Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 1, 2017

SINGGAH TAMAN DR LAGI....

Ni sambungan cerita masa raya haritu
Mementang lama cuti kat Ipoh kan
So petang2 anak2 aku ajak la pi taman permainan
Mula tu diaorang ajak ke Padang Polo tapi ramai sangat orang
Nak parking pun susah
Last2 aku ajak diaorang pergi Taman DR Seenivasagam je
Alhamdulillah tak le pack sangat cam kat Padang Polo tu

Pastu kat Taman DR ni ramai pulak la yang buat outdoor shooting
Ada yang shooting gambar raya
Ada juga yang shooting gambar kahwin
Macam2 tema kaler deme...

Kat Taman DR ni memang banyak port2 yang cantik untuk tangkap gambar
Nak2 pulak k at area Taman Jepun... memang cantik
Kawasan pun lapang juga
Agaknya tu yang ramai suka bergambar kat situ
Kebetulan masa kami pi tu hari pun tak berapa panas
Aku pulak dapat parking betul2 depan tempat permainan
Uish.. ngelejat budak2 nak pi main

Aleeya suruh ambik gambar dia kat Pokok Kejayaan ni..


Sebelah tempat permainan tu ada kolam ikan..
Wajibnya ambik gambar la kan... 
Harta-hartaku dunia akhirat...


Kat tengah kolam ikan tu ada kawasan ni..
Harus tangkap gambar lagi...

Tah apa2 pesen la bebudak ni... layan je la


Mother & daughter
Mamanya menggemuk sebab banyak makan time raya 😜


Kantoi... mamanya pakai tracksuit je..
Ada aku kesah??? Janji aku selesa..
[Padahal suar jeans dah basuh tapi tak kering lagi]


Masing2 merenung jauh ke hadapan...



Masa kami kat sini, ada pulak orang main speed boat yang remote control tu
Ralit la bebudak ni tengok orang tu main
Tapi aku tak bagi tengok lama2 sebab nak pi jelajah tempat lain pulak



Tak jauh dari area kolam ikan ni, ada tempat permainan yang lagi besar & lapang
Kat situ ada la buai, ada gelongsor, jongkang jongket
Masa kami sampai situ, orang pun dah ramai beransur balik @ ke tempat lain
So agak lapang la anak2 aku ni main


Lepas main kat situ kejap, aku ajak diaorang pi Taman Jepun pulak
Tak jauh pun... setentang dengan kawasan ni je..
Ekceli kami jalan kaki je dari tempat parking ke kawasan2 lain dalam Taman DR ni..

Nampak tak belakang tu ada cam merry go around? 
Dulu2 memang best, ada kuda pusing2 kat situ
Tapi tu la tah kenapa dah tak maintain
Reput gitu la kot kawasan tu

Here we are kat Taman Jepun
Cantik kan??? Kehijauan di situ.. ai like!!!



Posing jugak le berlatar belakangkan kolam tu
Tapi kolam situ kotor & keladak dah
Ikan dalam tu pun dah tak nampak
Ntah2 dah mampuih kot ikan2 koi semua tu
Kalau jaga elok2 mesti lagi cantik

Kat Taman Jepun ni memang banyak tangkap gambar
Sebab kawasan tu cantikkkkkk sangattt
Tapi idak le aku tepek semua kat sini
Karang jemu uols tengok gambar kitaorang

Tetiba diaorang suruh aku tangkap gambar mas buat aksi ni
Konon nak buat  💚 tapi macam tak berapa jadi je..



Konon2 kakak caring la 
Walhal dia la yang paling suka menyakat si Amira tu



Ibu dan anak gittew... ada serupa ke muka kitaorang???



Aksi terakhir sebelum balik..
Amira dan Jasmin dah mengaruk dah masa ni
Mana tidaknya... memasing tak tido siang.. 
Mengantuk la tu
Dah.. jom balik!






1 comment:

idzwa kamaruddin said...

bahagia dalam kesunyiankan...aku happy tgk ko dgn anak-anak tapi aku sedih juga tgk ko dgn anak-anak..