang air besar. Cucunya bawa dia ke toilet. Dah selesai hajat, cucunya pun papah balik ke katil. Masa nak baring tu la dia kata dia senak perut. Cucunya pun riba la kepala atuknya. Lepas tu dah nampak dia cam sesak nafas. Dah nampak lain macam, Cik Besah suruh cucu ajar atok mengucap. Dapat atok mengucap sekali lepas tu terus dia diam... rasa nafas dah takde... nadi pun dah takde.. Sekelip mata je dia 'pergi'. Allahu...mudahnya sakaratul maut abah.. Semoga husnul khotimah untuk abah.

Ni gambar 6 tahun lepas
Masa ni dia sihat lagi


Alhamdulillah urusan pengkebumian abah diselesaikan keesokan harinya. Semuanya mudah dan lancar. Semoga Cik Besah bertabah & bersabar dengan status baru. Kita senasib dah mak...huhuhuhu..

Atok- Aleeya-Opah
Gambar tahun 2012



Raya nanti dah takde la rendang yang sedap yang abah selalu masak. 😓

Al-Fatihah untuk abah










5 comments:

Warisan Petani said...

Al-Fatihan buat arwah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

zana-norzana said...

Al-Fatihah

skuterlady.blogspot.my said...

al-fatihah

OKje said...

Salam Takziah Syani.... al fatihah untuk arwah. Senasiblah kita nampaknya ye. Tahun ni raya tanpa abah...

Mudah sungguh perginya. Gitulah hukum alam ye Syani hidup lawannya mati.

Hans Hanis said...

Al-Fatihah