Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 23, 2009

Cameron Highland (Part 2)

Ni la pekan Tanah Rata

Tentang cuti2 Malaysia aku ke Cameron Highland tu ni nak sambung lagi. Memandangkan ni trip yang ke-4, so takde la jenjalan ke tempat2 yang kitaorang pernah pegi dulu. Agak boring la trip kali ni sebab dah takde tempat nak pegi. After kitaorang sampai & freshen up petang tu kitaorang pegi ke Pasar Malam Brinchang. Ok la tak ramai orang so selesa sikit nak jalan. Tapi takde mende yang interesting pun yang nak dicari. Aleeya macam biasa la ..rambang mata dengan segala makneka strawberi... Last2 dapat gak dia pensil case Strawberry Shortcake...

Ni la mende yang menyebabkan Aleeya rambang mata

Next day, abg ipar ngan biras aku kena turun KL sebab ada course amendetah. Kitaorang je la yang tinggal. Aktiviti pagi takde ke mana2. Cik Besah ngan aku start masak lunch before kitaorang keluar. Petang tu tak gi mana pun. Just ke KEA Farm nak cari sayur & mende2 yang kitaorang rasa nak beli. Nothing much yg dibeli. Just some sayur, candies & chocolate for kudap2. Malam keluar ke pekan Tanah Rata. Tapi tak bestnya hujan lebat lak masa kitaorang keluar. So stuck kat kaki lima kedai... Beli dinner & tapau bawak balik rumah.

Ni la KEA Farm... Kalau kat sini ala2 pasar Tani la... Macam2 ada...

Esoknya pagi2 dah siap2 nak balik. Singgah Ipoh kejap sebab Acik nak ambil road tax motor. Singgah umah mak aku kejap je tak sampai pun sejam. Adib sempat la berak kat sana. Family A.Ipar aku sempat la gi makan KFC kat depan umah mak aku tu... Lepas singgah terus balik ke Batang Kali. Before tu sempat singgah beli Limau Tambun... Dah lama tak makan. Tapi yang dibeli dek laki aku tu tak manis sangat... Sampai sekarang ade lagi dalam peti ais tu tak bermakan.... Ni gara2 terpengaruh ngan amoi jual limau la tu...


Ni dah stand by nak balik la ni...

So itu je la tentang percutian kitaorang kali ni. Takde la menarik sangat tapi something to share dengan korang semua. So sape2 yang tak pernah pegi CH lagi dipersilakan pergi jika ade kelapangan. ENJOY!!!

No comments: