Artikel ni jumpa kat mana tah.. saje paste kat sini.
Wajah
1. Berikan lembapan pada kulit! Bayangkan jika kulit kamu menjadi kering dan tidak terawat. Sudah tentu ia akan mengakibatkan kulit menjadi bersisik dan berkerut. Untuk itu, jangan sesekali kamu melupakan krim pelembap, walaupun kamu punyai jenis kulit yang berminyak (pilih pelembap bebas minyak).
2 Sentuhan ringan di wajah. Kerosakan kulit terjadi disebabkan oleh cara kamu yang kasar dan tidak berhati-hati ketika merawat wajah! Oleh itu, hentikan tabiat menggosok mata dengan kuat, dan menggosok scrub wajah dengan kasar.
3 Alas bedak. Jangan terlalu bergantung pada alas bedak kerana ia akan menutup liang pori dan membuatkan wajah kamu tampak lebih berat. Untuk kesan yang lebih segar, sapukan alas bedak di bahagian mata, dan sekitar hidung.
4 Hindari alas bedak berbentuk krim kerana ia akan membuatkan wajah kamu nampak lebih berminyak. Jika kulit kamu jenis kombinasi, normal atau kering, sapuan bedak asas jenis krim ini akan menampakkan wajah kamu lebih kering dan berkerut. Jika kamu sudah terbiasa dengan penggunaan bedak asas, kamu disarankan mencuba bedak asas jenis ringan.
5 Sapukan concealer dengan cara menepuk dan bukannya menggosok. Aplikasikannya pada bahagian kulit yang bernoda sahaja. Kemudian tepuk perlahan-lahan agar ia menyerap dan memberikan kesan samar yang sesuai dengan kulit. Jangan sapu concealer di bahagian bawah mata yang berkerut, kerana ia akan menampakkan kerutan lebih jelas kelihatan.
6 Fokus pada riasan mata jika kamu ingin membuat sedikit kelainan pada wajah. Bulu mata palsu, garis mata hitam, pembayang mata berkilau, dan alis mata yang terbentuk cantik akan membuatkan kamu berbeza daripada biasa.
7 Gunakan berus mekap yang berkualiti dan pelbagai. Setiap berus mekap mempunyai fungsi yang berlainan. Paling tidak, miliki tiga berus mekap utama… pemerah pipi berbentuk oval, shading berbentuk tajam dan bedak tabur berbentuk besar.
8 Pemerah pipi. Ciptakan kesan muda, segar dan bersemangat dalam tempoh yang pantas. Sapuan pemerah pipi berwarna berry akan membuatkan wajah kamu nampak lebih berseri.
9 Dapatkan bantuan pakar untuk membentuk alis! Jangan sampai alis mata kelihatan seperti air terjun.
10 Jangan mudah berputus asa jika ingin membentuk alis dengan pensel mata. Jika lakaran yang dibuat masih tidak memuaskan hati, lakukan sekali lagi sehingga kamu berjaya mendapat bentuk yang sesuai.
11 Elakkan garisan hitam dan pekat di tepi bibir atau mata! Semakin ditekan, bentuk bibir dan mata kamu kelihatan semakin pelik.
12 Jangan memakai lipstik jenis tube terus ke bibir. Untuk sapuan yang sempurna dan lipstik akan menjadi lebih tahan lama, titiskan lipstik di jari dan sapukan rata di permukaan bibir. Namun pastikan jari kamu benar-benar bersih ya!
13 Sediakan dua beg mekap! Beg yang pertama untuk produk riasan mekap harian, manakala beg ke dua untuk produk dan kosmetik yang hanya digunakan sekalisekala sahaja
Rambut
14 Potongan rambut pendek akan membuatkan kamu nampak lebih segar, muda dan cantik. Berikan sedikit volume dan highlight pada rambut, agar penampilan diri nampak lebih bergaya.
15 Rambut terurai lembut akan membuatkan kamu nampak lebih neutral. Jika inginkan kesan lebih glamor, blow hujung rambut agar ia nampak lebih bergelombang.
16 Jika kamu terfikir untuk mewarnakan rambut, pewarna rambut yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan keperibadian diri, warna bola mata dan juga warna kulit. Jika kamu mempunyai bola mata berwarna coklat, jangan warnakan rambut kamu dengan warna perang atau warna yang sangat terang. Sebaiknya pilih warna yang agak senada.
17 Blow dry lebih baik daripada meluruskan rambut dengan bahan kimia. Kebanyakan stylist akan menasihatkan kamu menggunakan blow dry untuk membentuk rambut.
18 Dapatkan penata rambut yang terbaik untuk rambut kamu. Walaupun kamu terpaksa mengeluarkan belanja lebih, namun kesannya cukup memuaskan hati. Mereka bukan sahaja akan menata rambut mengikut bentuk wajah, bahkan mereka juga akan memberi banyak nasihat yang berguna untuk kamu.
Penampilan tubuh
19 Lakukan bikini waxing. Walaupun bahagian ini bukan untuk ‘ditayangkan’ pada orang, namun dengan melakukan waxing, kamu akan berasa lebih bersih dan seksi.
20 Rawat kaki mu. Jika kamu melakukan rawatan di spa, jangan lupa lakukan pedicure. Walaupun harganya sedikit mahal berbanding manicure, namun ia boleh bertahan selama berminggu-minggu. Kaki bukan sahaja nampak lebih bersih dan segar, bahkan kaki kamu akan berasa lebih rileks saat diurut.
21 Miliki beberapa koleksi wangian. Ia akan menaikkan mood baru pada penampilan. Lebih istimewa, jika ada jejaka yang tergoda dengan harumanmu yang menyusuk sukma. Oh! Indahnya…
22 Gayakan kasut tumit tinggi. Sekiranya kamu ingin nampak ilusi langsing pada diri, tidak salah jika kamu menggayakan kasut tumit tinggi. Walaupun sedikit sakit, namun kesannya cukup memberangsangkan pada penampilan.
23 Samarkan selulit. Cuba trick ini! Campurkan alas bedak berwarna bronze dengan pelembap kulit jenis firming body lotion/ cream. Kulit kamu nampak cantik dan bercahaya.
24 Berhenti menggigit kuku. Selain mencacatkan penampilan, ia juga akan membuatkan kuku terkoyak, luka dan terjadi jangkitan. Cara terbaik untuk menjaga kelembapan kuku, sapukan pelembap khusus beberapa jam setiap hari.
25 Tiada kesan deodoran pada baju? Ya! Mudah sekali… biarkan sapuan menjadi kering terlebih dahulu sebelum kamu mengenakan baju.
26 Sentiasa positif! Jangan anggap kecantikan itu terlalu sukar dan serius. Jika kamu berusaha untuk berubah, teruskan dan jangan berputus asa.
Selamat Mencuba...!!!
No comments:
Post a Comment