Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 5, 2018

RIANG RIA RAYA 2018

Raya tahun ni agak best la jugak
sebabnya ramai2 berkumpul di kampung
macam kembali masa zaman bebudak dulu je
[walopun tak cukup korum tapi rasa best jugak je raya kat kampung ni]

Pepagi hari raya tu baru pakcik aku sampai dari KL
Maka makin gamat la rumah tu
Pakcik aku ni memang riuh sikit orangnya so memang bising la rumah tu dibuatnya
Pepagi sebelum pergi sembahyang raya kami makan dulu kat rumah
Apa yang ada seadanya je... 

Adib aku suruh ikut sepupu2  aku gi sembahyang
Kebetulan anak pakcik aku tu [sepupu aku la kiranya] ada yang sebaya Adib
So aku suruh Adib pergi masjid dengan dia
Ok la jugak diaorang jadi geng walopun pangkat bapa-anak sedara kan

Sementara diaorang gi sembahyang, kami yang perempuan ni baru la boleh bersiap2 di rumah. Tahun ni kami pakai sedondon untuk yang gegirls, Adib punya baju la terpaksa lain sikit kalernya sebab warna sedondon takde. Ate, beli pun dah last minit.. Beli je la yang mana ada. Nasib la saiz yang nak tu masih available.

Memandangkan baju kami ni sama yang membezakan cuma saiz. Aleeya pun sekarang dah besar so dah pakai saiz lebih kurang aku je. Aku punya baju saiz 38, Aleeya punya saiz 36. Pagi raya tu Aleeya yang bersiap dulu. Lepas setel anak2 yang lain baru la aku bersiap. Ada insiden kelako juga masa ni. Masa aku nak pakai baju raya aku tu, aku rasa macam baju tu sendat la pulak. Uishhhh.. aku menggemuk ke masa bulan pose hari tu kan??? Rasanya ada juga susut sikit. Masa beli baju tu pun aku try macam muat2 je ngan aku.

Yang aku pun diam je.. cuma ada juga merungut, mama ni macam dah gemuk.. ketat pulak baju ni. Kebetulan masa tu makcik aku tanya aku pakai saiz apa. Aku cakap la saiz 38. Masa tu Aleeya pulak cek saiz kain yang dia pakai tu. Pastu da cakap, mama, Ya punya pakai saiz 38.. Maksudnya si Aleeya la yang salah pakai baju.. Dia pakai baju aku & aku pakai baju dia.. Patut la ketat kan..huhuhuh.. Terus la kami tukar baju pulak..

ok dah tuko baju.. moh posing


Lawa tak baju kami?





Lepas balik sembahyang raya, baru la kami raya sesama ahli keluarga... Pastu ramai gak le tetamu yang datang.. layan je le deme. Penat buat air..hahahaha.. 

Time raya je le rumah datuk aku nak meriah cenggini..



Baju biru tu la pakcik aku.. Yang pakai serban tu sepupu aku. Wan pulak dah tertido kat situ.. Letih gamaknya. Lagipun Wan pun tak berapa sihat. Suruh dia baring kat bilik dia taknak.. Nak tengok gelagat cucu cicit kot..



Bila dah takde orang baru boleh tangkap gambar raya yang proper sikit
Kami berlima...


 Anak dara aku ni dah beso dah.. Ada yang cakap dia ni adik aku..hahahaha  Muda beno maknya ye..





Lepas2 Zohor kami pi beraya rumah Maksu aku pulak. Rumahnya setentang je dengan rumah Wan aku ni. Lintas jalan je.. Katanya dia buat Laksa Mee. Ate harus la terjah kan... Menu wajib di kampung aku time raya ni ialah Laksa Mee & Laksa. 

Orang belah2 Pantai Remis & Pangkor je yang akan jumpa makanan ni 
Tempat lain takde tau..
Sedapnya......😋😋



Budak ni bila dah petang habis serabai. Baju pun dah kotor. 
Dah le tak suka ikat rambut.. suka dia rambut tu menggerbang..


Sebelah malam pulak mak sedara aku pulak ajak beraya ke rumah dia. Siang rumah Maksu, malam kat rumah Mak Lang pulak. Mak Lang aku ni duduk Kuantan. Tapi ada la rumah di kampung ni. Kiranya kalau dia balik kampung dia duduk rumah tu la.. Tak le dia duduk rumah Wan aku ni.



Meriah la rumah Mak Lang malam tu. Alhamdulillah seronok dapat berkumpul dengan sedara mara sepupu sepapat semua. Semoga lepas2 ni kami akan dapat berkumpul lagi macam ni.. Kalau tak sebab raya takde la kan kita nak jumpa.

Ok ni baru cerita raya pertama. Raya kan sebulan.. 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 









1 comment:

hainom OKje said...

Tudia .... meriah sungguh Raya kome ye hihi....
Cantik baju anak beranak Syani, biru muda lembut. Dapat pulak sepasang anak beranak ye. Alahai maknya badan mcm anak dara ... anak hakak pun 40-42 Syani....

Memang rare sangat tau Laksa mee tu. Mcm kerabu ke...

Kiranya rapat jugak hubungan sepupu sepapat Syani ye. Ha a bila ada sorang yg kepochi mmg gamat jadinya kan, barulah meriah