Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 7, 2015

TENGAH STANDBY

Minggu ni genap la si Jasmin 8 bulan
Kejapnya masa berlalu
Adoi macam2 la dugaannya sepanjang 8 bulan ni
Tapi cuba overcome dengan tenang... cewah!

Sekarang Jasmin dah pandai duduk
Walopun tak expert lagi, tapi boleh la duduk sendiri sekali sekala
Nanti2 dia praktis lagi
Tapi kalau bab menyusur ke depan, memang laju je

Tengok ni dia mengejar aku yang tengah tangkap gambar dia...



Pastu sekarang tengah standby
Standby nak merangkak dah
Kuda2 dah tegak dah tapi menapak belum lagi
Sehari dua ni dapat le kot

Cepat je progress pembesaran anak2 ni kan


PAYAHNYA NAK CARI UNSALTED BUTTER

STOP!!!
Jangan tetiba terkeluar dari mulut kome
Apa la yang susah cari unsalted butter tu?
Pi je la cari kat kedai bakery

Haah..... aku yang sangat buta dungu bab2 bakery ni
Memang tak tahu tau....
Aku main gamble je cari kat supermarket

Al kisahnya cenggini
Jasmin dah nak masuk 8 bulan dah umurnya
Selama dekat 2 bulan ni, boleh kata hari2 aku masak nasi bubur untuk dia
Tapi lain2 bahan la... idak le kentang carrot hari2 kan
Selang2 la... tapi basicnya adalah bubur nasi
Nestum memang jarang kasi sebab si Jasmin ni kalau makan nestum asyik termuntah je
So mamanya kena la rajin memasak pagi2...

So aku mencari2 la resepi2 baru untuk dijadikan menu tambahan
Dalam resepi2 yang aku cari tu, ada la terjumpa resepi menggunakan butter
Nak kasi sedap lemak2 rasanya
Tapi udah bukan butter biasa... kena pakai UNSALTED butter pulak
[garam & gula tak elok ye untuk bayi.]
Baru la aku tau butter tu ada 2 jenis - Salted & Unsalted
[Aku tau buttercup je]

So balik keje haritu, singgah le Econsave Batang Kali
Econsave tu dah kira grand la kan... tarap supermarket dah tu
Takkan la takde kan
Cari2 kat bahagian butter, haram aku jumpa tau
Jenuh aku belek2 butter2 yang ada kot2 ada tulis UNSALTED
[Sebelum tu dah google dah butter brand apa yang ada UNSALTED tu]
Jumpa dah brandnya ---> Brand ANCHOR tapi takde la pulak yang tulis UNSALTED
Hai.. frust ai tau.... Tak kesampaian la aku nak buat menu baru untuk Jasmin

Pastu kan, aku tak puas hati lagi
Belek2 kot2 ada kat belakang2 ke kan... tup2 terjumpa la jugak akhirnya
Tinggal 2 ketui je ko.. terselit celah2 butter yang biasa tu
Ha.. apa lagi terus teruja ler.... terus ambik satu masuk bakul..
Alhamdulillah ketemu juga!
Dan dah selamat aku try masukkan butter dalam makanan Jasmin
& guess what, dia suka la pulak..... sedap le tu..hehehehe
Untung la ko Jasmin, mama bekalkan makanan hari2 kat rumah babysitter
Abang kakak ko dulu, mama kirim Cerelac je kat babysitter...




Monday, April 6, 2015

TAMBAH UMUR

05.04.2015
Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur suamiku
Wau... sudah 39 tahun maaaaa



Sebagai isteri, mestilah mendoakan yang baik2 sahaja untuk suami kan
Semoga dipanjangkan usianya
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik
Semoga dilindungi Allah dalam setiap tingkah laku & perbuatan
Semoga sentiasa dalam keredhaan Allah
Semoga dipermudahkan urusan dunia & akhirat
Semoga ditambahkan rezeki yang halal lagi berkat
Semoga...semoga...semoga... 

Ya-Allah lindungilah & berkatilah IMAMku ini
Supaya dia terus menjadi pembimbing diri ini & anak2
Menuju ke syurgaMu.... AMIN...


Friday, April 3, 2015

KEMBAR

Tahun ni ramai pulak orang2 dikeliling aku dok mengandung & beranak anak kembar
Huhuhu.. rezeki berganda untuk diaorang semua
Tahniah.... korang antara insan2 terpilih oleh Allah

Seronok kan kalau dapat kembar
Nak2 pulak kalau sepasang
Pastu boleh la gap lama sikit kalau nak beranak lagi kan
Aku pun teringin jugak nak kembar
TAPI bila memikirkan tahap kesabaran diri aku sendiri yang tersangat la nipisnya
Memang aku tak boleh la kot nak ada anak kembar
Mungkin sebab tak sesuai kot aku ni ada anak kembar...hahahaha
Allah maha mengetahui pasal makhlukNya kan, tu sebab dia tak kasi kat aku..hehehehe

Ada anak yang beza umur selang setahun ni pun dah cam kembar menjaganya
Udah aku asyik nak melenting je kejenya kan
So takyah la nak berangan2 nak baby kembar pulak
Idak terlayan aku nanti... elok2 nak cari pahala, dosa pulak yang aku dapat nanti...
Astaghfirullahal'azim...

Dah tu, meh aku mengkembarkan anak aku
Gambar je la...



Dua orang budak kenit ni pun sudah bikin hati panas kadang2
Especially time bila dua2 buat perangai
Huh... rasa nak lari dari rumah je...
Ni pun si Jasmin belum pandai lagi
Nanti2 dia bergabung meletup dengan Amira
Kepala aku lak yang meletup gamaknya...huhuhu


Si jantan ni pun aku kembarkan
Sian dia takde adik beradik lelaki..hehehe



Yang ni kembar siam sesat mana tah
Wakakakaka


Thursday, April 2, 2015

HATI PEREMPUAN KU

Sekarang terjebak dengan drama baru kat TV3
Terjebak pun gara2 heronya yang hensem
Tak menahan ko....


Takdan nak layan kat rumah kan
Pagi2 masuk opis, terus layan kat tonton [sambil pam susu]
Mind kena relax kan, baru la boleh pam banyak susu...wakakaka


Ni snap dari episod semalam... Hai Tengku Zafril...
Aduh duh duh... hensemnya... cair ahkak
[tak pandang dah eron ajis... zul aripin letak tepi dulu]


Sapa layan citer ni??


** Start citer Romi Cinta Julia dah suka tengok dia ni... Hensem habaq hang!



Wednesday, April 1, 2015

APRIL 1ST

Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar, semua..

Hari pertama bulan baru
Hari pertama pelaksanaan GST
Macam2 hal la kan...
Tapi yang kecoh pasal harga top up kan?
Patutnya tak kena GST, tapi bila bayar kena caj 6% pulak
Rupanya caj dari kedai yang jual top up tu, bukannya dari syarikat telco
[cemana la pengguna tak konfius kan???]

Pagi tadi beli kuih untuk Adib bawa sekolah
Alhamdulillah, harga masih sama
takde kenaikan pun walopun 1 sen
Masih lagi 3 biji = RM1

Meh nak belanja gambar Jasmin pepagi ni sebelum pegi rumah IBU
[IBU = babysitter]

Budak yang payah nak senyum
Nasib2 la kalau dapat tangkap gambar dia tengah senyum
Mostly masam je macam gambar yang kiri tu

**Sekarang sudah ada gigi 3 batang.