Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 29, 2018

BALIK BERAYA DI MATANG KING

Assalamualaikum... 
Selamat Hari Raya untuk semua

Hari ni dah 15 Syawal dah. Cepatnya kan.. Rasa tak puas lagi cuti raya
Memandangkan blog dah lama bersawang hari ni nak story pasal raya la kan.
Tahun ni kami balik beraya di kampung datuk aku di Pantai Remis
Sebabnya mak aku ada kat sana, dia tak stay Ipoh sebab jaga datuk aku sakit
so kami semua anak beranak balik Pantai Remis je la

Aku start cuti raya sehari sebelum raya
Sebelum bertolak dah tengok dah map & waze
konfem2 la highway jem kan
so aku decide nak ikut jalan dalam je
itupun dah tanya2 kengkawan ikut jalan mana yang senang & cepat sampai ke Pantai Remis



Memandangkan ni first time aku ikut jalan yang dicadangkan
so aku 100% rely pada google map je tau
So dari Batang Kali-Tanjung Malim-Behrang-Sungkai-Kuala Bikam-Chuicak-Langkap-Kampung Gajah- Lambor-Gelung Pepuyu-Kampung Permatang Raja
Alhamdulillah perjalanan lancar dan hanya mengambil masa 3jam 10 minit.
Ikut jalan kampung ni dapat tengok banyak pemandangan sawah padi & ladang kelapa sawit.

-kalau dah nampak tangki air ni, dah dekat le tu rumah datuk aku-


Kami bertolak dalam pukul 7 pagi. Dalam pukul 10.30pg dah sampai kampung.
Masa kami sampai tu tak ramai lagi yang ada di kampung
Cuma mak aku, wan & family sepupu aku dari Mantin je.
Tak lama lepas kami sampai, adik bongsu aku pun baru sampai juga.

Rehat2 kejap, lepas Zohor dah nak start memasak untuk juadah raya
Rendang, ketupat, nasi impit
pastu nak prepare untuk juadah buka puasa juga

Anak2 pulak aku biarkan main je. Lagipun rumah datuk aku tu tv pun  takde. Line telefon mahupun internet pun sendu. Kejap ada kejap takde. Budak2 ni pulak langsung tak de kata bosan ke apa.. main je la apa yang boleh main. Yang paling diaorang suka main aci nyorok je la..kelakar tengok diaorang main. 

Adib pulak lagi haru, pagi tu dia tak bangun sahur walopun aku dah kejut dia bagai nak rak. So kelaparan dia sehari tu.. Makanya dia bantai tido je.. dalam kereta tido, sampai kampung tido. Lepa asar dah mengadu lapar. Aku cakap kalau tak tahan buka je puasa.. dia taknak pulak.. Melepek la dia kat sofa. Tapi hari terakhir puasa tu kan memang lesu sungguh badan2 ni. Jangankan dia, aku yang tua bangka ni pun sama. 

Bebudak ni suka la sebab ada baby. Mengulit baby je le deme. Baby tu anak sepupu aku tu. elok je dia tido je.. Takde la mengamuk2. Baik beno baby tu. Senang mamanya nak memasak kat dapur nun..Namanya pun sedap - Muhammad Yusuuff AzZuhri. Baru 2 bulan je baby ni.

Untuk berbuka aku just buat bihun goreng. Sepupu aku pi beli kuih2 sikit. Masa berbuka puasa tu ada pulak insiden.. Datuk aku nak terkencing. So dia nak pi la toilet. Kebetulan aku duduk mengadap ke arah dapur. Tup2 aku nampak Wan aku tu dah terbaring depan pintu bilik air..Aku ingatkan dia jatuh @ pengsan. Cepat2 aku bagitau mak. Mak & sepupu aku pun berlari ke dapur. Wan kata tetiba dia krem tu yang dia terbaring kat situ. Lagipun seharian tu Wan aku tak berapa sihat..makan pun tak selera. Nasib la ada sepupu aku yang lelaki tu. Harapkan dia la tolong papah Wan aku tu. Harap yang lain2 semuanya pompuan. Yang lelaki lain cuma ada Adib & anak2 sepupu aku tu pun kecil2 lagi.

Sepupu aku memang cadangkan memang nak buat tahlil sikit malam tu.. lepas2 takbir raya. Jemput la sedara mara datang ke rumah wan tu. Lepas Isyak baru deme datang.. Pak Lang aku pulak bawa la datuk aku ke klinik sebelum tu. Alhamdulillah la Wan takde apa2.. doktor kata maybe sebab angin. Ye la, Wan kan tak makan sangat seharian tu..

Lepas2 tu, baru nak buat kuah kacang. Mak aku kata nak masak pagi esoknya. Aku cakap buat je le malam tu siap2.. esok pagi takde la kelam kabut. Sudahnya aku la yang masak dengan di monitor oleh mak aku.. Aku bukannya terer masak.. Kang jadi lain pulak kuah kacang tu. Lepas settle kuah kacang baru la boleh tidur.. Dah jom tido.. esoknya nak raya..













2 comments:

hainom OKje said...

Selamat Hari Raya maaf zahir batin Syani...
Bila dah tak de org yg boleh diharap, nak tak nak terpaksalah buat semua sendiri ye Syani. Kira terer jugaklah tu driving sorang sorang sampai ke Pantai Remis....

Kelam kabut jugak ye mlm Raya tu Syani, dengan tahlil nak masak Raya lagi hihi

Norhayati Mohd Isa said...

Selamat hari raya maaf zahir batin syani..
Hari ni syawalkan 😉
Hebatnya syani..
Drive balik dgn anak2 aje..