Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 16, 2013

GAYA TIDUR BARU



Tido cam orang tua.. Siap lutut tegak lagi..hehehe
Beberapa hari lagi genap la 4 bulan cik gebu ni...

Friday, July 12, 2013

CARA KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN

Salah satu azam aku di bulan Ramadhan tahun ni
Insya-allah...
Semoga diberi keizinan & kelapangan untuk melaksanakannya..




Senang je kan....
Antara rajin dan tidak je la...

Thursday, July 11, 2013

TIMANG TINGGI TINGGI

Cik gebu ni part yang paling dia suka bila kena timang
Kalau tengah nangis pun bila di timang bulan main lagi dia ketawa




Dah 2 hari berpose ni kena la masak sahur kan
2 hari ni jugak le time aku  masak tu dia merengek nak susu
Mana nak kejar masak lagi, nak bagi susu lagi
Hasben aku lak balik lambat 2 hari ni so takleh nak mintak tolong tengokkan Amira
Stress mak ko ni tau tak...

Layan dulu video cik gebu ni kasi hilang stress

** Sorry ye... kitaorang takde KEEK...

PUMPING STATION

Semenjak dah beli pam baru ni aku dah tak pi pam kat surau
Tak payah aku nak bongkok2 pam & press breast beria sangat
Lagipun pam baru ni senyap je... orang tak perasan pun aku tengah pam susu
[cover dengan tudung lak tu]
Kalau bos aku lalu, kaver2 la konon tengah buat keje.
Selalunya kalau aku nak pam, aku akan rendahkan kerusi, so aktiviti pam tu kat bawah meja la.. Kalau bos lalu, aku just rapatkan dada aku kat meja, sambil tangan dok aktif mengepam2 handle pam..hehehe

Sebab dah mengepam dari meja sendiri
so cara nak menggalakkan pengeluaran susu versi aku
adalah dengan mengubah background picture pc aku...


Buh gambar Amira banyak2 & buat collage
dan diselitkan doa untuk banyakkan susu ibu [Surah Al-Baqarah ayat 60]
Lagipun aku tak hafal sangat ayat ni, so everytime aku nak mengepam
boleh terus baca ayat ni
Insya-allah kalau hari2 dok mengadap & baca ayat ni, lama2 lekat la kat kepala otak aku ni..

Senang kan???


** Bulan pose ni opis bagi balik awal 1 jam... Sempat la aku nak pi terjah PARAM petang karang.


Wednesday, July 10, 2013

STOK EBM YANG PERLU DIHABISKAN

Dah masuk bulan 7, stok bulan 4 pun tak habis lagi
Jangkamasa EBM kalau simpan dalam freezer peti ais rumah aku ni cuma 3 bulan je 
[peti ais rumah aku jenis yang 2 pintu]
By hook or by crook kena habiskan semua stok2 ni bulan ni jugak sebab nanti dah expired.

Ni pun dah kira sikit dah... 
Yang bawah ice bag kat tingkat tengah tu semua stok bulan 6
[aku kira semalam ada lagi 20 pek susu bulan 4 tu]

Aku ni selalunya bekalkan Amira dengan susu fresh @ yang diperah hari sebelumnya
Aku hanya bekalkan 1 pek frozen EBM setiap hari
[tu yang lambat habis tu]
1 pek frozen EBM tu dapat la 2 botol susu  [3oz each]
Hari2 aku supply 7 botol [3 oz each] pada babysitter

Bukannya aku taknak bagi frozen EBM ni pada Amira tapi dia sendiri cam tak berapa gemar
Dia sukakan yang fresh je
Lagi satu susu frozen ni dia cam ada bau sikit kan
Tu yang buat dia tak  berapa berkenan kot.

Well, stok EBM aku ni tak banyak mana tapi cukup la untuk Amira
Aku malas nak buat stok banyak2 sebab limited space 
Pastu kalau banyak2 last2 end up kena buang juga nak buat apa kan??
[tetiba teringat kat sorang member yang stoknya dah capai 1000oz ---> bila la nak habis tu kan??]
Benda ni pernah jadi masa aku dalam pantang dulu
Sampaikan aku decide nak beli deep freezer sebab tempat dah takde
And untuk masukkan susu terbaru, aku terpaksa buang stok susu yang awal2 tu.  Amira lak tak hingin langsung EBM masa tu, so no point la aku nak beria2 buat stok banyak2. Disamping tu, space pun takde untuk aku letak deep freezer tu kat dapur, so niat tu diignore begitu sahaja.
So just berwasatiah dah memadai... berpada2 je dah cukup
Even ada yang kata lama2 nanti susu dah sikit so masa tu la pakai yang frozen
Tapi kalau tak diluakkan stok yang lama tu cemana nak masukkan stok baru
[kita still keep on pumping jugak everyday kan??]

Apa2 pun lain orang lain pandangan
Tapi pada aku, biar la aku supply yang fresh untuk Amira
Tapi buat juga la stok frozen kalau ada lebih in case of emergency



WW 2013 #28

Time ngantuk2 ni kalau dapat tidur best kan??
 Amira yang lena setelah kekenyangan....