Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 7, 2016

ISTERI ITU


Tengok & pandang isteri
tengok riak mukanya baru tahu dia bahagia ke tidak

Suami selalu tengok tapi tak "pandang" isteri
selagi isteri ok, selagi tak merungut, selagi isteri boleh tersenyum 
[walopun  tak ikhlas]
 pada suami semuanya OK
tapi hakikatnya... isteri sahaja yang tahu
banyak yang dipendam dari yang diluahkan.

Friday, March 4, 2016

PAGI-PAGI DAH MAIN TAMAN

Hari ni anak2 bangun awal pulak dari kebiasaan
So aku pun bersiap agak pantas dari biasa pulak hari ni 
maka adalah banyak masa lagi sebelum hantar diaorang ke rumah pengasuh

Daripada melangut ja kat rumah
aku bawa la Amira ngan Jasmin pegi taman depan rumah
Suka la diaorang dapat lepas bebas berlari sana sini pepagi hari
Aku pun sempat jugak la slow jog satu round kat taman tu
[siap pakai baju kurung lak tu...hahahaha..]

Lepas exercise sikit2 sambil hirup oksigen bukit
kasi can la budak2 main permainan kat situ
pagi2 hari mana ada budak2 main kan
so semua tu ana la yang empunya...hahahaha

Mata Jasmin cam sepet sebelah
kena gigit semut rasanya...


Si Amira mood ceria sikit pagi ni
tu yang asyik nyerongin je kata orang perak..




Main buai pulak..
Sekarang dah pandai nak naik sorang2
Siap suruh orang buaikan...


Habis hati la dapat main
tapi muka dia ni takde ekspresi langsung...
Apa2 je la dik... asalkan korang tak mengaruk pagi2..



Thursday, March 3, 2016

ELAK KEDUT

Sekarang ni matahari pagi pun terik sangat
Dah le aku gi keje ada jalan2 yang mengadap matahari
Memang silau & sakit mata tau!
So memang kena pakai shades la 
Kalau tak pakai, mesti mata aku pedih2

Pepagi dah pakai cermin mata hitam
Hahaha.. poyo!
Kalau tak pakai cepat la mata aku berkedut nanti..


Wednesday, March 2, 2016

2 BUDAK COMOT

Musim2 panas ni kalau dapat benda-benda sejuk
memang la sangat-sangat best kan
Anak2 nak aiskrim
so aku belikan aiskrim untuk diaorang
Abang & kakak dah makan awal
tinggal budak 2 orang ni je tak makan aiskrim lagi


Budak ni dah mandi tau asalnya
Tapi sebab nak makan aiskrim punya pasl
habis comot la muka ngan baju tu

Comot sungguh.. sampai ke mata pun kena aiskrim..hehehehe


Aku suruh diaorang makan kat luar je
Senang nak cuci bila tumpah & menitik2
Kalau makan dalam rumah alamat penuh semut la kat lantai tu..





Tuesday, March 1, 2016

NAK LAYAN UDA & DARA PULAK

Siapa dulu folo cerita  MEMORI CINTA SURAYA?
Aku tak dan nak folo sebab cerita tu kan buat hari kerja
walopun ada ulangan masa weekend tapi idak juga aku tengok
Lagipun aku tak minat sangat Anzalna, pastu ada Zila Bakarin dengan Mira Liyana
pastu sorang lagi apatah namanya yang dok buat rambut blonde2 
Stress tau tengok melayu menjakun bajet omputeh ni
Lagi satu malas nak tengok sebab ceritanya merepek2
cam cerita CINTA IBADAH juga....

Cerita Suraya tu pun baru habis kan
So dah ganti dengan cerita UDA & DARA
memula cam malas juga nak tengok 
tapi sebab ada blogger review katanya kalau ikut novel
ceritanya memang best
tambahan pulak ada Zul Ariffin & Siti Saliha kan
so ok la boleh dilayan...


Cuma yang tak best nak folo tu sebab cerita ni lama sangat
Bukan tahap drama ni tapi dah tahap sinetron

Berapa bulan baru habis cerita ni gamaknya
Bertabah le nonton selama mana yang boleh..hehehehe


Drama paling banyak episod yang aku folo sebelum ni cuma Adam Hawa je. 80 episod je.. Pastu siaran cuma 30minit je. Tapi Uda Dara ni sampai 146 episod & selama 1 jam setiap episod.. fuh...Nasib la aku layan online je... Bebila free boleh la nengok.


SUDAH BULAN MAC

March datang lagi...
Kejap je rasanya

Siap tangkap gambar kalender lagi..
Waktu solat untuk kawasan KL pun ada tu..


Apa yang menarik bulan Mac ni ye?
  • 14/03/2016 - Anniversary aku yang ke-12
  • 17/03/2016 - Birthday adik aku Acik
  • 18/03/2016 - Birthday datuk aku
  • 22/03/2016 - Birthday kakcik AMIRA yang ke-3


Rasanya mesti ramai yang birthday bulan Mac kan?
Sapa punya birthday bulan ni sila angkat tangan.....