Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 16, 2021

HANDPHONE LEBIH 2 TAHUN DAH KIRA OUTDATED RUPANYA😅

Sekarang ni aku pakai henfon Xiaomi Redmi 4A je. Sebelum ni pakai Mi4 tapi disebabkan kecuaian aku, henfon jatuh ke jalan tar.. Terus pecah skrin. Aku sayang tau Mi4 aku tu.. The first henfon yang buat aku jatuh cinta dengan Xiaomi. Setakat ni dah pernah pakai Samsung, Lenovo, Asus, Nokia tapi setakat ni Xiaomi paling best lah. Disebabkan Mi4 tu dah jahanam & kos nak repair skrin pecah tu pun agak mahal, ditambah dengan keperluan nak pakai phone dengan segera, so terpaksa la beli baru.. Tu yang beli je Redmi 4A tu.. (pilih Xiaomi juga sebab dah jatuh cinta kan 😍). 

Kiranya dah 3 tahun dah aku pakai Redmi ni.. Memang takde masalah.. Cuma slow je la sebab 2g RAM je.. Tapi tu tak jadi masalah la pada aku pun. Kualiti gambar & kamera pun so so je la sebab jenis yang mur2 kan..  Takde bajet nak beli mahal2 kan.  

Nak dijadikan cerita haritu aku buat internet banking kat Maybank2u. Pastu kan sekarang maybank pun dah buat ala2 e-wallet iaitu MAE.  So dia suh la install apps MAE tu. Klik punya klik tapi takleh pulak kat henfon aku.. Aku ingatkan sebab line internet aku tak stabil. Cari kat google play pun tak jumpa apps MAE tu. Last2 aku klik dari link kat website maybank tu. 

Rupanya keluar benda ni pulak:
Keciwanya... Tak compatible la pulak.. Aku tak puas hati aku tanya la customer service. (Guna messenger kat fb je😅). Rupanya dia kata apps ni boleh guna kat henfon yang guna android 8 ke atas je.. Redmi aku ni guna android 7 je.. Patut le tak boleh.. Takde harapan la nak install apps ni😭.

So sekarang kesimpulannya, henfon yang dah lebih 2 tahun kira dah outdated la sekarang ek.. Cepat sangat teknologi berubah. So takyah le beli henfon mahal2, nanti nak kena tuko juga walopun ko punya henfon masih cun & elok lagi. Lagi lama, lagi banyak apps yang tak boleh update sebab os version lama kan.

Apakah ini petanda aku kena beli henfon lain?? 😁😁😁

4 comments:

Nur said...

Oh, gitu rupanya. Kalau handphone saya ni, lagi la zaman tok kadok punya. Kikiki..

eiLa said...

Xperlu beli fon baru...
Try Update je os kpd latest android...
Mungkin boleh n xdak masalah pun...
Cuma mungkin akan berat sikit laaa lepas update kalau ram rendah...
Tips utk beli fon, beli ikut thn keluar, cth, skrg 2021, at least beli fon yg keluar tahun 2019.
Kadang2 org x tau, so org beli fon tahun 2016 pd tahun 2020 tu yg membuatkan fon x support latest update...
But generally, android support je update for at least 4 to 5 yrs dr tahun di keluarkan

eiLa said...

Xperlu beli fon baru...
Try Update je os kpd latest android...
Mungkin boleh n xdak masalah pun...
Cuma mungkin akan berat sikit laaa lepas update kalau ram rendah...
Tips utk beli fon, beli ikut thn keluar, cth, skrg 2021, at least beli fon yg keluar tahun 2019.
Kadang2 org x tau, so org beli fon tahun 2016 pd tahun 2020 tu yg membuatkan fon x support latest update...
But generally, android support je update for at least 4 to 5 yrs dr tahun di keluarkan

SYANI said...

EiLa,
Thanks for info.. Nanti akan cuba kot2 boleh. 😊