Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 16, 2015

AYAT SYIFA DI MUSIM² SAKIT NI

Cuaca tak menentu ni kan
Ramai yang sakit
Kat rumah aku Adib pun demam, Amira & Jasmin pun batuk selsema

Haritu dengar radio, ada ceramah dari Ustaz Sharhan
Dia ada la ijazahkan ayat sebagai penawar
Elok untuk diamalkan doa Nabi Ayub ni..
Semoga kita dapat manfaatnya



-elok diamalkan setiap kali selepas solat fardhu-



Tapi kalau ditimpa sakit pun kita patut bersyukur juga
Sebab Allah nak menghapuskan dosa2 kecil  kita 
Sentiasa bersangka baik dengan Allah.





TURUN KELAS

Minggu lepas saja la cek result periksa anak2 kat SAPS
[sekarang kan senang.. semua main online jer..]
Result diaorang pun idak le gempak2 sangat cam anak2 orang lain
Tapi ok la ada improvement dari pertengahan tahun

Cumanya, untuk tahun depan diaorang kena turun kelas
Sekarang diaorang kat kelas A [kelas yang pertama]
Untuk next year dua2 turun ke kelas B [kelas kedua]
Herm.... nak marah pun tak guna kan...hahahaha
Ok la, aku kasi kelonggaran kalau turun kelas pun takat kelas ke2 je
Jangan turun ke kelas 3-4 dan seterusnya udah le
[sekolah anak2 aku ada 7 kelas untuk setiap darjah]

Result Adib


Result Aleeya



Segan lak aku nak tepek markah anak2 aku tu
so aku padam je la...
Banyakkan subjek2 diaorang tu... Sampai belas2...


Takpe la anak2 oi..
Mak korang ni pun selalu gak turun naik kelas
Semoga di kelas baru & classmate baru korang akan lebih fokus dari sebelumnya.






Friday, November 13, 2015

MENEBUS VOUCHER ZALORA

Haritu kan dah kabo aku dapat voucher Zalora RM100 kan.
So naik juling bijk mata aku mencari benda yang aku boleh beli 
kat website Zalora tu...
So fikir punya fikir, ini je la hasilnya...

Gila tamak jam sampai 3
[sebabnya semua aku berkenan..hahahaha]
Sebelah tu pulak sehelai bawal crepe RM10 je
[sebab nak cukupkan jumlah voucher tu]


Aku ni jenis suka beli barang biar nampak banyak
Tak reti nak menghabiskan segedebuk untuk 1 je item mahal
So daripada RM100 = 1 barang
baik la RM100 = 4 barang
Baru la rasa berbaloi shopping...hehehehehe
Dah le jarang2 dapat voucher free kan...
Jadi la jam2 ni semua sebagai advance birthday gift untuk aku...
Alhamdulillah.



KECOH BILA TOK TI MENGANDUNG!

Kalau dah namanya retis ye
kalau mengandung je kecoh satu mesia
Nak2 pulak TokTi yang mengandung ye...
Kat fb aku asyik orang dok share la news ni

Tahniah le Tok Ti oi.....



Cuba kalau aku yang mengandung
kecoh tak????
Kalau kecoh pun bukan sebab eksaited kot
tapi perli aku "mengandung lagi???"
Hahahahaha ----> oi rezeki Allah Taala weh!
[Yang pertama kecoh mesti la Cik Besah...wahahahahaha]

Tengah mengandung le ni....
MENGANDUNG LEMAK!


Thursday, November 12, 2015

SKIL BARU JASMIN : PANJAT TANGGA

Baru discover skil baru budak ni
Tah cemana dia tetiba jadi expert 
memanjat tangga je lah
turunnya tak reti lagi

Ceh..ceh... muka inesen konon


Ni dah keluar muka nakal dia..


Satu hari tu aku kat atas nak pakai baju
Tinggalkan dia dengan Aleeya kat bawah
Aleeya dok tengok tv, Si Jasmin ada la main kat tepi
Tetiba sedar2 si Jasmin dah ada kat atas
Ingatkan si Aleeya yang hantar dia naik atas
Rupanya Aleeya kata dia tak tahu pun Jasmin naik tangga sendiri.
Macam tak caya je si Jasmin naik tangga sendir tanpa sesapa sedar
Sebabnya dia langsung tak berbunyi..

Kali kedua try nak tengok betul ke dia boleh naik tangga sendiri
Wallawei... sejak bila budak ni terer naik tangga???
Ini sudah bahaya! Dibuatnya dia naik sendiri orang tak sedar, kan naya...
Bukan apa, takut la dia jatuh ke apa.. dah le tangga batu

Ni tengok aksi dia ni..nasib baik sempat rakam..hehehehe

Ni dari pandangan depan



Ni video dari pandangan vontot


Kena lebih berhati2 ni...
Sejak terer naik tangga ni, asyik2 dia nak gi ke tangga
sabo je la anak bertuah sorang ni...


MANDIKAN ANAK DARA

Lama dah tak kasi mandi anak dara sorang ni
Sian dia busuk masam sorang2
Hujung minggu lepas kita kasi mandi sama dia
Siap syampu bagai tau!


Ha... anak dara kami kena syampu...
Tu dia aih... syok la kena garu2 dengan abah...hahahaha

Tengok video la senang..



Ni bulu belum kering
Nampak kurus pulak si Mici ni hahahaha
Tunggu bulu dia kembang, mata pun tak nampak



Tengah tunggu bulu kering...