Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 25, 2019

MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 2019


Rasanya sepanjang minggu last (minggu terakhir sekolah)
macam2 program & majlis la kan
dengan majlis Apresiasi a.k.a Konvokesyen la, Hari anugerah cemerlang la, hari kanak2 la etc..

Sekolah anak2 aku pun sama la juga
Adib punya majlis konvo pun minggu lepas juga
Sehari lepas tu hari anugerah cemerlang pulak 
(Adib tak dapat apa2 anugerah pun)

Ni nak cerita pasal Majlis Apresiasi Tahun 6 sekolah Adib
Selalu majlis2 camni tak buat kat dewan sekolah
Buat kat Dewan Dato' Abdul Hamid (ala2 dewan serbaguna la)
Tapi bila buat kat dewan ni kapasitinya terhad
So hanya seorang sahaja wakil ibubapa yang boleh datang
Maka terpaksa la aku apply AL sebab nak attend Majlis tu

Pagi tu Adib dah pergi dulu dengan kawannya
Sebab diaorang kena ada kat dewan by 7.30 pagi
Tapi aku kan kena hantar Amira & Jasmin ke sekolah dulu
Lepas tu baru la aku boleh pergi dewan (dalam 8pagi)

Sampai2 dewan, dah agak ramai dah.. Seat depan2  pun dah penuh
Beberapa row depan dah penuh dengan cikgu & budak2 kan
(budak2 aje pun dah lebih kurang 250 orang - darjah 6 ada 7 kelas)
Then only baru row untuk parents
Maka dapat le seat dekat row 2 yang terakhir
Punya la jauh dari pentas.. ni gambar semua kena zoom


Majlis start agak lambat jugak sebenarnya
Start dalam pukul 9 pagi
Sejam duduk dalam dewan tu sebelum majlis
Nasib la masa pendaftaran ada dibagi roti & air kotak
Jadi la tu buat alas perut

Anak2 kelas 6 Utarid
(tengah bersedia untuk perarakan masuk)

Di awal2 majlis 
Gambar dari group whatsapp kelas Adib



Disebabkan jauh, tak dapat la nak ambik elok2 gambar anak pakai jubah 
Zoom je la mama mampu
Dah le Adib orang kedua yang naik pentas
Aku tengok takde pun parents yang berkerumun depan pentas nak ambik gambar anak.. protokolnya begitu gamaknya
Lagipun aku ni kan orang yang beradab & hormat dalam majlis (cewah)
so aku pun lekat je la kat seat

The best picture yang mama boleh snap
Itu pun masa tengah rakam video
Rupanya cikgu pun takdan ambik gambar2 budak yang 3-4 orang awal masa ambil sijil
Budak2 lepas2 tu ada gambar elok2 cikgu sempat snap
Sedih aku.. nak buat cemana.. takde rezeki la Adib oi...


Tapi kan, elok lepas kelas Adib, mak bapak budak2 kelas2 seterusnya selamba je pi berdiri depan pentas semata2 nak tangkap gambar. Budak2 kelas hujung lagi la.. penuh mak ayah kat depan pentas.. Dah macam majlis konvo tadika aku tengok. Masa tu VVIP pun dah takde kot. dah jadi huru hara majlis. Budak2 yang dah lepas ambik sijil pun dah bebas keluar masuk dewan. Bising usah cerita la... Mana2 budak yang dah ambik sijil, mak ayah dah ada yang balik... Seat banyak lopong. Orang dah tak bagi attention apa yang berlaku atas pentas.. Kesian pulak budak2 yang tengah terima sijil tu.. macam syok2 sendiri jalan atas pentas.. Takde orang heran. Sorry tu say la, bukan hanya budak2, tapi parents sendiri pun tak menghormati majlis.. sampai cikgu2 pun dah tak dapat nak kawal keadaan. Ni masalah sikap & mentaliti la ni.. "Dah lepas anak sendiri, sudah le"... 

Aku tak tahu la sekolah anak2 korang cemana, tapi ini la yang berlaku di sekolah anak aku. Takde kawalan & protokol yang ketat. Patutnya announce tak boleh meninggalkan dewan selagi majlis tak selesai. Baru la semua budak2 rasa diraikan..  Pastu pintu keluar masuk kena kunci la.. biarkan 1 je pintu yang orang boleh keluar masuk.. Ni majlis sedang berjalan, parents keluar ikut pintu belakang (dewan tu ada 4 pintu).  Tu belum lagi parents yang bawa kanak2 & baby.. Menangis menjerit dalam tu masa cikgu tengah speech.. Aduhai... Macam2 peel manusia.. Cuba kome compare konvo universiti dengan konvo sekolah.. memang jauh beza kan??? Patutnya sekolah dah boleh overcome masalah2 camni.. lagipun ini bukannya pertama kali buat majlis2 macam ni.  Aku rasa majlis Anugerah Cemerlang pun mengalami benda2 macam ni. Tapi maybe hanya di peringkat sekolah kebangsaan kot. Di sekolah menengah maybe parents pun dah segan buat perangai camtu... Anak2 pun dah reti malu😅  Ini cuma pandangan aku la.. Pandangan orang lain aku tak tahu.. 




Ni video Adib tengah naik pentas untuk ambil Sijil
Siap bertepuk tangan kawan2nya... macam femes beno si Adib ni
Masa orang lain atas tu takde pulak yang deme bertepuk tangan.😅


Lagi satu yang sedihnya.. 
Penat mama dress up kot2 boleh bergambar dengan "graduan" pakai baju konvo
Sekali tak sempat daaaaaaaa
Jubah konvo tu kena share2 kan
Maka tak berkesempatan la kami nak bergambar berdua😅











2 comments:

Warisan Petani said...

Tahniah Adib

Pemerhati Bebas said...

Tahniah adib & mama adib jugak sbb mamanye berbeza dgn parent lain..kalo sume parent behave insyaallah majlis lebih meriah & pelajar rasa diraikan. cukup ke alas perut dgn roti je tu? mesti pas abis majlis korang pi mkn kenyang2 kan...hihi =)