Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 12, 2012

TAK TERKATA DIBUATNYA


Jahil??? Bodoh?? Bangang???
Sila describe sendiri..

DIA DATANG LAGI

Paling benci kalau mende ni datang
Serba serbi jadi tak kena

Memula rasa dahaga sentiasa
Pastu sakit tekak pulak


Sakit kepala pun datang
Nafas pun tersekat2
Hidung tersumbat
Bersin & batuk
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Aku dah kena SELSEMA..

Wednesday, April 11, 2012

WW 2012 #15

YES OR NO???

Tuesday, April 10, 2012

LEPAS KUCING, TIKUS LA PULAK

Tension tul aku dengan binatang2 kat rumah aku ni
Walaupun buan aku yang bela tapi peelnya tu memang menyakitkan hati aku
Semuanya nak buat rumah aku cam jamban

Memula cicak la... taik merata2, pastu kalau malam bukan main lagi deme bersukaria kat dinding rumah aku. Sekarang lagi pandai tau, yang kecik2 tu dah pandai pulak merayap atas lantai dapur. Geli tau!

Pastu kucing la pulak buat laman aku tempat pembuangan najis. Baik berak mahupun kencing. Habis laman aku bau taik kucing. Kat dinding rumah lak bau hancing kencing kucing. Haish.. tak larat nak simbah dengan air panas dah dinding rumah aku tu. Yang geram tu semua kuicng2 tu bukannya aku bela. Lagi tensen bila ada yang memancut kat rak kasut aku. Kadang2 kat kasut aku tau. Bila nak pakai untuk gi keje, terus rasa lekit2.. Eauw... busuk okeh!

Yang terbaru, adalah cencorot pulak. Tah kot celah bedah mana la pulak dia masuk. Padahal setiap malam aku sendal lubang pintu dapur aku dengan kain. Kelmarin masa aku nak mandi, tetiba terbau hancing kat dapur. Takkan la kucing kan. aku cium2 rupanya bau tu datang dari bawah sinki. Dah le situ penuh dengan khazanah besi buruk laki aku. Dan2 ambik febreeze sembur kat situ. Kot2 la mau hilang baunya masa aku balik keje petang nati.


Balik keje semalam, bau hancing tu dok ada lagi. Makin kuat lak aku rasa. Nak termuntah pun ada. So aku nak proses la bawah sinki tu. Ada satu kotak tu aku letak kepala mop & dalam tu jugak ada besi buruk part motor & kereta hasben aku. Sekali aku belek2 & cium, terus aku rendam kepala mop tu dalam baldi. Bubuh klorox bagai. Pastu tengok lagi dalam kotak tu ada lagi saki baki kencing tikus tu kat besi2 tu semua. Cane nak buat tu?? Takkan nak basuh kot?? Nak buang laki aku tak bagi la pulak.. Nak letak luar pun hasben aku tak bagi. Aduh... Sanggup la dia bau hancing tu kan. Aku lak terseksa sebab everytime lalu kat sinki tu sure aku tahan napas. Semput ahkak dibuatnya!

Korang ada cara nak menghilangkan bau hancing tu???? Dah nak dekat sebotol Febreeze aku sembur kat situ tau. HELP!

DEMAM 2 HARI

Dari malam hari Ahad tu badan si Adib dah panas cam demam dah
Tapi aku bagu je la dia ubat demam yang ada kat rumah tu
Keesokannya tengok badan si Adib cam dedar2
Pesan kat babysitter, kalau dia still demam tak payah la suruh dia gi sekolah

Petang semalam masa ambil Adib kat rumah babysitter, babysitter kata dia cam nak kena demam campak
Sebabnya si Adib asyik menggaru satu badan
So malam tadi bawak la dia gi klinik
Kami gi Klinik Sentosa kat are rumah aku tu je
Senang sebab semua rekod kitaorang kat klinik tu.
 Budak demam tengah menggaru


 Sementara menunggu doktor datang, posing la dulu. Laki aku siap perasan konon posing cam Aaron Aziz. Huh... jauh panggang dari api der....


Masa ni orang pun takde lagi [kami org first] so aku tak segan le nak tangkap gambar dalam klinik. Kalau ramai segan jugak , nanti orang kata jakun tak pernah datang klinik lak.



 Dua beradik yang nak kena cek doktor..


Dah alang2 ke klinik, aku suh doktor cek Yaya sekali sebab Yaya ada batuk & mulut dia cam kering. Lagipun stok ubat batuk kat  rumah tu dah habis.


Tunggu 15 minit baru la doktor sampai. 
Melayang gak le RM50 semalam.. tak kisah le tu kan, janji anak2 sihat
Adib dapat la MC 2 hari. Esok kan cuti so boleh la dia rest sehari lagi kat rumah.

Monday, April 9, 2012

DATO' SITI YANG MANTOP

Ni gara2 ABPBH semalam la ni
Sakit mata nengok pesen artis2 Mesia ni kan
Banyak hazabedah weh.. sampai nak berjalan pun payah
Ketat sana ketat sini, belah sana belah sini.. pergh...
Macam nak terkoyak kain baju tu pun ada..ish..ish..
[Banyak dosa mata aku semalam!]

Tapi dalam banyak2 tu tentulah kita tertumpu pada artis2 yang glamer
Yang paling  glamer tentulah Dato' Siti Nurhaliza tu kan
Ha... amacam mantop tak???
Especially masa dia naik pentas untuk ambil anugerah tu
Memang terserlah kebesaran kopeknya tu [ayat terus terang]
Laki aku pun boleh tegur tang part tu sebab obvious giler
Kalah kopek si RCW dibuatnya ...hehehehehe
Lagipun kaler baju tu pun tak sesuai dengan Siti..

Dalam banyak2 pesen tu cuma Maya Karin je pesennya yang aku rasa sopan. Tak perlu nak dedah sana, ketat sini, bonjol sana  kan?? kan??