Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 30, 2020

TANPA KONVOKESYEN

Tahun ni tahun terakhir Jasmin jadi budak tadika
Tahun depan dah jadi budak sekolah rendah pulak
Memandangkan sessi persekolah di tadika dah tamat pada 25/11 hari tu
so Jumaat lepas cikgu suruh datang sekolah untuk ambil sijil & gambar konvo.
Nasib la sempat jugak diaorang ambil gambar konvo beberapa minggu sebelum kena PKPB haritu.

Kat sekolah cikgu dah siap2 letak atas meja
Just ambil & balik
Takde la jumpa cikgu pun.


Ni hadiah dari cikgu kelas Jasmin
Cikgu Nurul namanya


Sijil tadika Jasmin
Tanda udah graduate
Ye lah, dah 2 tahun di tadika tu


Nasib la muka kamu ada senyum Jasmin
Kalau idak memang payah nak ambil gambar formal dia
Asyik nak menangis je😅


Lepas ni preparation untuk dia ke sekolah rendah pulak la
Tah cemana nanti gamaknya..
Harap2 dia ok je masuk sekolah baru.








Monday, November 16, 2020

BANCI 2020 ONLINE

Tahun ni kalau korang rajin nengok tv kerap la ada iklan kempen banci 2020
Sebab terlalu banyak iklan kempen banci atau e-census tu
sampaikan anak2 aku pun dah hafal lagu & lirik banci tu tau..
dengan aku sekali terhafal korusnya tu😅😅

🎵🎵 Banci aspirasi negara
         Penggerak sosio ekonomi
         Banci tanggungjawab bersama
         Data anda masa depan kita 🎵🎵

So sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
kena la kita isi maklumat banci yang diperlukan
tak sure pulak selang berapa tahun banci ni akan dibuat
tapi seingat aku sejak duduk Batang Kali ni, baru sekali rumah aku orang datang buat banci..
Patutnya tahun ni pun ada orang banci datang rumah, tapi disebabkan Covid-19 ni, banci secara bersemuka tu ditangguhkan sampai tahun depan. Tapi seeloknya isi la borang banci secara online saja. So tahun ni kalau ada orang datang tetiba kata nak banci tu, sila hati2 la ye... Orang banci tak datang rumah tahun ni.. Tahun depan baru ada tau.

Kalau nak buat secara online caranya pun senang je, just pergi ke laman web E-Census ni. Takpun scan je barcode yang ada masa dapat invitation card tu. Macam aku hari tu, ada diaorang letak kertas tu dalam peti surat. Kat situ ada diaorang bagi invitation  code. Code tu nanti kena isi la masa nak daftar online nanti.


Masa dapat inivitation ni rasa nak cepat2 je isi borang banci tu
Tapi tu la line sendu la pulak kat Batang Kali (hulu la katakan)
tunggu masuk opis la baru line UNIFI laju cam roket


So satu hari yang tak busy, aku pun isi la borang banci kat web
Simple je stepnya
Memula kena la daftar dulu


Lepas daftar diaorang akan send  OTP melalui no telefon yang korang register tu


Lepas tu korang isi & klik2 je apa yang dia tanya tu
Cam aku hari tu, agak lama la juga mengisi borang tu
Ye la, kena isi details untuk setiap isi rumah
Isirumah aku ada 5 orang, so kena la isi details untuk 5 orang
Lenguh juga la tangan nak klik2 jawapan..hahahaha
ada la dekat 30 minit nak mengisi borang banci ni... 
Nasib la line internet laju.. tu yang boleh cepat.. kalau asyik loading je fedap gak nak isi kan.

Akhirnya selepas 30 minit, selesai sudah.. 
Lega..




Korang dah isi borang banci ke belum???








Tuesday, October 13, 2020

CUSTOM SHIN GUARD UNTUK ADIB

Coach Adib ada bagi present sempena birthday dia hari tu
Special untuk Adib katanya
Bila aku dah serah kat Adib, aku suruh la dia buka hadiah tu nak tengok apa benda la yang special sangat
Rupanya2 coach dia bagi shin guard kat Adib.



Untuk yang buta football cam aku ni, baru la aku tau benda tu namanya shin guard..Hahahahaha... Pelapik kaki yang pakai untuk cover tulang keting tu. Tu kalau tak pakai masa main bola, kalau tang tulang keting tu kena sepak dengan kasut bola mau meraung dibuatnya.

Shin guard tu custom made. Siap ada gambar & nama Adib lak tu. Suka la si Adib kan. Pastu coach dia siap pesan suruh pakai shin guard tu kalau main bola. Bukan untuk simpan aje.. Rupanya coach dia tu pun buat bisnes tempahan custom shin guard ni.


Ni la shin guard Adib

Sarung shin guard



Happy face dapat hadiah birthday
Suke lettew!






Tuesday, October 6, 2020

JEJAK WARISAN @ KUALA KUBU BHARU

Semenjak anak sekolah kat Kuala Kubu Bharu (KKB) ni, selalu la kami dok berulang ke sana. Walaupun dekat je dengan Batang Kali, kalau takde sebab musabab memang jarang le ke KKB tu. Tapi sejak asyik menjenguk Adib di hostel, KKB tu dah jadi kampung halaman gitu...hahaha

Rupanya banyak lagi tempat menarik tak discover kat KKB tu. Sekali pergi kita ronda2 la apa yang ada kat sana. Bebaru ni lepas jenguk Adib, kami jalan2 ke pekan KKB. Sebenarnya anak2 nak main kat taman permainan. Lepas puas main aku ajak anak2 jalan2 kat kawasan sekitar. Aku parking kat kawasan taman permainan pastu kami jalan kaki je kat area2 situ..

Sejuk & redup je jalan kat sini
Kat sini hanya ada pejabat2 kerajaan. Disebabkan kami pergi tu hari Ahad, memang lengang je le jalan tu. Nak jalan tengah2 jalan pun apa ada hal... Jalan kat sini cam membukit sikit, so feeling2 hiking pun ada..😅

Kat penghujung jalan ni ada la Menara Jam King George ni

Rupanya menara ni salah satu Tapak Warisan kat KKB ni
Selain tu ada lagi tempat2 lain yang jadi tapak warisan ni


Posing2 jap kat menara jam



Dari atas bukit ni boleh le nampak pekan KKB tu.
Hari Ahad pekan pun tak sesak.. Kalau hari bekerja tu memang agak ramai le orang kat pekan tu.


Next time kita jelajah lagi tempat2 menarik kat KKB ni.




Monday, September 28, 2020

KOREAN GARLIC CHEESE BREAD

Sekarang tetiba lak viral roti cheese korea ni
Nak2 pulak ada cara yang lagi senang pakai roti burger je
Resepinya pun takde la complicated sangat 

Kebetulan kat rumah memang ada stok roti burger
Cream cheese pun ada stok lagi
Beli cream cheese tu pun asalnya konon nak buat kek batik indulgence
tapi sampai sudah tak buat😆 
So kita guna je la cream cheese tu untuk buat makanan viral ni

Aku ni tak pernah makan pun roti ni
Tah cemana rasanya pun tak tahu
Harap2 menepati la citarasa tekak anak beranak
Kalau tak membazir cream cheese aku

Ni la hasilnya roti viral tu
Ok la kot sebab kali pertama
Cream cheese aku tu agak cair jadinya tu sebab tak cantik kejadian cheese tu kat roti
Bila letak lebih2 dia meleleh pulak ke tepi
Ditambah lagi dengan skil aku nak piping cheese tu memang kelaut


Budak ni memang tak sabar2 la nak makan
Amira & Jasmin bukan lagi kagum dengan mama diaorang
Hebatnya mama.... pandainya mama..
Korang ingat mama korang rajin nak buat roti tu???? Hahahaha
Nasib la roti beger berlambak jual kat kedai

Adik aku pulak kata kurang rasa garlic 
Ermmm.. nanti akan diimprove lagi
Tah bila la nak rajin buat lagi tu

So far Alhamdulilah rasanya boleh diterima tekak
Tapi takleh gak makan banyak2... muak juga sebab cheese2 tu kan
dalam muak2 tu 3 ketui jugak aku makan...hahahaha







Wednesday, September 23, 2020

MASK #KITASELANGOR

Semalam balik dari sekolah Amira cakap cikgu ada bagi mask
Ingatkan mask 3 ply biasa kaler biru tu
Rupanya mask kain siap gambar bendera Selangor
Amira cakap semua budak dapat.
Agaknya itu le mask percuma yang Kerajaan Negeri nak bagi tu kot
Sebabnya ada la pernah nampak kat IG ada yang pakai mask tu

Lepas tu aku tanya Aleeya pulak kot2 dia pun dapat
Aleeya pun cakap semua kat sekolah dia dapat

Malam tadi si Amira paksa aku basuh mask tu sebab nak pakai jugak2 hari ni
Hari ni pagi2 dah eksaited bersiap ke sekolah sebab nak pakai mask tu
Rasanya mask ni diberi kat sekolah2 je kot.. tadika tak dapat pulak
Nasib la si Jasmin pun tak ngaruk sama nakkan mask tu
Kalau idak mana pulak nak cari😅




Anak2 korang yang di Selangor dah dapat ke mask ni??








Monday, September 21, 2020

UNTUK BIRTHDAY BOY

Throwback cerita minggu lepas
Birthday Adib kan 15/9/2020 haritu
Esoknya cuti Hari Malaysia kan, so aku pi la buat surprise yang tak surprise tu
sebabnya aku dah kata nak datang sekolah dia hari cuti tu
Ekceli terpaksa la bagitau suruh dia siap2 tunggu kat guard house & ajak kawan sorang dua..hahaha

Lepas tu nak dijadikan rezeki Adib, kawa aku sponsor pulak kek birthday
Aku plan just belikan brownies je tup2 ada rezeki kek juga untuk Adib
Untung la si Adib ni Cik Yong bagi kek birthday.

Ni la kek birthday khas untuk birthday boy
Tema bolasepak lagi..


Masa aku sampai gate hostel, nampak dia dah standby kat guard house
Aku just gamit2 dia datang kat kereta
Kereta takleh masuk kawasan hostel, tu yang aku parking kat luar je
Sebelum pi hostel tu aku pi singgah ambik brownies yang aku tempah kat jiran & pizza yang aku order online je. Order Pizza Hut je senang.. Ok la untuk minum2 petang. Nak sediakan makanan berat, diaorang ni mesti dah makan lunch kat dewan makan masa tu.


Happy face dapat kek & dapat celebrate birthday dengan kawan2 di hostel
Pengalaman pertama la dia celebrate dengan kawan2 semata2



Mama datang singgah hantar makanan je
Takleh le nak join sekali
Apapun harap2 semua makanan habis & tak membazir


Aku ni siap sediakan tupperware extra kot2 ada lebihan kek untuk Adib isi dalam tu
Ye la, kat hostel mana ada fridge, mana makanan tak habis masukkan le dalam tupperware, karang tak pasal bersemut2 pulak. Udah kena marah dengan warden pulak.

Update semalam, pi jumpa Adib untuk bagi duit belanja sekolah untuk minggu ni. Dia kata makanan haritu semua habis... Alhamdulillah.




Tuesday, September 15, 2020

13TH BIRTHDAY

My son is growing up.. Alhamdulillah Allah pinjamkan dia setahun lagi untukku. Hari ni dah 13 tahun dah umurnya.

Semoga Adib menjadi anak yang soleh, dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki yang halal & berkat, dirahmati & diberkati kehidupannya dan dikurniakan kebahagiaan & kebaikan yang banyak di dunia & akhirat.

Semoga menjadi anak yang membanggakan mama & abah di dunia & akhirat. Jangan lupa sentiasa doakan mama & abah hari2 ye😊.

HAPPY BIRTHDAY YANG KE13🎂🎂




Monday, September 7, 2020

BELI KARPET ONLINE

Dah 2 tahun lebih duduk rumah  sekarang memang aku kurang berhias la... tak tau nak letak apa yang sesuai.. Blank je rumah.. Ada yang basic2 je. Karpet pun takde tau. Senang nak mop & vakum rumah.. hahaha.. Tapi tu la rasa kurang berseri la rumah kan.

Pastu saja la dok belek2 Shopee, pastu terus cakap kat anak, "mama rasa macam nak beli karpet la". Puncanya pasal aku kesian tengok anak2 dok baring atas lantai time2 tengok tv.  Selalu tu diaorang dok baring atas sofa je. Tapi kalau time bergaduh2 cop2 sofa tu yang sampai ada yang kena berbaring di lantai. Kalau time gaduh kan masing2 taknak beralah... nasib la siapa yang kena duduk kat lantai tu.

Memula cuak gak membeli online ni.. Maklum la selalunya dalam gambar lain, bila sampai jadi warna lain pulak.. Risau kot2 tak terkena tema dalam rumah aku tu..Hahaha.. Bab saiz pulak pun aku ukur gitu2 je..hahaha (ikut kotak mozek 😆)

Untuk ruang tamu, memang kena cari saiz yang besar. Nak bagi nampak luas kan kekdahnya.. Nak cari yang terang, takut nampak kotor, nak beli yang gelap takut nampak sempit pulak rumah aku. Saiz bukaan rumah aku ni bukannya beso sangat. So pilih punya pilih (dan tawakal dengan rupanya bila sampai nanti).. so aku beli la design ni- saiznya 200cm X 300cm.


Ni la karpet yang aku beli tu.. Ada 2 tone


Bila dah bentang kat ruang tamu, Alhamdulillah kena pulak design dengan tema rumah. Rasa berseri sikit ruang tamu rumah. Anak2 pulak suka la lepak atas karpet tu.. Kena baring kat lantai pun ok je..

Pastu area yang depan TV jadi kosong pulak.. Kena beli karpet lain pulak
Cari lagi kat Shopee... Nak kena cari saiz yang sesuai dengan ruang yang ada la kan. So beli yang ni... jenis tatami.. suka la anak2 bergolek kat situ sebab lembut. Tapi aku rasa macam saiznya tak ngam pulak.. macam kecik je... Nanti2 la usha karpet lain.. pakai je le dulu yang ni. Beli pun sebab harga tengah murah.. RM25 kot untuk saiz 120cmx 180cm.


Tak habis lagi kat situ perihal karpet... Next month pulak gedik lagi cari karpet. Biasa la cari yang mur2 je... Bajet ciput. Ikutkan hati nak letak karpet kat setiap bilik tapi slow2 la dulu.. Search kat shopee jumpa pulak karpet design moroccan ni. Memang aku minat sangat tapi selalunya cepat sold out. Takpun kaler yang available tak kena dengan tema rumah. So bila dah terjumpa karpet ni, saiz yang sesuai pulak dengan ruang yang aku nak letak tu, terus je beli. RM50 je uols..... Saiznya 200cm x 160cm. 

Ngam2 letak sini

Ni kat ruang TV tingkat atas..  Memula ingat nak letak kat tempat lain, tapi sebab ruang tu anak2 selalu buat keje sekolah, habis bersepah dengan habuk pemadam la, habuk pensel la, tu yang letak je kat ruang TV ni.. Untuk ruang anak2 belajo tu nanti la cari karpet yang lebih sesuai.


Nanti nak cari karpet untuk bilik pulak😁






Thursday, September 3, 2020

TAMAN ORKID @ ULU YAM

Berbelas tahun aku duduk kat Batang Kali, ni la first time aku pergi Taman Orkid ni Memang tau ada taman orkid kat Ulu Yam tu tapi tak pernah sampai. Haritu saja2 sebab boring, ajak le anak2 pi melawat2 kawasan. Amboi ramai sungguh orang. Parking pun penuh je silih berganti. Luckily time kami pergi elok2 dapat parking dekat dengan entrance.

Taman Orkid ni tersorok sikit tau sebenarnya. Betul2 kat dalam kawasan perumahan. Jalan pun sempit je. Tapi sapa sangka ada kawasan yang luas dalam tu. Kat sini memang diaorang tanam & jual orkid2. Murah2 pulak tu. Kalau sesapa yang suka dengan orkid elok sangat le datang sini.

Ni sebelah pintu masuk
Phalaenosis tu maksudnya orkid la
Lokasinya kat Kg Sg Kamin, Ulu Yam


Jasmin & Aleeya kat pintu masuk
Masuk2 je dah nampak kehijauan
Lawa sangat kalau tengok real tau


Aku pun nak juga bergambo...
Pakai mask.. SOP kena jaga..hahaha
Sebelum masuk cam biasa kena la  cek suhu & cek in My Sejahtera


Sebahagian orkid yang dijual
Orkid kat sini semua pokok hidup tau
Takde pokok palsu
Selain orkid ada juga jual pokok2 lain
Pokok2 yang jenis gantung2 tu, kaktus.. pokok2 hiasan la


Masuk ke dalam sikit ada kolam ikan
Itik2 pun ada.. suka la budak2 ni tengok itik main air
Pokok teratai pun ada


Area ni kat area kolam tu
Sebelah Amira duduk tu ialah cafe
Dalam tu pun lawa.. penuh orkid.. macam kat taman bunga sebab meja2 dikelilingi dengan orkid2 yang berwarna warni
Tapi kami tak masuk la sebab ramai... kena beratur nak masuk dalam restoran tu.



Kat bangunan sebelah tu pun dalam tu ada orkid.. besar2 wei...
Tapi dalam tu tak boleh ambik gambar
Lagipun henfon aku pun dah habis bateri.. so memang takde gambar la😅


Besar2 kan orkidnya... Geram tengok



Kalau ikutkan banyak gambar nak ambik tapi tu la, henfon dah habis bateri pulak. Nampaknya nanti kena datang lagi la ke sini & tangkap gambar banyak2
Lagipun nak masuk sini FREE je..
Betulllll FREE je... takde bayaran masuk pun
Cuma kalau nak beli orkid kena bayo le

Sapa2 yang ada lalu area Ulu Yam ni boleh la singgah sini.
Tak rugi tau.