Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 13, 2011

MY OLD MAN IS OFFICIALLY 57.... HAPPY BIRTHDAY, ABAH

Hari ni dah 13 April rupanya
13 April ialah hari ulangtahun kelahiran abah aku
shadap no shadap [diam tak diam]
abah aku dah pun berusia 57 tahun [tahun depan pencen lorrr]

Well, aku tak pulak ada gambar abah aku dalam PC ni
so takleh nak mengglamerkan abah sendiri
hahaha

Apa-apa pun
HAPPY BIRTHDAY, ABAH!



Semoga abah akan sentiasa dilindungi Allah
dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik
dimudahkan segala urusan di dunia & akhirat
AMIN!!!


** Sudah sms abah tadi... & abah reply....suke!!! wink** wink**

Tuesday, April 12, 2011

RUMAH SEMPIT TAPI ADA 24 RUANG

Takdo kojo cari kojo hari ni
hasil kojo den hari ni
maka terhapdet la blog ini

Masa melayan2 internet untuk apa2 yang patut
terjumpa video ni kat youtube
layan...



dahsyat kan??? Living big in tiny space
ofkos la melibatkan big amount of money, kan??

FAMOUS BATANG KALI CHAR KUEY TEOW

Malam tadi kami dinner makan char kuey teow jer
Kalau nak makan char kuey teow yang kaw dan sedap [di tekak aku la]
sila singgah gerai brader ni...

Kalau sape reti area Batang Kali
gerai brader ni betul2 kat simpang trafic light
berdepan dengan kedai KG TRADING

Kalau tak reti lagi, cari je la kedai makan SEPAKAT membawa berkat
belakang SEPAKAT tu la kedai KG TRADING
pastu cari jer gerai TOP 69 ni...
 Ha.. sikit punya besar nama gerai dia kat stall tu
kalau korang tak jumpa gak, sah2 kena pakai spek ni

Siap kasi berapi2 kuali tu sebab aku nak tangkap gambo dia
[aku cong brader tu konon nak letak dalam facebook...hehehehe]

Nama tokey gerai ni Abang Man
specialnya char kuey tiow (CKT) dia ni, dia ada campur pucuk paku
[itu pun by request la]
kalau tak nak letak pun takpe
brader ni siap letak no tepon dia kot2 ada sesape nak tempah
nak lagi senang, korang tepon dia nak beli berapa bungkus
pastu korang datang, bayar & take away sahaja... Sonang by tu..

Ini la rupa CKT brader ni..
Ooops.. jangan terpedaya dengan rupanya yang pucat lesi tu
[sesetangah tempat CKTnya kaler gelap sebab banyak kicap kan??]
sebenarnya, warnanya takle camtu, tapi disebabkan kamera aku terlebih flash
terus jadi terang benderang kaler CKT tu..
sungguhpun kaler dia cenggitu, rasanya memang sodap tau!!

Ni nak close up sikit CKT aku.
yang kaler hijau2 tu la pucuk paku tu.
udang & kerang pun ade tau...


** Kome2 yang duk berhampiran dengan rumah aku [especially MR & Yong], korang dah pernah try ke CKT brader ni???

Monday, April 11, 2011

PENDAFTARAN ONLINE DARJAH SATU 2012... CAM HAMPEH!

Tensennya aku.....
sebabnya... dari minggu lepas duk cuba buka website untuk pendaftaran online darjah satu tahun 2012/2013
tapi sampai hari ni tak boleh jugak
Lama sangat ke nak upgrade server tu??

Sebenarnya, aku dah daftar dah Yaya secara manual awal tahun lepas
kat Sekolah Rendah Batang Kali
tup..tup.. minggu lepas pihak sekolah call aku
katanya Yaya punya pandaftaran tak lengkap sebab takde
print out untuk pendaftaran online
Katanya kena submit before 30/4/2011

Lepas je dia call, dengan sepantas kilat aku pun pi bukak website tu
mak..ai.. asyik unavailable la, error la, tergendala la
sepanjang minggu lepas aku cuba buka
asyik ini yang keluar, cemana nak daftar online???

Adoyai... sampai bila nak keluar benda ni pun tak tahu le
nak kena call sekolah balik ke ha???
Sape ade experience, ce citer kat aku...


** Ini bukannya  nak menyenangkan ibu bapa, menyusahkan ade la...

TERMINATOR

Minggu lepas  si hasben dok berjanji-janji dengan si Adib nak belikan mainan
bawak ke kedai, konon nak beli mainan apa tah
alih2 dipilihnya permainan ala Rambo ni
siap senapang, pisau, gari, spek pun ade
kasi posing sikit...
Bila dah beli, abih hati la si Adib tu, tak berenggang dengan senapang
Actually spek biru tu besar
so Abah dia terpaksa ikatkan dengan getah 
senang la si Adib nak pakai

 gambar bajet hensem la tu..

Friday, April 8, 2011

Tahulah t*t*ks awak besar

Menyinggah ke blog ABANGNARA memang tak jemu
melayan gambor2 sepanjang ABPBH bebaru ni
dalam banyak2 gambar retis melesya ni
yang ni paling aku menyampah tengok
siyes!
 Yang baju kaler pink tu [pink ker???], anak Rohana Jalil kan??
[yang perasan ala Angelina Jolie tu kan???]

Perlu ke posing cenggitu???
Tahu le teteks dia tu besar..[ke span je tebal??]
tapi perlu ke nak mendada sampai cenggitu sekali??
OVER!!

** Artis baru memang selalu menyakitkan mata...CAPUB la tuh!

** Pics aku ambil dari blog AbangNara.. nak tengok banyak gambar lagi, pi terjah belog beliau!