Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 29, 2019

MUFFIN AIR FRYER

Haritu ada lalu lalang kat fb resepi untuk buat muffin pisang guna air fryer (AF). 10 minit je katanya. Macam senang je kan... Lagipun teringat pulak Cik Besah ada bagi pisang hari sebelum tu.

Sementara nak tunggu buka puasa (masa tu dah pukul 7 mlm), so aku pun membancuh le adunan nak buat muffin tu. Nanti kat bawah aku tepek resepi.
Bancuh pun pakai blender je.. Tak payah nak bermixer2 bagai. Aku kan suka resepi yang simple2 ni.. 

Lagipun bahan2 semua ada kat rumah, so laju je la membuatnya. Memandangkan aku takde muffin cup yang keras tu, so aku bantai la guna cup yang selalu orang buat cupcake tu. Memula aku guna yang beso sikit. So muat la dalam 7 biji sekali masuk AF tu. Tapikan, bila dah siap kejadian dia tak cantik sangat.. Herot perot... Lepas tu aku tukar guna cup yang kecik sikit.. Ha... muat la 14 cup dalam tu sekali jalan. Baru la hasilnya comel sikit.


Ni la version guna cup yang besar tu.. 
Hodoh beno rupanya ye...
Lantak le janji sodappppp



Yang ni version guna cup kecik
Baru la comel & tak segan nak bagi kat mak mertua kan...huhuhu


So batch pertama (yang beso2 tu aku buat 2 batch)- 1 batch sebelum masuk waktu berbuka, 2nd batch tu siap masa berbuka. So dapat la 14 biji.  Syok la kami berbuka makan muffin panas2. Batch 3 & 4 (guna cup kecik2 tu) aku sambung buat lepas solat maghrib. Berebut2 anak2 aku makan. Yang kecik2 tu dapat la 25 biji kot.  So banyak juga la kan muffin untuk 1 adunan yang aku bancuh tu.


Ni ha resepi kalau korang pulak nak cuba buat:



p/s: Berbaloi2 ada air fryer ni tau...




Thursday, May 23, 2019

DAH BAYAR ZAKAT FITRAH KE???

Benda boleh settle awal, buat apa tangguh2 kan.
Haritu pi shopping barang dapur kat Econsave dengan anak2
Masa nak keluar tu ternampak la ada meja amil untuk bayar zakat fitrah.
Duit di tangan pun mencukupi untuk bayar zakat, so zassss terus la aku pi bayar. FYI, kadar zakat fitrah untuk tahun ni di Selangor, masih RM7 seorang.

Senang kalau settle awal2 ni sebabnya mak2 tunggal macam aku ni kadang2 terlupa. Maklum le banyak benda di fikiran. Nak2 musim2 perayaan ni kan. Sementara ingat ni elok le bayar sesiap. Tahun lepas pun ekceli aku nyaris2 terlupa. Dah hujung2 baru teringat. Nasib la boleh bayar online masa tu. Tapi bayar online ni dia takde feel macam bayar direct kan.

Tahun ni bayar direct je la. Canggih dah rupanya bayar zakat la ni. Amil tu just minta IC pastu dia masukkan IC tu kat slot yang dah connected kat henfon dia. Ala2 IC reader la. Pastu dia tanya la nak bayar untuk berapa orang. Aku cakap la untuk 5 orang. Lepas tu terus dia print resit cam kalau kita buat transaction guna debit/credit card masa shopping. Canggih tullllll. First  time tengok agak kejakunan la aku kan. Dah takde la resit ala2 kupon tu dah sekarang ni..


Alhamdulillah, selesai sudah satu kewajipan di bulan Ramadhan untuk aku & anak2.
Dulu tak bother sangat la kan sebab ada laki tolong bayar.. kita ni tolong ingatkan je.. La ni sendiri mau ingat haaaaaaaa...

Korang dah bayar fitrah ke belum????




Friday, May 17, 2019

TELEKUNG BARU AMIRA & JASMIN

Order dah lama... dari sebelum puasa lagi
Konon2 sampai le sebelum puasa, boleh la pakai untuk solat terawih dengan mama nanti.
Tup2 sampai seminggu lepas tu.. dah 3-4 hari lepas puasa.

Aku just belikan telekung murah2 je
Pastu diaorang pandai pulak nak request kaler
Cam biasa la sorang nak biru, sorang nak pink
Search je la kat Shopee tu..hahaha..

Bila dah sampai telekung tu, eksaited la memasing
Takdan basuh, terus nak pakai

walaupun saiz bebudak tapi labuh juga untuk Jasmin
Udah sampai ke kaki
Tapi takpe la..Tahan le lama sikit kot😅

Happynya si Amira dengan telekung baru
Jasmin takde ekspresi wajah [as usual]


Dah ada telekung baru, kena rajin2 solat la ye anak2ku😊




Thursday, May 16, 2019

AMIRA PULAK KENA DEMAM CAMPAK

Macam dah jangka dah lepas Jasmin kena chicken pox hari tu
mesti Amira pun kena juga
Selang seminggu sah le Amira pun kena lepas aku perasan ada bintik2 kat badan dia
Dah le dia  putih memang obvious la memerah kat badan dia tu
Tapi luckily Amira tak demam, just gatal2 je dia kata

Aku pun bagi je ubat demam cam biasa, lepas tu sapu je calamine lotion.
Jasmin dah ok dah just still keep on sapu ubat


Dalam kena chicken pox pun aktif kemain budak ni
Main tak ingat apa dah la...
Lepas tu pulak aku off-kan dia dari sekolah almost seminggu
Suka sangat la kalau tak pi sekolah😆
Tapi lepas tu menimbun le keje sekolah sebab dah banyak ketinggalan..
Mula la buat drama penat la, letih la, tak reti la

Tapi Amira punya ciken pox ni tak banyak sangat
Keluar manja2 je... sikit2
Tak lama pastu terus kering
Kat muka pun ada sebiji je kat kening dia..huhuhuhu

By the time aku tulis ni, Amira dah ok sepenuhnya
Dah start pegi sekolah dah pun.. dah seminggu dah
Cuma tinggal parut2 je la..








Wednesday, May 8, 2019

JOM TOUR DULU RUMAH YANG TAK SIAP NI SETAKAT NI😅

Sambung balik cerita rumah...
Tunggu mood baru boleh mengarang ni sebenarnya..

Rumah dah 30-40% dah siap ni
Meh la aku tayang apa progressnya dah setakat ni

Masa ni dah pening pulak nak decide bab2 wiring
Kat mana nak letak plug, kat mana nak letak aircond, kat mana nak letak katil lemari semua
Masa ni rasa payahnya takde interior designer..hahahha.. Kalau tak dah senang keje
Itupun kejap2 aku ubah sana la, sini la.. Pening orang wiring tu..
Mesti dia kata aku ni jenis tak tetap pendirian...kuikuikui

Apapun.. jom tinjau2 dulu keadaan rumah setakat ni

Pandangan dari bahagian luar


Bilik Adib in progress


Toilet tingkat atas

Garisan dot2 tu adalah ruang bilik asal sebelum dipecahkan dinding.
Yang kat tempat diaorang berdiri tu pintu bilik master nanti.



Ni ruang sebelah toilet atas. 
Asalnya kontraktor nak jadikan sebagai sebahagian bilik ke-3
(konon2 bilik ke-3 tu la jadi master bedroom nanti)
Tapi aku rasa besar sangat nanti bilik tu
So aku cakap tukarkan ruang tu jadi ruang laundry je


Pandangan dari luar (bahagian belakang)


Dua beradik ni tengah posing kat pintu dapur


Kawasan porch


Stor di sebelah dapur


Dapur asal yang akan dijadikan bilik tetamu



Dah suruh diaorang tukar tingkap bilik air tu.. 😅


Aku mintak tambahkan tingkap di ruang tangga. Kalau tak nanti gelap je kat area tangga tu.. Takkan nak buka lampu 24jam kan.


Bilik Aleeya nanti kononnya..


Master bedroom


Another view dari luar rumah..



Untuk ruang tamu & ruang makan masih mengekalkan yang lama je
Takde perubahan apa2 pun setakat ini
Inipun dah terasa besar sangat dah rumah aku ni..
Jenuh la nak mengemas pasni...







Tuesday, May 7, 2019

SALAM RAMADHAN 1440H

Alhamdulillah dah 2 hari kita berpuasa ye
Syukur masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan tahun ni kan
Semoga Ramadhan tahun ni membawa pelbagai rahmat & barakah untuk kita semua.



Ramadhan Kareem...