Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 25, 2009

Asam Garam Gula & Kopi

Tetiba teringat nak cite pasal buku ni. Buku ni dah lama beli dah...tapi tak habis baca lagi. Dah lama cari kat kedai buku tapi selalu aku pegi mesti takde. Last month ternampak kat kedai buku kat K4 Wangsa Maju so aku rembat le.. Harga tak mahal dalam 13 hinggit jer..






Well, buku ni adalah himpunan semua cerita tentang gelagat lelaki & wanita sebelum dan selepas berkahwin. Semua cerita yang aku baca memang ade betulnya... Bagus la kalau nak baca buku ni. Nak bagi present kat member @ hasben/wife pun boleh. Semua dia cerita dari aspek semua pihak, isteri, suami, ibu bapa (maklum la dah jadi parents ni kena la ambik tahu pasal parenthood) & macam2 lagi.



Masa aku beli buku ni, kengkawan aku ade sekali. Bila aku cite kat diaorang pasal buku ni diaorang cakap "dah 5 tahun kahwin takkan baru nak baca buku ni?".. Aku pun jawab la... "sebagai panduan alam rumahtangga... tak rugi beli pun"... Kengkadang aku pelik gak, takkan bila dah kahwin takleh baca buku2 macam tu. Kan dalam perkahwinan ni kita still perlukan panduan untuk capai keserasian antara suami & isteri...



Aku ni actually nak share ngan hasben aku pasal buku ni. Tapi hasben aku ni malas membaca so terpaksa la aku highlight & baca kuat2 kat dia. Baru dia perasan sikit. Kalau tak dia buat dek je. Anyway, buku ni boleh la jadikan bacaan ringan & panduan buat kita semua. Sedar tak sedar semua tu wujud dalam perkahwinan kita. Erm... pikir2 kan le...

No comments: