Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 4, 2010

Apa punya pesen ni???

Petang semalam Adib tidur sempat candid gambo dia. Ni  pesen tahap nyenyak la tu.. Kalau biasa2 tak maunya jadi cenggini... Siap angkat bontot macam meriam. Adib...Adib.. apa punya pesen tido ni???


-gambo tak berapa nak terang sebab pakai camera henpon je...-

First Day Sekolah

Hari ni Aleeya start kindy session. Alhamdulillah Aleeya mahu pegi sekolah. Dengan syarat mama teman dia dalam kelas. Aku pun yelah kan aje la. Hasben & aku memang dah apply cuti hari ni. Aleeya masih belum dapat baju uniform (sebab stok untuk size dia dah habis) so dia pakai baju kurung biasa je. Nasib baik tudung dia pun dah beli dulu & still muat lagi. So Aleeya serba pink hari ni dari tudung sampai ke kaki. (Beg sekolah je pakai yang lama -kaler kuning).

Sesampai kat sana Aleeya takde problem nak masuk ke perkarangan sekolah. Bila dah daftar & berkumpul, aku still duduk nearby dia. Pastu cikgu pun arahkan semua parents untuk keluar dari pagar sekolah. Masa tu dah bergenang dah air mata dia. Siap tak nak lepaskan tangan aku. Sayu pulak hati aku nak meninggalkan Yaya. Takpe demi kejayaan anakku, mama kena tabahkan hati..


-cikgu tengah briefing budak2 ..taknampak Yaya sebab dia kecik sangat -

Waktu yang sama Syahir punya sekolah pun dah start dah. Bila Aleeya dah masuk kelas, aku ngan hasben pun mengintai kejap Syahir disekolahnya. Kindy si Yaya & Syahir satu baris je...cuma selang 4 biji rumah. Syahir pun so far ok..takde nangis2...


-ni sekolah Syahir..pompuan yang pakai t-shirt putih tu la biras aku...-

Bila dah pukul 9 lebih, mak pak pun ramai dah balik dari menunggu anak, aku, hasben, k.ti & cik besah pi breakfast kat kedai Cik Bi. (Kalau korang lalu Batang Kali sure lalu kedai dia kat tepi jalan - Kedah Kak Bie.. sedap tau makan2nya.) Lepas breakfast aku & k.ti plan nak daftar  Yaya & Syahir ke sekolah rendah tahun 2012 nanti. Lepas gi ambik borang daftar sekolah patah balik ke tadika. Pakat tunggu la kitaorang sampai bebudak habis sekolah.

Bila dah habis sekolah aku tanya Yaya macam mana sekolah. Dia kata best & esok  nak pegi lagi.. (dah ade kawan la tu.. kalau tak best sure dia tak nak pegi punya). Dalam hati aku-Alhamdulillah sangat. Pastu tanya la dia nak tindik subang ke tidak. Dia cakap nak (sebab dah janji dari semalam). Pegi kedai emas & terus tindik telinga dia (pilih subang kaler pink lagik).


-Yaya pose dengan subang barunya-

So far, pengalaman hari ni Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar...Aleeya & Syahir pun takde problem. Adib pun macam paham so tak banyak peel masa nak hantar rumah babysitter. Mintak2 esok pun macam hari ni jugak.

Friday, January 1, 2010

Tangan dah sejuk

Dihari cuti ni aktiviti utama nak buat takde lain basuh kain, sidai kain, angkat kain, lipat kain, gosok kain. Bila anak2 dah mandi, baju dah basuh seterusnya...sidai kain. Habis sidai kain (anak2 lak tengah mentelaah - sila rujuk n3 lepas), aku pun belek2 la tumbuhan2 yang ade dalam kawasan rumah aku..

Banyak pasu dah penuh ngan lalang, ade daun2 kering yang tak dibuang, ade pokok yang dah kecut (nampak sangat la pemalas tuan rumah tu ye).. Dalam banyak2 pokok tu aku ade semai la pokok bunga yang aku ambik dari rumah Kak Nurmah (An, Yong & Azwana- hangpa sure ingat aku mintak pokok bunga kat dia). Aku ingat dah mampuih dah pokok tu sebab memang aku tak jaga sangat. Kalau nak hidup, hidup la..kalau nak mampuih, mampuih la...



Jeng..jeng..jeng... dalam 4 batang yang aku cucuk dalam pasu mini aku tu, semuanya hidup... Dah bertunas dah pun. Walawei.. unsangkarable tul.. Ingatkan tangan aku ni 'panas' pasal semua yang aku tanam selama ni  tak menjadi. This time nampaknya menjadi lak... Gumbira hatiku... Adakah tangan aku dah 'sejuk'????


Lagi satu pokok yang menjadi ni ha.. pokok keembung. Aku saje campak2 je biji dia kat pagar rumah aku... Now dah berbunga bagai. 3 color lagi... Pasni aku pun boleh jadi mother nature la....

Persediaan ke sekolah

Lagi 2-3 hari sekolah pun dah nak start. Aleeya pun aku nampak beria2 jugak mengadap buku. Tapi bila sebut sekolah je menjerit2 tak nak pegi. Ntah le macam mana hari Isnin nanti.

Pagi2 tadi lepas mandi terus budak2 tu duduk kat luar. Siap bentang tikar lagi... Tengok aksi2 diaorang ni.



Last Dinner 2009

Habis shopping barang dapur, jam pun dah dekat 7.30 malam. Tanya hasben aku nak makan apa malam ni?? Dia kata makan satay nak tak??? (Mentang2 semalam baru gaji asyik makan sedap jer..). OK gak tu kan makan satay. Lagipun lama tak pekena satay si Iyen (sedap tau satay dia kat Batang Kali ni).

Sampai kat tempat si Iyen, baru nak panas bara so kena tunggu la. Tapi hasben aku cakap nak balik dulu & after Isyak pi ambik. So inilah dia dinner terakhirku di tahun 2009...


 Ayam merah tu Cik Besah yang bagi...





  Adib sabar menunggu.....



Nesvita Vs Vico

Petang semalam balik kerja terus gi beli barang dapur. Dah lama tak beli Nestum [one of the reason nak mengurangkan pengambilan makanan....konon] so semalam gagahkan diri cari Nestum 3-in-1. Selalunya aku beli Nesvita tapi semalam tak ade. Last aku ambik jer yang nampak cam Nestum (ade gambo jagung kat depan tu ye le tu).


 Sampai kat rumah, masa tengah punggah hasil2 pembelian, baru aku terperasan Nestum yang aku beli tu brand Vico. Dulu aku pernah try minum Vico tapi tak sedap. So dalam fikiran aku sure Nestum Vico ni pun tak sedap. Tapi tak minum mana nak tahu rasanya... Dan2 tu jugak aku buat perasmian....


Aku ni tak minat sangat Nestum yang campur cokelat. Tapi...tapi..tapi... bila Vico tu menerjah je tekak aku siyesly.... MEMANG SEDAP!!!! Tak tahu la korang tapi pada aku sedap.. Tak rugi aku beli..