Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 10, 2019

KEMALANGAN!!!

Bulan Januari baru masuk 9 hari
baru nak ambik nafas lepas setelkan hal ehwal persekolahan anak2
udah ditimpa dugaan seterusnya
Semalam, tak semena2 aku terlibat dalam kemalangan di area Menjalara masa on the way ke tempat kerja

Kejadian memang dalam sekelip mata
Masa tu memang tengah jem pun.. kereta gerak slow2 je
Tetiba aku dengan bunyi kuat... tertanya juga dalam hati takkan ada construction dekat2 situ pulak
Baru aku kelip mata, tau2 kereta aku kena hentam dari tepi pastu ada sebiji kereta dah terbalik depan kereta aku
Ya-Allah... nasib tak hempap kereta aku..huhuhu
Jantung aku usah cerita la berdegup2 kencang
Mulut aku tak habis2 istighfar.. takut.. terkejut semua ada
Tetiba jadi panik..siap aku sempat termenangis la kat situ... sambil tu aku tengok melalui side mirror, yang belakang2 ada kereta dah berterabur dah
Pandang depan ada 2-3 biji kereta dah terberhenti tepi jalan
Ada yang dah tercabut bumper, ada yang dah kemek2 kena langgar
Kereta aku pulak dah blocking satu2 lane yang boleh kereta lalu
So aku gerak pelan2.. kereta aku masih boleh gerak
Dalam hati teragak2 juga, nak berhenti ke tidak
Last2 aku decide, teruskan je la perjalanan ke office (dah tak jauh dah dari lokasi kejadian)
Malas juga nak buat report, nak claim insurance bagai
Pada aku maybe la kereta aku kemek sikit je.. repair sendiri je lah.

Sepanjang perjalanan ke office, alhamdulillah kereta masih ok
Takde bunyi pelik 2pun
So bila sampai office, baru la aku belek kecederaan kereta aku tu
Alhamdulillah tak serius
Yang paling penting, Alhamdulillah aku takde cedera apa2
Kereta boleh repair, kalau aku yang patah riuk apa ke ceritanya nanti kan?
Syukur sangat2 dah Allah selamatkan aku.



Kesian cik kelabu ni....



Petang tu ada member whatsapp pasal accident tu
Siap ada gambar lagi... mak aiiii dahsyat juga
Katanya lori tu takde brake.. tu yang habis langgar kereta
Rasanya mau dekat 10  biji kereta yang kena semalam..

Just imenjin kereta aku betul2 belakang kereta yang terbalik tu
Masa lepas kena hentam tu, aku nampak lori tu jauh juga kat belakang
Tak cemana lori tu boleh terlajak sondol kereta2 tu sampai ke depan








Pengalaman ngeri awal2 tahun ni
Semoga ada hikmah disebaliknya









Monday, January 7, 2019

RAGAM JASMIN : ANAK MASUK TADIKA

Assalamualaikum....
Entry pertama tahun 2019 ni

Tahun ni anak aku yang bongsu tu masuk tadika
Haah.. dah 5 tahun dah si Jasmin tu
Cuak juga la aku ni memikirkan cemana la gayanya nak sekolah tu nanti
Sebabnya dia ni manja semacam
Peelnya pun kalau takut @ marah mesti nak jerit sekuat2 hati dia
Adoi naya kalau la dia buat perangai nanti.

Sehari sebelum sekolah, dah pujuk2 dia dah
cakap jangan nangis nanti pergi sekolah
Dia pun ok je la masa tu
Pagi sebelum pergi sekolah tu pun dia OK je
Eksaited je dia nak pergi sekolah...bangun awal lak tu.. kemain!

Dah siap nak gi sekolah... Muka tu tak cuak pun.. kononnnnn


Siap boleh senyum2 lagi...


Beg baru tahun ni.. sorang nak biru, sorang nak pink
Layankan je le kasi anak2 semangat nak sekolah
Harap2 bertahan lama la
Jangan jadi cam beg Amira tahun lepas
Sampai 3 kali beli beg sekolah dia sebab asyik koyak je
Ganas sungguh si debab tu.


Muka cool je... tapi sebenarnya mama risaukan drama yang awak akan buat kejap lagi 😅😅


Masa memula sampai sekolah, semua ok
Pi letak kasut kat rak kasut, ok
Pi beratur pun ok
Tapi tiba2.......

Nampak dah dia teresak2
Siap airmata mengalir lagi
Aku dok jauh2 je takut dia lagi nangis bila nampak aku
Tak lama pastu boleh pulak dia keluar barisan pastu datang kat aku
Ingatkan dia sorang, rupanya Amira pun ikut sekali (nangis juga)
Adoi...Amira pun pehal la nak nangis... walhal tahun lepas pun sekolah situ juga
Aku tanya kenapa dia nangis, dia kata nak mama
Hahahaha... sebenarnya dia nangis sebab dia tengok Jasmin menangis
(aku tanya masa dah balik dari sekolah)

Aku ajak Jasmin beratur & masuk kelas
Udah dia taknak.. nak berpaut kat aku je
Adoi.. kena la aku dukung dia sampai dalam kelas
Cikgu suruh duduk pun dia taknak
Kena la mama pujuk2 dia kejap
Tudung tu pulak usah cerita la senget benget jadinya😅😅


Tak lama pastu cikgu pun pujuk2 dia.. pun tak jalan juga
Dia punya raungan usah cerita le kuatnya
Takde dah nak malunya aku ni pun
Ni drama anak ke-4 dah kan...hahahahaha
Aku pun biorkan je le dia menjerit (nasib la tak masuk pakej berguling sekali)
Last2 cikgu yang dukung dia pastu aku terus keluar kelas
Cikgu pun terus tutup pintu
Tu dia... satu sekolah la dengar suara dia menangis melalak meraung tu
Dari luar sliding door tu (tengok pun jauh2 je sebab takut dia nampak aku) aku nampak tudung dia dah tercabut dah... siap nangis2 kat pintu.. adoi la anak
Pastu aku pun balik je la... malas nak tunggu. Lapo pun ye juga sebab belum breakfast lagi.
Pesen anak2 aku ni, bila ada mama, bukan main mengada
Cuba bila kena tinggal, elok je dok dengan orang... 

Dekat pukul 12 aku pi sekolah nak ambik diaorang
Memang dah janji minggu tu mama hantar & mama ambik
[kebetulan aku pun cuti gak masa tu]

Berdebar2 tunggu si Jasmin keluar kelas tau!


Tak lama pastu nampak si Jasmin keluar kelas
elok dah bertudung.. mesti cikgu yang pakaikan tudung dia yang dah tercabut tadi tu
Bila dia nampak aku, tersengih2 je dia
Amira pun OK je balik sekolah
Tanya diaorang dalam kereta, sekolah best ke tidak?
Diaorang kata best.. 
Tanya lagi esok nak pergi sekolah ke idak?
Diaorang kata nak.


Happy faces bila balik rumah
Macam takde jadi apa2 je ye Jasmin..hahahaha
Tunggu pulak drama esoknya😅



** dalam ramai2 anak, Jasmin la yang paling hebat drama bila masuk tadika, 2nd hebat si Adib, 3rd si Amira & Aleeya yang paling cool. 4 anak, 4 ragamnya.. bertabah le Syani oi...







Thursday, December 27, 2018

PENUTUP 2018 - PINDAH OFFICE 😖😖

Assalamualaikum....
Lama sungguh tak bersiaran ye kome.. Ada yang rindu tak???
Banyak benda yang jadi sebenarnya di hujung2 tahun ni
Sampai rasa tak tercerita pulak kat sini..hahahaha

Anyway, ni sekadar entry untuk kenang2an aku la nanti
Penutup tahun 2018 ni ada benda yang tak best terjadi
Tapi still pandang positif la apa yang berlaku tu kan
Tentulah ada hikmahnya ye dak???

3 bulan terakhir tahun ni, bos aku terpaksa buat satu keputusan sukar untuk company... supaya company dapat terus bertahan dalam bisnes
Aku yang jaga akaun pun memang nampak la kemerosotan syarikat
Dan faham kenapa bos terpaksa buat keputusan tu
Lagipun bukan syarikat kami je yang mengalami kegawatan
Ramai lagi syarikat luar sana mengalami masalah yang sama.

Long story cut short, kami kena downsized
Bangunan pejabat terpaksa dijual & kami kena pindah office
Dan akhirnya kami kena menyewa pulak
Tapi untungnya pulak, masih di bangunan yang kami pernah miliki
Ok la kan.. dari kena pindah tempat baru (ntah2 lagi jauh dari rumah aku)
At least kami masih punya pekerjaan (dan gaji tentunya!)

After settle urusan jual beli... maka kami pun kena la berpindah kan
Ha ambik ko.... kami ber 7  je yang mengisahkan urusan pindah randah ni
Dah le majoriti perempuan... sampai sakit2 badan le dibuatnya
Cuma masa nak angkut2 barang besar2 macam kerusi meja tu terpaksa la panggih movers untuk tolong
Bayangkan nak pindah dari ground floor ke tingkat 3! Lepas tu nak kosongkan tingkat 1 & 2... aloh..aloh... nak menangis wei....
Macam nak mati, putus urat, jatuh peranakan bagai la dibuatnya
Alhamdulillah semua dapat diselesaikan... bak kata Wonderpets... 
"APA YANG PENTING, KERJAAAAAAAAAAAASAMA"..😆


Bangunan takde lif lak tu
Memang turun naik tangga la hari2 masa proses pindah randah tu
Angkut la sikit2.


Keadaan opisku dulu.... Akan merindui la opis lama ni


Pantry kami dulu.. tempat kami makan minum hari2
Ini gambar terakhir kami menikmati juadah di sini sebelum pindah
Masa ni hari Sabtu tau... kena datang keje sebab nak pindah2 barang.


Baru set up sikit2 ruang untuk opis baru
Opis baru ni more to open concept  la
Kami dok luar je.. bos2 je duduk dalam bilik
Kena cakap pelan2 la kalau nak menjoyah nanti...hahahahaha



Dah habis angkut perabot semua
Inilah ruang pejabat kami yang baru...
Aku suka je office ni berbanding ruang office aku dulu
Nampak lebih fresh & ceria 
Nak2 pulak kaler hijau dinding tu... memang suka sangat la.. my feveret colour
Plus mengingatkan aku pada rumah hijauku dulu... [tetiba....😜]


Akhirnya ......


Opis lama yang dah ditinggalkan
Ni pun tak habis kemas lagi
Sendu je opis ni nampaknya
Harap2 tauke baru akan lebih cantikkan opis ni ye...[kot la]



My new office...
Lebih ceria & semangat hendaknya bekerja di tahun 2019 & tahun2 seterusnya Insya-Allah.








Wednesday, November 14, 2018

KALAU DAH TERINGIN TU KAN

Sapa lagi yang jadi tukang habiskan baki makanan kat rumah tu
kalau bukan para mak2 kan???
Sebabnya sayang kat makanan tu, ye dak???
[baik korang mengaku...]

Haritu beli roti canai as sarapan untuk anak2
Beli 4 keping tapi yang luak 2 keping je
Time aku balik keje, elok je roti canai tu terletak atas meja
Tanya budak2 kenapa tak habiskan roti canai
Diaorang kata dah kenyang
Tanya lagi, dah tak nak makan ke?
Semua kata taknak

Erm.... bila tengok roti canai tu tetiba je rasa teringinnya nak makan roti canai cicah susu pekat
Aku ni pun sebenarnya memang dah lama tak makan roti canai
[Lama tu.... ada la dalam sebulan kot...hahahahaha]

Makanya, aku panaskan pan & terus panaskan roti canai tu
Aku memang suka yang garing2... krup krap je bila makan
Tengok susu pekat pun ada balance lagi sikit dalam peti ais
So apa lagi.. jom kita sappedek... 😋


Sap sap soi... langsai 2 keping roti canai rangup dalam sekelip mata
Alhamdulillah!!!!




Monday, November 12, 2018

RUMAH

Entry pemanas bulan November
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



Rumah yang sama
Dulu dan sekarang je 😊




** Rindu rumah hijo tu...






Monday, October 22, 2018

FIRST TIME AMIRA KE PERTANDINGAN MEWARNA

Tah cemana haritu cikgu sekolah Amira bagitau yang dia submit nama Amira untuk join satu pertandingan mewarna.. Hoish.... bior betul?? Budak tu kaler pun tak kemas lagi ate ke cemana join pertandingan pulak kan. Aku pun siap tanya amira ye ke dia nak join. Well, dia kata dia nak masuk.. Siap suruh aku beli kaler baru lagi...hahahaha.. ok la... mama beli la kasi semangat kan... (yang haru tu, yang tak join pertandingan pun dok sama menuntut kaler baru juga...sabo je la ye dengan si Jasmin ni)

Ekceli kat Econsave Batang Kali ada My Kids Festival. So ada la buat pertandingan mewarna tu. Tu yang cikgu sekolah Amira daftarkan nama dia & few of her friends also la...Kiranya wakil dari tadika diaorang tu la. 


Beberapa hari sebelum tu Amira ok je.. cam eksaited je.. Selalu tanya bila nak pergi mewarna tu. Tapi bila sampai harinya, dia buat hal tak nak pegi lak. Pujuk2 cakap cikgu & kawan dia ada kat situ, baru la dia nak pegi.

Sampai2 kat tapak pertandingan tu, si Amira dah cuak dah.. Dia taknak duduk bawah khemah tu pulak dah. Tangan dia asyik peluk aku je.. Adoi.. cemana la nak  buat ni. Agaknya dia takut sebab ramai sangat kot.. Kalau tak silap aku ada dalam 150++ penyertaan.  Lepas tu aku ternampak cikgu Amira, baru la cikgu pujuk &  dia nak folo cikgu  duduk bawah khemah.



Risau pulak aku budak ni menangis.. lagi haru..
Makanya mama terpaksa la duduk kat sebelah dia tu ha..

Yang budak ni pulak pun nak memerap sama. Time tu la dia nak berbaring2 kat aku.. Dah pesan jangan hisap jari depan orang.. ermph... ada dia kisah????

Pertandingan tu selama sejam so selama tu la aku duduk kat sebelah Amira.
walopun hari paneh terpaksa ku tahan juga.. Dah le tak bawa kipas 😅

Tu dia tengah khusyuk mewarna..


Tengok la kaler lembu dia tu.. kejap arah tegak.. kejap melintang.. lantak la ye Mira... janji kaler ye dak???


Memula camni dia kata dah siap.. Mira penat..hahahaha
Aku suruh la dia kaler lagi kat kawasan yang belum warna
Terpaksa rela je la dia kaler tu (cincai je)

Bila dia kata dah siap, aku panggil la cikgu dia untuk kutip kertas dia.. So sementara nak tunggu keputusan pertandingan tu kami pun jalan2 la sekitar kawasan.. Banyak jual makanan je.. Nasib la tengah diet so abaikan je la semua makanan2 tu...

Walopun tak beli makanan, udah terbeli benda ni pulak.. Tapi tak pe la sebab Amira brave join pertandingan, mama belikan hadiah.

Tapi cam biasa la.. kena la beli 2
Nasib la 2 ni RM15 je
(dah le aku bawa duit RM20 je masa tu 😅😅)


Sementara menunggu keputusan

Dalam 45 minit lepas tu baru la keputusan diumumkan
Tapi sebelum nama pemenang diumumkan, semua peserta diberi hadiah penyertaan
Meleret la senyum si Amira bila dapat hadiah


Nasib la si Jasmin tak merengek nak juga
Mana la nak cari ye dak??
Aku bagitau dia tu hadiah orang yang masuk pertandingan.. kalau Jasmin nak hadiah, tahun depan Jasmin masuk pertandingan warna macam Amira. Nasib la dia ok je.

Bila keputusan diumumkan, aku tengok hasil warna budak yang kedudukan no 10 pun 10x ganda lawa dari Amira, so aku rasa memang takde harapan la Amira menang.. Terus aku ajak bebudak balik je.. Lagipun hari pun dah start hujan renyai2 dah.. Hahahaha.. malas dah mak korang nak tunggu. Diaorang pun ok je...hahahaha..

Takpe la Mira, walopun tak menang tapi dah ada pengalaman kan. Ok la tu.. Pasni boleh join lagi pertandingan kaler ni.. tapi kena praktis la mewarna cantik2 kat rumah 😆